2012-10-12

Anyaman


Semalam Redza ada exam Pendidikan Seni. Selalunya everytime nak exam seni, kitorang akan suruh dia prektis dulu malam tu esok nak buat tajuk apa. So kali ni Redza cakap dia nak buat anyaman tikar. Ok good. Malam tu En Wan pi beli 4 kertas warna, 2 untuk bawak pi skolah esoknya, another dua prektis kat rumah. Kebetulan malam tu En Wan attend tahlil jiran sebelah jadi aku la yang bertindak sebagai cikgu Pendidikan Seni walaupun seni aku sendiri tak pernah dapat A. Eh mamposlah kan.

Redza siap bukak You Tube pasal seni anyaman tikar. Ada pulak cikgu yang rakam cara-cara nak buat seni anyaman ni. Bagus cikgu ni. Nak tunggu si Redza habiskan video memang takkan siapla anyaman kau kan. So biar aku yang tunjuk. Live telecast lagik.

Wah excited aku ni. Macamkan aku yang nak ambik exam. Gigih ukur dengan pembaris biar jalur sama besar. Si Redza bila tengok aku siap ukur kaw-kaw 1cm 1cm 1cm dia dah naik pening. Anak aku ni macam aku jugak, anything yang melibatkan nombor memang malas sikit. So bila dia dah tengok aku siap keluarkan calculator bagai nak bahagi-bahagikan jalur biar sama besar, member dah fedap. Tapi silap besar la kan nak fedap-fedap dengan aku. Aku paksa gak dia buat, dapatlah jugak dia buat dalam 3-4 baris. Jadiklah, janji dia paham camne nak buat esok.

Sekali bapak dia balik.


 
 

Kan?

Bapak dia ni kan selalu buat aku berbulu.
Aku ni dah ye ye je ajar budak tu camne nak ukur jalur, camne nak pastikan jalur tu sama besar segala. Alih-alih dia sampai, dia ukur and garis jalur-jalur tu siap-siap. Esok anak dia tinggal potong je. Hangin betul aku. Biar la kan budak tu buat sendiri esok.
En Wan kata takpe, anyaman biar Redza buat. Lukis jalur ni biar dia buatkan siap-siap, esok Redza gunting je. Nanti tak sempat siap. Tak cukup masa.
Hek elehhhhhhhhhhhhhhhh. Dia lak yang gelabah.
Tak cukup masa tu la yang thrill!
Nak pulak bila cikgu cakap "Tinggal lagi seploh minit".
Masa ni la nak tengok gunting gam kertas semua berterbangan di angkasa raya punyalah gabra nak siapkan. Baru best masa ni masing-masing gelabah menganyam sambil nangis (aku la tu dulu).

Kang bila anak-anak tak tau buat keje, kita mak bapak kata anak manja sangat. Tapi sebenarnya kita la yang memanjakan dia. En Wan ni memang tak layak jadi cikgu. Memang patut sangat-sangat la dia jadi engineer. Kalau jadik cikgu mampuih anak murid tekanan perasaan. Dia ni perfectionist. Nyampah pulak aku. Padahal anyaman yang dah siap half way tu aku yang potongkan jalur-jalur dia. En Wan kata senget. Oh plisssss lah. Takkan la senget sikit pun kau nak kira kan. Pendidikan Seni Darjah 2 je pun. Tapi takpe lah, dah kau nak buat, silakannnnnnnn.

Sebab semua orang buat tak betul, balik-balik dia je yang betul kan, last-last dia yang buat sendiri.






Anak dia sedap ngadap iPAD.
Settle.
Kan?
 Padan muka. Haha.


Tapi aku pun suka buat seni anyaman ni dulu.
Kalau aku buat, jalur tu aku potong 0.5cm biar halus, jadi corak akan nampak penuh atas drawing paper tu. Cewah, cerita kemain lagi. tapi tak penah dapat A pun. Ada sekali tu masa Tingkatan 3, aku lupa nak beli kertas warna, masa tu dah malam lak tu. So aku angkut sokabar. Jadi esoknya anyaman tikar aku adelah dari kertas sokabar. Walaupun aku rasa ishh ni boleh dapat A ni. Konfem! Konfem! Konon markah kreativiti la sebab guna sokabar kan, orang lain guna kertas warna. Last-last dapat C sebab cikgu kata aku takde effort nak beli kertas warna. Nak gelakkan diri sendiri pun tak sampai hati. Takpelah, tak minat seni punnn (dan-dan tak minat seni sebab tak dapat A).

Semalam Redza balik aku tanya :


Aku : How's your drawing test?

Redza : Easy peasy 


Kalau aku tanya tu memang tak pernah la kau jawab 'susah'. Manjang je easy peasy. 


Aku : Redza buat corak macamana? Yang mama ajar semalam?

Redza : Tak. Yang mama ajar tu Ija tak paham. Ija buat corak Ija sendiri.

Aku : Ija buat corak apa?

Redza : Ala yang biasa punya.

Aku : Alaaa...yang biasa punya susah la nanti nak dapat A.

Redza : Takpe, teacher kata kalau diam, dia bagi A+.


Ok, aku speechless.
Baiknya hati cikgu tersebut.
Kau buat la apa pun, janji kau diam aku bagi A+.

Nampak sangat la anak aku kuat memekak kat class.
Terima kasih cikgu kerana bersabar dengan anak saya.