2012-10-31

Belum tentu lagi...

Ada sorang customer aku student MSc.

Student je.
Belum grad lagi.

Tapi dia punya eksyen mak aiiiii macam dah ada tittle Dato' Dr. Ir. Aku dah handle supervisor dia (Dr Lopez, bukan nama sebenar) sejak tahun 2008 lagi. Dalam beberapa tahun ni dah ramai student Dr. ni aku pegang. Dari yang belum dapat Masters sampai dah sambung PhD sampai dah grad ada tittle Dr, sorang pun takde yang berlagak macam student MSc ni. Padahal dia baru register Masters. Barang-barang research dia pun aku baru je hantar. Kau belum start apa-apa pun lagi tapi kau punya kerek macam lah aku ni bangang sangat. Padahal apa yang kau nak buat tu aku dah buat dah few years back. Entah-entah kau SPM pun belum lagi masa tu. In fact aku yang suggest lab manager dia what to buy based on projek-projek student. Lagi nak kerek dengan aku. Kang aku sabotaj kit kau baru tau.

Tapi memang ada set-set macam ni. Merasa diri bijak gila bila sambung blaja. Bak sini tunjuk CGPA first degree kau berapa dulu aku nak tengok. Porah.

But seriesly, selama aku handle student-student sejak aku keje line ni since 2003, 99% yang berlagak tu sebenarnya tak excell mana pun. Ada 4 orang yang aku boleh ingat lagi, jenis kerek kategori kerek terlampau alih-alih aku tak nampak dah kat lab. Bila sembang-sembang ngan supervisor dorang, laa...dah quit rupanya. Tapi kebanyakkan student yang berjaya, jenis yang "Kak, camana ye kalau saya nak buat macam ni..."...."Kak, bacteria saya tak grow, camne ye kak". Memang betul kata pepatah "Malas bertanya sesat jalan". Kalau aku, aku lebih suka orang ingat aku bodoh sebab banyak bertanya daripada buat macam paham padahal bingai.

Banyak bertanya bukan bermaksud kita bodoh. Tak bertanya bukan bermaksud kita pandai.

Like this kerek girl, first time aku jumpa dia kat lab. Masa aku masuk lab dia, there are a few students yang dah biasa dengan aku, so aku tanya-tanya khabar and sembang-sembang pasal projek dorang kot-kot ada masalah apa-apa yang boleh aku tolong (padahal aku pun tak pandai tapi tolong je la sikit-sikit). So sorang kawan dia kenalkan dia kat aku. Bila aku bagi namecard muka dia cam sialpalis. Kalau ekspresi muka dia boleh diletak caption mesti caption dia "Kau paham ke sains ni apa?". Dah la namecard aku memang tak letak kelulusan, dengan muka aku yang berlengas turun naik lab, konfem dah macam jiban. Memang gila jijik la muka aku time tu.

Kawan dia cakap "Kalau u nak apa-apa contact akak ni, dia tau nak suggest apa".
Then dia nak test aku gamaknya, dia cerita la projek apa dia nak buat. Speaking London okeh. Motif nak speaking ngan aku? Oh ye la, nama aku kan cam omputih. Haruslah speaking. Wakakaka.

Malas aku nak cerita sini apa yang dia explain tapi kepada yang tau terms ni, this girl nak buat phylogenetic. Adoi la..cakap pung pang pung pang macamkan aku tak tau la apa ko nak buat. Kalau ikut hati nak je aku balas "Ohhh...nak buat taxonomy study je la ye?". Tapi takpe. Aku memang suka layan orang camni. Biar dia ingat kita bodoh so kurang sikit keje aku.

Phylogenetics adelah keje yang rutin tapi banyak karenah. Takde la senang sangat, tak juga susah tapi kekerekkan dia buatkan aku pelik apesal yang kau nak berlagak sangat padahal kau buat phylogenetics je?
Letih aku dengan spesies-spesis perasan bijak ni. Patutnya tajuk research aku dulu adelah meng-identify gene-gene kerek dalam manusia.

Dia sentiasa tak puas hati dengan apa aku buat.

