walk on wings, tread in air: Rayyan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Rayyan
2012-11-02


Di saat entry ni korang baca, aku sudah pun berada di luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Ni aku autopublish saje.

Esok besday Rayyan yang ke 2 tahun. Tapi celebration buat Ahad, insyallah sebab esok ada ujian penilaian tailor baru.
Umur je dah 2 tahun, tapi tak pandai-pandai lagi cakap. Kalau riuh memang bagi kat dia. Tapi sebijik butir aku tak paham. Boleh la now cakap sikit-sikit like 'atuh' (jatuh), 'bak' (ubat), 'no no no' (no!), 'awoooo bahh!' (Allahuakbar).
Kalau aku bancuh Ephyra nanti dia tunjuk 'Bak! (ubat)'.
Kalau aku pekik 'Adik, jatuh!!!'. Nanti dia cakap 'Bak!'. Kira takpelah jatuh, kan kita ada ubat. Lebih kurang camtu la. Pandai melawan ni.

Redza dulu belum 2 tahun dah pandai cakap.
By the time dia 2 tahun dah clear apa dia cakap cuma pelat here and there la. But aku dah boleh faham apa dia nak. Aku ingat lagi bila bibik aku dah balik Indonesia, Redza bangun pagi tanya aku "Ma, bibik mana? Ija nak bibik".

Clear and sharp ayat dia.

Kalau si Rayyan ni la. Bising memang satu rumah tapi sepatah haram aku tak paham. Tapi peramah pulak tu. Bercakap je.



 2 years ago





Now...
 
 

 

 



 

 

Meja Japanese aku ni dah jadi stage dia perform tarian wel wel.
Kebanyakkan benjol kat jendul dia tu terhasil dari terhentak kat bucu meja ni la. Tapi dia pedulik apa, terhentak tigablas kali pun, aku tengok makin rancak dia terkinja-kinja atas meja tu. Tapi Rayyan ni memang lain sangat dengan perangai Redza time kecik. Redza dulu paling senang la bibik nak jaga. Bangun pagi, bibik bawak ke playground jap. Pastu balik mandi. Bukakkan katun, dia akan duduk kat depan tu tak berganjak-ganjak. Makan tido salin pampers semua depan tv. Bibik memang boleh mengemas, menggosok, mengemop, membasuh toilet and porch segala sebab Redza memang akan tersadai depan tv sampai la kitorang balik keje.

Tapi si Rayyan ni kau dapat pakaikan pampers je dah besar rahmat. Tak dapat pakaikan baju pun takpela, janji pampers dah pakai. Sebab dia punya kuntau satu macam. Nenek dia la kesian. Asalkan dapat salinkan pampers jadiklah. Tak kisah la atas tangga, tepi tv, bawah meja makan, janji sempat. Aku tak tau la spesis ulat bulu mana yang dia terkenan. Menggeletis tak hingat!

Tapi Redza memang pengutip cukai bertauliah. Asal aku nak pi keje je, mesti kena angkut dia pi kedai runcit India kat belakang (rumah aku yang dulu) untuk dicukaikan. Tapi one thing Redza ni dia tak memilih sangat. Kau bagi lolipop pun ok, janji dia dapat barang. But still 'sakit' gak la kan. Asal pegi kedai cukai, pi pasar malam paling kurang kena bawak balik sebijik lori, singgah Shell pun kena masuk Select, sampai aku takut nak singgah mana-mana. Mesti kena cukai. tak salah dulu, at least RM300 spent setiap bulan hanya untuk cukai Redza je.

Tapi Rayyan lain. Walaupun dia menggeletis, tapi dia tak minat mainan. Dia la yang paling takde mainan sekali. Fedup aku nak belikan dia toys sebab dia takkan main punya. Yang dia main deodoran aku, botol mineral water, sudip, kotak, penyapu, penyodok, hanger, calculator, printer, air dalam toilet bowl pun dia boleh buat main. Ada satu hari tu aku kemas bilik tetiba senyap je tak dengar suara dia. Sekali masuk toilet, ha kauuuuuu. Cantik je dia buat facial dengan air toilet bowl. Air tu biru, wah kemain lagi dia tenyeh satu muka. Aku rasa dokter terlebih bagi aku makan vitamin masa kat spital dulu tu pasal Rayyan jadi cargas semacam je ni.

Memandangkan dia pun takde kawan, so besday dia kita buat klorga-klorga je la sudah. Kek pun ikut selera tekak aku la sebab bukan dia yang nak makan. Aku harap pavlova yang aku order tu pun dapat la Ahad ni (pavlova pun nak order. Dasar pemalas).




Cerita pasal makan, ni aku nak announce Mak Aji's Oven ada release new kukis - Mocha Kukis. Ok yang ni boleh order hari-hari biasa. Choc kukis kalau pembelian 500pcs and above je baru Mak Aji buat. Mocha ni memang sedang giat digentel, so kalau nak order anytime now, silakan email dahlia2708[at]gmail[dot]com.

Harga sama, RM41/100pcs.





Ephyra 2nd batch dah dipos Rabu. So rasanya semua dah dapat kot semalam. So far ada yang dah respond bagitau parcel dah sampai. Siapa yang belum dapat tracking number dari aku, akan masuk batch ketiga next week ya. Sorry, this week aku banyak keje sikit sebab akaun dah nak close so aku berlari-lari ke sana-sini siapkan paper.




Hari ni casual wear saje, sebab aku nak masuk pusat ternakan ikan and udang ambik sample, ntah farmers mana lagi la pi bagi tulang babi kat ikan and udang. Stress aku nak makan siakap bakar lepas ni. Nak masuk tempat-tempat macam ni takyah pakai shawl, pakai tudung istant je. Kang hamis shawl aku. Ok happy working.



posted by aveo757 @ 10:26 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER