2012-11-28
Tebiat
Korang ada tak perasan any perangai korang sewaktu kecik yang jadi ikutan anak-anak korang now?
Aku ada satu tebiat masa aku kecik, tak tau since when tapi aku rasa sampai umur aku 3 tahun aku masih lagi ada tebiat ni and aku still boleh ingat sampai now. Kecik tak kecik jugaklah. Sampai umur 7 tahun aku masih lagi menjalankan kegiatan ni.
Tebiat itu adelah berak di sebalik langsir.
Dem!
Tak sangka aku akan buat public confession.
Sampai skarang aku tak jumpa reason kenapa everytime nak berak aku mesti berlari menyorok belakang langsir. Mungkin aku pemalu agaknya. Kahhh!
Macamana aku nak describe eh, tapi kan the feeling sewaktu berak di balik langsir tu macam best gila. Macam tempat tu sangat sepi dan tenang untuk berak. Semorang berak masuk toilet, aku berak belakang lagsir. Berak sambil berdiri lak tu. Kau mampu?
Pak Aji kata, dorang semua dah paham dah. Kalau nampak aku berdiri balik langsir tu bukan main sorok-sorok namanya ye. Tu namanya aku tengah memerut. Dah Darjah 1 pun aku still prektikkan berak balik langsir. Jadah apa pun aku tak tau tapi macam satu benda yang menjadi trademark. Kira aku trendsetter la. Wakakakka. Puiiii.
And now kan, trademark aku tu jatuh kat Rayyan.
Tu pun baru 3-4 bulan kebelakangan ni kitorang noticed. Tapi dia tak menyorok balik langsir but menyorok tepi sofa celah dinding. Asal tetiba kau tengok dia senyap and hilangkan diri tu, maknanya tengah buat pavlova la tu.
Dan satu lagi perangai dia adelah lepas berak walaupun taik penuh dia masih boleh sambung main macamkan takde apa je. Punnnnnn ikut perangai aku jugak. Hahaha. Aku pun dulu (seingat aku la), lepas berak belakang langsir, aku rilek je boleh continue main. Macam takde apa je kat pantat.
Mak Aji ngan Pak Aji selalu tanya apesal aku suka berak belakang langsir. Apesal tak reti masuk toilet. Reason dia adelah kerana toilet aku basah. Aku tak suka pijak tempat basah. Rumah dulu-dulu mana ada partition pisahkan shower and toilet. Kat hotel ada la. Tak pun rumah orang kaya-kaya ada la. Aku bukan orang kaya. Jamban ngan shower satu tempat. Jadi lantai tu sentiasa basah. Aku geli pijak tempat lecak (lantai lecak geli. Pantat penuh taik tak geli). Now, rumah sendiri shower ada glass partition jadi even jamban kat satu bilik air yang sama, aku boleh berak dengan selesa sebab lantai tak basah. Kalau tak gamaknya sampai skarang aku berak belakang langsir.
Tapi apesal belakang langsir?
Kenapa bukan belakang pintu atau belakang tong gas?
Jawapannya adelah kerana belakang langsir still boleh nampak kelibat orang lalu-lalang. Belakang pintu tak nampak orang lalu-lalang. Aku time kecik dulu penakut nak mampos. So kalau berak sorang-sorang dalam toilet aku selalu terbayang nanti ada tangan keluar dari lubang jamban cangkung tu and cengkam pantat aku. Kalau berak belakang langsir walaupun berak sorang-sorang tapi hakikatnya tak la sorang sangat sebab aku masih boleh nampak orang. Bijak tak aku?
Now bila aku nampak Rayyan berlari belakang sofa, aku rasa "bangga" sebab trademark aku menurun kat dia. En Wan pelik apesal Rayyan suka sangat berak celah sofa tapi aku merahsiakannya sehingga hari ni. Haha.
Lagi satu perangai yang dua-dua pun ada adelah kuat bercakap. Be it Redza mahupun Rayyan, walaupun Rayyan tu tak paham bijik butir dia sebut tapi still memekak bercakap tak benti. Si Redza lagi la, celik je mata bercakap je keje. Aku rasa cam nak plaster je mulut dia. Kadang-kadang takde sape bercakap dengan dia pun dia boleh riuh bersembang. Sembang sorang-sorang. Macam seram je kan bunyiknya? Tapi takde apa yang misteri sebab sampai skarang pun aku masih lagi bercakap sorang-sorang kalau takde geng nak melayan aku sembang. Kadang-kadang aku boleh bantai gelak sorang-sorang. Tak caya tanya Ibak and Ima. Dorang memang paham sangat aku ada kebolehan bercakap sorang-sorang pastu gelak sorang-sorang sampai keluar air mata. Aku rasa sebab imaginasi aku tinggi kot. Kuat berkhayal.
Tapi kan, aku dulu pernah gagap.
Tak caya tanya Mak Aji. Aku pun boleh ingat lagi aku dulu gagap.
Kemain payah lagi aku nak habiskan satu ayat. Sekarang no wayyyyyy. Dah dapat bercakap sampai takleh benti. Harapnya takde la anak aku dapat gene gagap aku.
Ok ni separuh dari Superdry jeans yang bakal dipos-lajukan hari ni.
Ada half lagi belum buat payment, maybe sebab belum baca entry aku kelmarin. En Wan pun tak email korang lagi. Today dia akan email those yang belum bayar. Ada some yang terlepas entry Superdry dok tanya ada tak yang nak let go. So korang yang dag booked, plis buat payment the soonest sebelum En wan arahkan aku bukak offer kat blog.
Semalam En Wan gigih tulis consignment note sampai kul 1.30pagi. Aku dah membuta time tu. Kemain semangat lagi mempacking. Berhelai-helai list dia print. Siap la pulak pi buat delivery tengah-tengah malam semalam kat USJ. Pukul 11 malam kot. Pehhh, Pos Laju boleh bankrup kalau laki aku bukak courier company camni. Penghantaran 24 jam! Wakakkaka.
Tapi jangan terperanjat la kalau dapat pakej tu nanti sebab En Wan pakai consignment note company aku. Dia takde masa nak pi collect blank consignment note, so aku pinjamkan company aku punya. Tapi bayar balik la yeeee. Apa ingat aku nak bagi free? Kalau 9 helai boleh lagi la aku nak pejam-pejam mata. Ni 90+ helai. Bungkus kedai aku.
Ada yang hantar email kat En Wan cc kepada aku sekali. So aku dapatla baca conversation dorang.
Kebanyakannya beli untuk husband and almost all nak buat surprise for husband masing-masing. Ada yang mintak letakkan wish bagai. Alololo....suwit. Bagus semua reader-reader aku. Semua nak hadiah untuk suami. Aku je yang tak belikan untuk En Wan. Ngahaha.