2013-07-01

Aku memang suka makan




Syabas!! Syabas!!! *tepuk bahu sendiri*
Misi menghasut tercapai.
Nasib baik sedap. Kalau tak, sure dah makin banyak point haters nak kutuk aku kat forum. Ngahaha.
Nanti ya, kalau tak cukup point, akan aku usahakan.

Jumaat lepas lagi sekali aku pi Mr Food, kali ni dengan Redza and Ibal je sebab En Wan keluar dengan anak sedara dia. Dorang berdua tu bakal bukak booth sempena raya ni kat KT so now busy je la plan itu ini. Competitor cam aku ni wajiblah takleh join. Nanti aku tercilok idea dia pulak kan *mata juling, tangan ramas telo*



Agaknya kali ni aku datang awal, Mr Food full house sampai ke depan!
Selama ni aku ingatkan kosong. Pastu ingat-ingat balik ohh selama ni aku mentekedarah pukul 10 malam ke atas. Matila makan steak pukul 10 kan. Pastu balik rumah membadak atas katil.

Rupanya beginilah Mr Food waktu peak.
Aku rasa Mr Food ni dah boleh nak beli kedai sebelah, buat 2 pintu terus.



Redza punya.
Selama ni Redza makan sosej yang segentel-gentel tu je.
Sekali sampai malam tu hah kauuu. Takut aku.
Dalam gamba ni tak nampak besar. Tapi sebenarnya besau.




Ibal punya.
Member masa pilih menu "Aku kenyang la, kak. Aku ambik burger je la"

Burger je.

Sekali datang, mengah nak habiskan.
Tapi Ibal pun kata burger dia sedap. 
Siap tanya bila nak discuss pasal web lagi, dia dengan berlapang hati-nya akan datang.



Aku macam biasa la, selagi tak terbelahak selagi tu tak reti nak tukar menu.
Always mutton cross the road.



Semalam gerakan mencari baju raya Rayyan and Redza.
Aku dah sound En Wan kalau nak beli baju samada minggu ni or minggu depan. Aku tak kuasa nak heret budak-budak ni beli baju raya. Buat menggelegak darah aku je. Nak lagi si laksamana tu. Hari tu bawak dia pun dah mengah. Mungkin aku dah kurus 300g kat 1-U semalam. Lagipun sian Redza. Aku taknak sebab dia penat berjalan dia jadikan alasan untuk taknak puasa. Last year disebabkan aku memerap kat rumah la maka dia boleh la habiskan 30 hari puasa. Tu pun separuh nyawa. Adik dia kejap-kejap togok Ribena ais depan dia kan, menjejes airmata nangis kehausan. Yang si adik nampak abang nangis dia suakan botol suruh minum. Seb baik Redza tabah. Kalau sua kat aku dah lama aku habiskan.

Pi 1-U sebab kat sana baju-baju budak banyak sikit.
Lagipun anak sedara En Wan ada sorang chef kat Delicious (sebelah Ms Read and Victoria Secret).
Kebetulan anak sedara dia yang dokter tu lepak rumah aku, so kitorang bawak jumpakan dengan abang dia, mak pun boleh la jumpa cucu dia kat sana.



Time nak carik tempat makan ni aku dah mendidih-didih dah dengan En Wan. Seb baik dia ramai escort, kalau tak dah lama aku terpekik kat situ. Aku memang dah plan nak makan kat Absolute Thai. Yang En Wan ni asik la nak makan kat food court. Kalau tau mana food court-nya takpela jugak. Ni tak tau mana tempat, tapi nak makan. Pastu kitorang ni membontot la dia dari hujung ke hujung.

Mula-mula plan nak makan kat Delicious. Si chef cakap takpe, Harga leh kawtim. Cewahh, macam kedai kau pulak. Hahah.
Tapi mak taknak. Mak segan. Dia kata macam kedai omputih. Ye la kan, kitorang ni semua datang darat-darat je. Aku dengan heret anak yang tengah berkuntau semua. Senget-benget shawl aku.

