2012-11-09

Ofis hour vs working hour


Kata blog sendiri kan, haruslah letak muka sendiri banyak-banyak kan. Kahhhhh!

Ok, ni aku nak cerita pasal working hours.
Sebenarnya entry ni adelah tindakbalas berurusan dengan staff satu agensi ni. Kan now dah sibuk sana-sini tengah nak close akaun, so banyak la dokumen kena submit supaya payment tak sangkut.

Dipendekkan cerita (sebab aku pun tengah banyak keje nak buat ni so entry takleh panjang-panjang), masa aku sampai kat kaunter tu dah pukul 3.15pm. Tapi kat kaunter takde orang. Tapi bell ada. Kaunter je takde orang, belakang kaunter tu bersepah cubicle yang jarak dari kaunter cumalah 2 langkah. Setiap cubicle ada orang. Tapi tak tau la buat apa, nampak macam tengah tengok laptop je gayanya. Tapi terkekeh-kekeh gelak. Tengah baca blog ke apa?

Aku tekan bell.
Ada la 2-3 orang menjenguk ke arah kaunter tapi takat jenguk je. Sorang pun tak bangun padahal dah nampak kaunter takde orang and aku ni sape?? Tunggulkah?
Boleh pulak ada sorang tu panggil kawan dia kat cubicle depan "Eh, meh sini, meh sini, tengok ni". Pastu gelak-gelak. Yang aku ni terpacak kat depan.

Aku pun maintain berdiri cam bangang kat kaunter tu. Tekan lagi bell. Ada orang jengukkan kepala dari cubicle. Aku terus angkat invoice aku and cakap "Saya nak submit invois". 
Dia buat dek je okeh??
Terus continue tengok pc. Kimak.
Last-last aku main cakap je, "Kaunter ni untuk apa ye?" 
Pastu sorang staff ni bangun datang kaunter "Ada apa cik?"
Ada apa kau tanya?
Agak-agak kau bina kaunter ni untuk apa?

Aku : Saya nak submit invoice. Submit kat sini ke, kat tempat lain?

Staff : (check dokumen aku) Memang submit kat sini tapi orang yang jaga kaunter ni pegi surau. Kejap lagi dia masuk.


Heloooooooooooooo???!!! Korang semua ni bekerja kat Jabatan Bendahari okeh. Mustahil dalam satu Jabatan Benhadari ni hanya sorang je manusia yang layak terima dokumen. Terima je kot. Bukan luluskan payment. Macam la selama ni aku tak pernah submit invois. Kau cuma check if semua lengkap and cop. Tu je. Takkan tu pun takde orang boleh ganti buat. Seriesly??????

By the way, pukul 3.15pm dah.
Pukul 3.15pm ni waktu rehat ke apa?

Bukan aku nak pertikaikan sangat waktu solat kau. Tapi kalau dah tau kau nak bersolat di luar waktu rehat, cariklah staff ganti kejap kaunter. Tak pun, mustahil sangatlah staff-staff lain takleh tolong tengok-tengokkan kaunter. Bukan kau kena terpacak kat kaunter 24 jam. Cuma kalau ada customer, kau attend la. Susah sangat ke? 2 langkah je pun dari workstation kau. Apa yang berat sangat pantat sekor-sekor nak bangun?

Sometimes aku terfikir, those yang datang opis ni adekah anda datang kerja untuk "bekerja" atau "berada di tempat kerja"?

Kalau pegi opis, datang awal, punch card tip top, tapi waktu bekerja sebenar adelah 2 jam setengah, baik kau balik tido.

Bukan bermaksud takyah datang awal pun takpe. Disiplin tu memang penting tapi selalunya yang aku jumpa, ia tak bergerak seiring.
Datang kemain awal. Tapi start keje pukul 11am.
Sebab pagi-pagi masuk check FB dulu, update status, pastu baca status FB orang, komen-komen sikit, pastu berbalas-balas komen, then baca forum, pastu baca gossip blog, kalau ada blog sendiri update blog sendiri kejap, balas personal email.
Kul 10am kuar minum.
Pastu 11am baru masuk, baru nak start buat keje.
Kul 12.45 dah get ready touch-up nak kuar lunch.
Masuk kul 2pm. Tapi gi solat dulu.
2.45pm baru masuk workstation balik.
Kul 3pm baru start keje.
Kul 4.30pm dah get ready kemas apa-apa yang patut. Takyah buat keje sangat la, sebab esok kan datang opis lagi. Boleh siapkan esok pulak. Apa susah, kan?

So berapa jam agak-agak waktu "bekerja" tu?
"Waktu berada di tempat keje" memang konfem kau cemerlang.

Disebabkan benda-benda macam ni la maka kau berkira bila nak tolong buatkan keje staff lain sebab keje kau pun sebenarnya tak bersiap asik buat keje merepek kat PC. Nak layan FB tu layan la, nak baca email silakan, nak baca blog pun sila, tapi carikla masa sesuai. Kalau dah terang-terang client tertonggok depan kaunter, tolong lah jenguk sikit. Kot ye kau takde kuasa untuk terima dokumen tu, sekurang-kurangnya pegi attend the customer. Takde la customer terbangang-bangang kat depan.

Sebab tu sampai now aku sangat terkesan dengan "didikan" company terakhir aku bekerja.
Sukati kau nak masuk bila, taknak masuk lansung pun boleh. Takde punch card. Tapi weekly meeting time present report, result kena tip-top. Kalau ada customer complaint kau siap. Kalau tak hit sales target bersedia tadah muka untuk dilempar kertas report. Alhamdulillah, walaupun bos aku tu garang cam cilake, tapi aku sangat berterima kasih sebab dia bukak mata aku tentang apa sebenarnya yang kita perlu buat bila kita bekerja.

Sesungguhnya "waktu bekerja" dan "waktu berada di tempat kerja" adelah 2 benda berbeza.

Selamat beramal.