2012-10-11

I'm a Little Bird


Orang lain dah sibuk ke K-Pop, aku masih setia dengan Canto-pop. Err...kalau Mandarin dipanggil apa ye? Mando-pop ke? Walaupun sekarang sawan cina aku tak berapa menjadi berbanding dengan zaman skolah dulu, tapi benda tu tak hilang. Hari tu aku kat GZ, En Wan boring je ngadap TV sebab takde benda yang dia paham. Aku pun tak paham gak tapi aku terer bab buat-buat paham ni. Dia cam stress tengok aku hada TV macamkan aku paham. Pastu most of celebriti yang keluar kat TV aku kenal. Aku tak tau la si Filla ngan Elly, tapi aku boleh hadap TV kat sana dengan takde subtittle semua, berjam-jam. En Wan dah terbongkang, aku rilek je layan TV. Padahal tak paham, tapi macam paham. Kau ada? 

Salah satu rancangan yang aku suka kat GZ is Voice of China. 
Selama ni tak pernah tau pun kewujudan rancangan ni. Tak tau if Astro Dynasti ada release Voice of China. Tapi aku dah sampai peringkat ketagih. Dari aku start balik dari GZ sampai sekarang, tiap-tiap malam aku layan Voice of China kat YT, tengok balik episod-episod lama. Bila aku layan Voice of China ni rasa cam buang masa pulak layan Mentor, AF, Vokal tanpa Rupa (eh betul ke tajuk ni? Lain macam je bunyiknya), etc. Aku rasa yang rancangan Vokal Tanpa Rupa tu konsep dia lebih kurang macam Voice of China kot. Tak sure sebab aku tak tengok. Voice of China ni macam Mentor TV3 tapi pemilihan tu tanpa melihat muka peserta. Combination of Mentor and Vokal Tanpa Rupa kot.




Aku dok ulang-ulang je video ni. Tajuk lagu I'm a Little Bird.
Best budak ni nyanyi lagu ni. Padahal lagu ni lagu lama, pastu lagu ni penyanyi asal dia lelaki, penyanyi rock lak tu. Bila dia bawak jadi lagu pop ballad. Berebut juri nak ambik budak ni. Eiiiii sukaaaaaa!!




Clip atas ni berjaya buat aku nangis.

Korang layan 2 video ni, pastu baru korang layan video bawah. Video bawah ada English subtittle. See if ada yang melalak macam aku...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.