2013-03-27

Semua benda nak equal


Seronok aku melayan rancangan Ustaz Kazem. Semua pasal rumahtangga and nikah kawen.
Aku sebenarnya banyak dapat email dari reader untuk aku buat entry pasal rumahtangga. Nak buat entry pasal rumahtangga kalau setakat citer santai-santai aku and En Wan boleh la kot. Tapi kalau dah bab-bab kes berat macam tanggungjawab suami, isteri, hukum hakam segala, yang tu memang bukan kepandaian aku. Silakan lah rujuk pada ustaz-ustazah yang bertauliah.

Tapi kesian aku baca email-email reader ni. Tak sangka rupanya zaman moden macam ni, di kala zaman semua orang dah blaja tinggi, di kala zaman 'universiti graduate' tu adelah satu benda yang biasa, ada jugakkkkkk yang ada masalah dengan tanggungjawab suami. Semuanya pasal financial. Ada yang bagitau suami tak ambik tau expenses rumah, tak pernah bagi nafkah pada isteri (tak pernah bagi??? oh myyyyy), paksa isteri bagi duit gaji, ada juga yang tak kasik isteri bagi duit pada mak bapak atas alasan makbapak tu dah ada pencen. Astaghfirullahalazim. Ko dah kenapa bang oiiii.

Setau aku yang jahil ni lah, (boleh rujuk mereka yang ilmuwan untuk dapat kepastian, takde masalah) agama mengajar income suami tanggung rumah (sediakan tempat tinggal), makan, pakaian ahli rumah, bukan takat isteri tapi baju dalam bibik pun adelah tanggungjawab suami kerana bibik tu tanggungan dia. Tapi bukanlah maksudnya suami pi beli coli dengan bibik. Kang coli tak dapat, penumbuk aku kau dapat. Maksudnya, suami kena sediakan peruntukan untuk itu (keperluan bibik). Dan setau aku juga, suami kena bagi keselesaan sekurang-kurangnya sama dengan ibubapa isteri tu bagi sewaktu zaman anak dara. Itu ASAS!

Tapi bila baca email-email reader ni aku terkesima. Macam tak sangka ada lelaki berperangai macam ni. Kalau masing-masing jenis merempit siang malam, atau mat paipon ke, kita paham lah. But ni, suami bukan tak bekerja. Semua bekerja, ada pendapatan tetap. Tapi isteri seolah-olah menanggung diri sendiri. Tak ada siapa menjaga kebajikan dia. Seolah-olah marriage ni cuma syarat nak halalkan hubungan je. Tapi tanggungjawab kena equal.

One of the reader sampai bagitau yang kalau dia tau macam nilah 'nikmat' berumahtangga, sumpah dia takkan pilih untuk berkahwin. Dia kata hujung bulan suami mintak duit untuk bayar loan rumah.
Contoh rumah harga RM2K, isteri kena keluarkan 1K, suami 1K.
Setiap kali beli barang kat TESCO, suami bayarkan dulu. Nanti sampai rumah suami akan calculate untuk isteri bayar separuh. Bayar balik on the dot! Bila ditanya kenapa dia kena bayar equal semua benda, suami jawab "Kan awak bekerja, bantulah saya".

Yes, betul sangat dah tu.
Memang isteri je la yang kena bantu suami.
Yang suami?
Bantu perabiskan duit bini?

(emosi gila aku. Ok ni bukan untuk semua suami, cuma untuk suami tak bertanggungjawab je)
 
Alasannya, rumahtangga ni sama-sama bina, so sama-sama keluar belanja equally.
Oh macam tu eh?
Kalau tang duit nak equal.
Kalau benda lain boleh tak equal jugak?

I mean kalau ko boleh keluar lepak kat mamak dengan member-member sampai malam, bini pun boleh selamba keluar balik malam.
Boleh?

Kalau suami tak masak, isteri pun takyah masak. Biar sama-sama makan kat mamak sepanjang hayat.
Boleh?

Kalau suami tak pernah pegang penyapu, isteri pun takyah sibuk-sibuk nak menyapu. Biar rumah berkerak.
Boleh?


