2013-05-01

Jangan eksen


Aku lupa ada satu lagi cerita aku tak bagitau lagi dari entry yang lepas-lepas.

Hari tu aku melayan karenah lecturer USM yang melarikan diri dari bayar invoice aku.
Dua hari dia call aku bertubi-tubi, aku wat dekkkkk je. Saje nak pekena dia balik. Biar dia rasa apekah bentuk feeling-nya bila dibuat dek.
Bukan aku tak tau dia baru lepas kena sound ngan Dekan. Tu yang kemain rajin call aku. Nak tembak aku la tu sebab pekena-kan dia. Keh keh.

Time aku call, aku sms, aku email, kemain eksen taknak balas. Mentang-mentang lah kau ada tittle DOKTER. Kemain kerek lagi dengan aku. Ingat aku pencacai agaknya. Plannya nak naik USM tapi kang dibuatnya dia takde or melarikan diri lagi aku tensi. So, aku tulis email forward pada Bendahari, pada Fakulti, pada bahagian akademik, pejabat pendaftar, semua aku belasah cc. Related tak related blakang cerita.

Sepantas kilat Bahagian Bendahari call aku. Dorang kata dorang pun heran apesal PO yang satu ni punya berzaman tak berbayar-bayar. Dorang ingat supplier (aku) yang tak hantar barang. Lepas tu orang dari fakulti pulak call aku bagitau sampai dorang dah naik hafal nama company aku (which is good) dek sebab asal meeting je, balik-balik nama company aku naik sebab "tak hantar barang" gitu.

Aku tak paham apesal yang dia nak larikan diri dari aku.
Masalahnya kau bukan bayar pakai duit poket kau, kau bayar pakai duit grant. Yang kau nak kemut-kemut taknak bayar tu kenapa.
Aim aku cuma nak dapatkan duit company aku balik. Tu je.
Kau bayar, aku blah la.
Simple.

Rupanya hari yang dia bertubi-tubi call aku tu, dia baru lepas kena sound ngan Dekan.
Ni pun pegawai sains yang bagitau.
Pegawai tu cakap, dorang fowardkan email aku pada Dekan.
Dalam email aku tu aku memang cakap company akan lodge police report sebab tak bayar invoice.
Pegawai tu bagitau yang dia, (pegawai sains), the lecturer and sorang lagi student pHD yang bersekongkol dengan lecturer tu kena panggil masuk bilik Dekan.
Aku tak tau apa yang terjadik kat dalam bilik tu tapi dah kalau right after keluar bilik Dekan bertalu-talu masuk sms and call kat phone aku, tu maknanya baru lepas kena bambu la kot.

Pegawai tu kata Dekan sound baikkkkk punya. Tak pasal dengan dia dia sekali kena berdas-das.
Rupanya lecturer tu tak submit-submit invoice ke pegawai sains. Yang pegawai sains pulak takde buat follow up dengan user mahupun dengan supplier. Yang si student pHD tu, padahal masa nak mintak aku tunjuk macamana nak guna barang, nak mintak aku tolong tengokkan report analysis dia tak clear, kemain lagi. Kejap-kejap masuk sms. Kejap-kejap masuk email. Tiba time bayar, semua meruyup hilang.

Pastu bila aku jawab call marah-marah aku lak apesal aku memperbesarkan benda yang kecik.
Aku tak tau la nak gelak ke nak terajang.
Yang kau nak emo sangat dah kenapa?
Dah cukup bagus aku guna saluran yang betul.
Kalau aku serang lab kau bawak parang hari tu?

Tapi aku biarkan je dia membebel. Kasik chan la dia nak lecture aku pulak.
Janji payment aku dah settle.
Elok pun, Ahad lepas dah dapat email notification payment dah dibuat.
Ntah apa yang payah sangat ntah nak submit invoice.
Pastu yang klaka, semalam sorang lecturer kat IPPT sms aku mintak quotation. Setahu aku customer ni tak guna pun kit tu, setakat ni yang guna that kit cuma dokter yang hazab tu. Bila aku tanya "Dr penah guna ke this kit? This kit memang company saya sole distributor"

"Eh tak, ni colleague saya suruh tanyakan quotation"

"Boleh saya tau siapa dia, so that saya boleh simpan rekod and bawakan sample bila saya naik USM nanti"

"Diana kenal kot dia ni. Dr TUTTTTTTTTTT"

Senyum tak perlu kata apa-apa je la.

Tak ke dah menyusahkan hidup kau nak kena pass-pass kat orang lain pulak.
Aku memang dah bajet dia akan menyusahkan diri dia sendiri bila dia carik masalah dengan aku that day. Bukan masalah apa pun, cuma dia akan jadi malu sendiri. Dia terlupa kot student-student dia guna kit aku. Once student dia dah guna, and projek belum habis lagi, dorang akan sentiasa nak kena guna lagi. Aku bajet kurang-kurang ada setahun lagi dia kena continue beli kit tu dengan aku. Kecualiiiii ko nak tukar protokol dengan membeli kit orang lain atau kau nak beli kit aku melalui orang lain tapi siapla kau kena sembelih at least 40% higher. Aku no hal, kau beli dari aku, aku dapat duit. Kau beli melalui orang lain pun, aku tetap dapat duit. Yang pelik tu kau nak kerek sangat ni kenapa la. Padahal masalahnya simple je. Kau submit invoice, aku dapat payment. Tapi maybe kerana email aku tu sampai ke merata-rata, ada orang atas highlite pada Dekan agaknya, so Dekan malu and amukan kat dia. Mungkin kot.

Sorry la kalau cara aku salah.
Tapi aku rasa aku dah lama sabar kot dari Disember tahun lepas lagi.
Cakap baik-baik tak layan.
Kita guna je la cara ni.
Tu pun email aku sikit punya halus lagi bahasa.
Kalau dia tau bahasa aku kat blog terus mati.

Pastu now kejap-kejap masuk email student dia kat info@$%$%$.com. Taknak tanya direct ke email aku dah. Nak tanya kat Info jugak. Dia tak tau semua folder email baik Info, Help, Lab, Halal, semua ada dalam outlook aku. Semua aku boleh baca. Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn kenapa la ada jugak manusia jenis gini?? *tarik rambut sendiri*
Eh, sukati kau lah.
Baik aku layan lagu lagi best.




Siapa terer cuba teka sape nyanyi ni?

Abaikan suara aku yang tetiba terkeluar ditengah-tengah lagu.
Syok sangat melayan sampai terlepas suara. 








Best Buy Deal Ephyra : Click here and fill up the form