Memandangkan mak taknak, so aku suggest pi je Absolute Thai sebab mak ngan bibik mesti nak makan nasik. Orang-orang tua mana la nak makan spageti pizza ni semua. Makan tu makan la, tapi bak kata mak aku "tak berasa kat perut"

Tapiiii anak kesayangan mak aku tu mati-mati nak makan food court. Yang kita semua ni ye ye je ingat dia tau food court tu kat mana. Dia hayak kiorang dari utara sampai selatan sampai dah takde kedai nak pusing food courtnya tak nampak-nampak. Yang aku nampak hidung aku dah keluar api.

Masa kitorang stop tu, berdepan dengan Kenny Rogers.
Memang ramai orang tapi ada la stau seat tu takde orang cuma plate semua belum berangkat. Kitorang nak duduk, tau ada sorang staff tu cakap apa?

"Bang, kalau nak duduk, boleh. Tapi kitorang ambik masa jugak nak kemaskan meja ni"

"Lama ke nak kemaskan?"

"Lama"

Nampak sangat taknak bagi kitorang duduk.
Nak kemaskan meja pun ambik masa lama ke?
Kalau takat kemas meja pun ambik masa lama, apetah lagi nak mengambil order, tunggu order sampai, nak bayar bil.

Eh tak reti la aku orang yang layan customer macam tu.
Aku pi Sakae punya panjang orang beratur, sikit staff dia tak kata "Sorry, no table".
Dorang siap tanya if kita boleh tunggu, dorang akan dapatkan seat the soonest possible.



Muka aku kan kalau khuysuk dengan orang bercakap mesti kening aku berkerut pastu mulut aku otomatik akan mencebik macam kat atas ni. Macam muka carik pasal.
Tapi ni kira tahan lagi. Selalunya aku melopong.
Aku pakai tunic from KREE.




Ni kali kedua aku makan Absolute Thai kat 1-U.
Best la tempat ni. Tomyam dia pekat and pedas. Tapi sebab pedas maka tak habis. Aku je la yang tak habis, orang lain siap tonggeng-tonggengkan mangkuk nak menghirup.




Pandan chicken


Thai Combo

Tomyam, sotong goreng tepung and siakap goreng tak sempat nak ambik gamba sebab aku duduk sebelah Rayyan jadi fokus sebagai fotographer terganggu.

Lepas makan, sambung balik shopping baju budak-budak ni.
Semalam memang fokus kat dua orang ni je.
Settlekan hal anak dulu, mak ngan bapak beli kat PKNS Shah Alam je sudah. Tak pun kuruskan je la badan masing-masing pakai baju tahun lepas.

Begitulah adanya kalau dah jadi makbapak ni.
Dah settle baju anak-anak maknanya dah settle la shopping raya untuk tahun tu.
Sendiri punya tak kisah. Malam raya pun boleh beli. Apa ada halll.

Tapi kalau belum beli shawl raya, boleh tengok shawl kat bawah ni. Hehe.
Fleur Closet keluarkan 10 jenis shawl Twin Border, tapi aku sempat gayakan 5 je. Lagi 5 nanti aku usahakan. Asik lupa je. Kalau dah sampai opis tu memang jarang la aku nak teringat nak ambik gambar shawl. Sebab tu banyak gamba aku depan cermin bilik Redza je. Tu pun kalau teringat.


 CODE : TB1


 CODE : TB2
SOLD OUT


 CODE : TB3
SOLD OUT


 CODE : TB4
SOLD OUT


CODE : TB5
 SOLD OUT

Price without postage



Name:
Email Address:
I would like to purchase TB1 : RM42.00
TB2 : RM42.00
TB3 : RM42.00
TB4 : RM42.00
TB5 : RM42.00
Quantity
Address
Contact Number
Remarks





Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here