Ada lagi sorang cakap suami dah siap buat undang-undang, every month dia bayar A B C D E, isteri bayar F G H J K. Masing-masing total RM3000 each. Equal.
Kalau isteri tu gaji RM3500, maka hiduplah isteri tu sebulan dengan hanya RM500 sebab yang RM3K tu dah kena bayar macam-macam bil and expenses rumah sedangkan gaji suami RM7K!
Dan dia terpaksa akur sampaikan balik kampung pun setahun 2 kali je padahal kampung cuma kat jarak 100km dari rumah sebab malu takde duit nak hulur kat mak bapak. Dia cakap asal sedara-mara buat kenduri kawen, kenduri nak pi haji, dia sentiasa buat alasan outstation sebab dia takde duit nak hulur-hulur.

Speechless.

Toksah kata dia, kalau aku pun rasa baik takyah kawen.
Mana istimewanya tittle "suami" tu kalau isteri juga bertindak sebagai suami?

Tak kesian ke dengan isteri masing-masing?
Takkan ko takleh consider.
Isteri ni bukannya zalim sangat. Dorang bukan taknak bantu.
Dah ko gaji 7-8K, isteri hanya 3K, apalah salahnya isteri bantu cuma RM1500, selebihnya ko takleh tanggung ke bangggggg.

Aku boleh bayangkan situasi isteri-isteri malang ni.
Nak dibangkang takut jatuh hukum derhaka.
Kalau diturut, diri sendiri ibarat nyawa-nyawa ikan nak lepaskan belanja sebulan.

Bestnya jadi suami kalau macam ni kan?
Syurga di bawah tapak kaki suami, tak ikut berdosa nanti. Kan?

Setau aku juga, jika isteri dibenarkan bekerja, semua pendapatan isteri adelah milik isteri sepenuhnya. Tapi boleh sangatlah isteri MENYUMBANG  untuk keluarga, jadilah ia sedekah yang sangat besar pahala bagi isteri. Tapi, andai suami gagal uruskan rumah, pakai, makanan seluruh ahli keluarganya, maka dosa besar bagi suami. Dosa besar ini lama-lama akan hitamkan hati dan lama-lama dia akan rasa 'selesa' dengan dosanya sebab dah terbiasa.

MENYUMBANG ya. MENYUMBANG (nak aku bagi font size 243 ke?)
Bukan suami pandai-padai tetapkan tiap-tiap bulan isteri kena keluarkan sekian-sekian jumlah untuk bantu suami.

Hakikatnya, suami yang ambil seorang perempuan untuk tinggal di rumahnya (jadi isteri) perlu jaga semua keperluan isteri, makan, tempat tinggal, pakaian dan emosi isteri, kena gembirakannya (inilah yang dinamakan batin). Kalau tak mampu tak salah aku, hukumnya HARAM kawen.

Baru-baru ni aku ada terbaca kat newsfeed kata-kata dari UAI pasal tanggungjawab suami.
Something like suami wajib sediakan sekurang-kurangnya 2 persalinan baju setahun untuk isteri. Maksudnya 2 helai tudung, 2 helai anak tudung, 2 pasang baju, 2 pasang kasut, 2 helai spender, 2 helai bra.....etc. Walaupun aku tau kalau takat 2 helai bra kau nak pakai basuh pakai basuh sampai setahun mahu tertanggal mangkuk coli tu, tapi itu adelah keperluan isteri yang WAJIB suami sediakan. Kalau agak-agak isteri nak lebih, yang isteri la kena keluar duit sendiri.

Kalau ikutkan pada apa yang UAI ni cakap, rasanya tak susah mana kot takat nak sediakan 2 persalinan pakaian tapi masih ada yang buat-buat tak mampu dengan alasan isteri bekerja, isteri ada taste sendiri, isteri boleh beli sendiri. Well, memang betul. Kita semua ada taste masing-masing. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab kan. Hulurlah takat yang mampu, isteri tau la nak topup kalau dia nak beli ikut taste dia. Tak susah kan?


p/s : Aku perlukan feedback dari lelaki yang bergelar suami tentang isu ni.
Aku nak tau apa pandangan korang sebagai suami pulak especially bila ada kes-kes suami PAKSA isteri bantu sedangkan isteri tak mampu dan korbankan keperluan lain semata-mata penuhi kehendak suami. Email aku : aveo757@yahoo.com