Random 1
Sorang lagi berjaya dihasut!
Kannnn.
Tu la aku cakap Mr Food ni boleh tahan steak-steak dia.
Memang tak gah macam Milwaukee Steak House, TGI, Windmill, Victoria Station, tapi boleh consider kalau rasa-rasa nak makan steak tu. Untuk aku yang malas jalan jauh-jauh (sebab malas nak bersiap), memang sedang elok la Mr Food tu ada kat Putra Heights. Aku kalau setakat nak bergerak dalam kawasan PH ni memang pakai seluar jeannie je. Makan dalam kawasan 'kampung' kita kan, takyah la nak bersiap sangat.
Aku memang suka mash potato Mr Food. Tekak aku rasa cam lazat bebenau.
Boleh la consider nak gathering kat Mr Food ni.
Kalau tetiba time korang datang tu Mr Food tutup, gathering je la kedai sebelah - Anwar Maju. Pun best gak. Cuma nasib-nasib la. Dapat jenis mamak yang pekak, kau mintak lain dia hantar lain. Aku kalau masuk Anwar Maju ni time order je mesti pitching aku tinggi sikit sebab dah banyak kali aku mintak lain sampainya lain. Sardin je pulak muka sekor-sekor aku dah kata order ni salah, dia letak jugak pinggan tu atas meja pastu blah. Melampau sangat pulak tahap blur-nya. Ngalahkan aku.
Random 2
Ingat tak entry aku pasal En Wan hampir-hampir kena kelepet dek 'operator' TM pasal orang pakai cc dia sampai RM3000? Rupanya ada jugak di kalangan reader blog ni yang kena kes yang sama. Kalau agak-agak esok lusa korang dapat sms and call yang sama, tolong makikan sekali bagi pihak aku. Kuang ajar. Tau la raya nak dekat masing-masing nak pakai duit tapi takyah la jadi kaki kelepet.
Random 3
Kemain riang lagi korang gelakkan gamba aku ngan En Wan kan?
Takpe..takpe..ambik la rasa sorang sikit gelak.
Gamba ni aku jumpa masa aku kemaskan folder.
Masa ni dua-dua darjah 6.
Sorang kat Tganu, sorang kat Selangor.
Sorang pengawas, sorang lagi kakak kawasan.
Sorang bajet hensem, sorang lagi bajet Chan Ho Nam.
Dua-dua tak reti senyum time begamba.
En Wan memang sampai skarang tak reti senyum. Aku pulak dulu tak suka senyum sebab aku rasa cam aku sangat cantik bila buat muka series. Macam ala-ala Posh Spice kan?
PANGGGGGGGG sedas.
Tapi heran camana aku leh tahan dengan rambut yang tutup mata?
Kalau skarang ni pantang terjurai je aku terus ponjotkan rambut ke atas. Gila rimas!
Dulu tahan pulak aku dengan rambut menjurai tutup mata. Style la kot dulu tu. Ntah aku pun lupa.
Tapi masa ni aku dah pakai spek cuma aku cam perasan mata aku memukau jadi asal time nak bergamba je aku bukak spek.
Sambil merenung tajam ke arah kamera.
Sengetkan muka, jeling sikit, bajet seksi.
Padahal tetek blom tumbuh.
Aku tunjuk FB aku kat En Wan tadi.
Aku : Bang, katakanlah Di satu sekolah dengan abang dulu, abang tekel Di tak?
En Wan : Kalau Di satu kelas dengan abang pun abang takkan notice.
Pehhhh. Eksyen kauuuu.
Kemain lagi statement. Bajet hot siallllll.
Ooooo, tak notice aku kononnnnnn. Macamkan orang notice je dia kan?
Kena diri atas kerusi dulu baru nampak dia. Hahaha.
Kau pun sama je dulu berkerak macam aku bang. Toksah nak bajet sangat okeh.
Sleng tu kasik bunyik Kay Ell dulu boleh?
Apa lah kriteria dia ni yang sampai terpilih jadi pengawas.
Takde calon lain kot. Kahhhh!
Kalau suruh semua pengawas beratur, mesti dia yang duduk depan sekali kan? Wakakakka.
Random 4
Apa ko ingat korang je berbondong-bondong nak pi terawikh?
Anak dara kemetot pun nak jugak pi terawikh okeh.
Kan ke kiut budak-budak kecik pakai telekung macam ni. Nampak suwit and seronok nak perform solat. Jangankan budak, kalau telekung polkadot ni dibagi kat aku pun aku suka.
Pakkal la aku ni takde anak dara.
Kalau tak mesti aku antara yang join beli telekung ni.
Aku berkenan pulak dengan telekung gambar first, yg kat tengah tu. Macam english style sikit. Sweet je. Dah la karer pink! Agak-agak kalau aku pakai comel tak?
Aku tak sure apa material telekung, nampak macam cotton. Tapi korang boleh ke sini KLIK
Sila tanya dengan tuan punya FB.
Telekung Eiman ni kepunyaan isteri kepada kawan aku sama-sama sekolah dulu.
Aku rasa model-model ni mesti anak kau kan, Pyan? Macam muka kau je ni.
Tak salah aku tadi aku tengok ada jugak telekung jenis corak-corak macam ni dia design untuk orang dewasa. Boleh sepasang anak ngan mak. Ce try tengok ok?
Random 5
Random 6
Random 7
Ephyra Promo NEW : Click here and fill up the form
Mak Aji's Cookies : Click here