Quotation aku tak bersign.
Dia cakap tak boleh proceed untuk buat PO.
Padahal dah terang-terang kat situ tulis "this document doesn't need signature". Bertahun aku handle universiti tu tak pernah ada issue quotation kena ada signature.
Tapi takpe, aku layankan. Customers always right kan.
Aku sign.

Quotation takde delivery period.
Padahal kat bawah quotation dah ada tertulis delivery 2-3 weeks. Oh taknakkkk. Nak setiap item aku tulis bila estimate time arrival. Boleh??
Takpe, aku layankannnnnn. Customers always right.
Aku edit balik quotation.

Pastu dia nak sample kit. Aku bagi. Tapi dah nama pun sample, mana ada hardcopy protocol. Aku hantar pdf file protocol.
Dia suruh kau post protokol jugak.
Susah dia nak copy file dalam thumbdrive and print kat pejabat am, dalam lab takde printer. Ok takpe, aku layankan. Customers alwaysssssssssss right!

Pastu bagitau aku produk aku tak jalan. Takde result pun. Katanya laaa...
Aku pun assist la dia buat project dia melalui emails and phone calls. Saje je aku nak layankan. Sebab aku paham sangat dah pe'el kelaku spesis macam ni. Cakap lebat, action zero. Last-last boleh. Dapat pun result. Tapi dia tak puas hati lagi ni. Dia kata produk aku bukan plug and play. Kena ada optimization baru menjadi. Aku tak tau la nak gelak ke nak tumpang simpati dengan kebijaksanaan budak baru nak ambik master ni. Selama ni kawan-kawan dia pakai produk yang sama takde sebijik komplen pun. Of cos la kena ada optimization. Tengok la sample kau apa. Kalau sample kau tissue takde masalah. Ni sample kau scale! Memang la kena ada optimization. Oh plisssssssssss lah. Dah cukup bagus kau buat Masters guna kit. Semua dah ready dalam tu. Aku dulu bancuh sendiri solution, boleh?
Nak buat optimization pun malas ke?

Masa undergraduate boleh la bersenang-lenang. Plug and play. Ni dah sampai ke peringkat sarjana, takkan nak yang mudah-mudah je. Bersusah-payah la sikit. Esok jadi lecturer takdelah kena gelak dengan student.

Tapi takpelah, customers always right.
Layan je la kepala dia.

Sepatutnya aku pegang pepatah "customers always right" tu. Bila dia kata A, aku angguk. Dia kata B, aku angguk. Biar projek dia tunggang-langgang tak bersiap. Nak ikut kepala dia je. Kau mungkin teror secara teknikal, tapi ini produk aku. So apa salahnya kau dengar cakap aku. Manjang nak kondem pehal?

Kerek!

Teringat satu kes masa registration MSc dulu, ada sorang budak ni sangat tersendiri dan menyendiri. Dia sama-sama macam aku yang bukan dari lulusan Bachelor UKM. Memang kat dalam bilik meeting tu aku and dia je graduate dari U lain. The rest semua graduate UKM. Aku pun tak kenal sesape gak masa tu but at least masa tu Ima temankan aku masuk sekali. So takde la menyendiri sangat. Tapi that girl sangat lonely. Muka pun selenga je dengan sling beg, dengan botol air, dengan baju saiz XL padahal badan dia saiz S. Masa sessi perkenalan tu semua kena bagitau nama, grad U mana and CGPA. Masa tu budak-budak UKM ada gak la perangai %@*#!!. Mungkin ke'eksyen'nan tu adelah sebab dorang graduate situ pastu lecturer-lecturer dalam meeting room tu semua dorang dah kenal so macam "kitorang ngan lecturer geng okeh!". Nak pulak masa sessi perkenalan tu Timbalan Dekan sebut nama dorang sorang-sorang masa tanya berapa CGPA. Kira dorang takyah perkenalkan diri la, Prof dah kenal. Just bagitau CGPA je. Eksyen melampau ok padahal paling tinggi dikalangan dorang adalah 3.09 je. Ada yang 2.75 tapi boleh buat masters???

Bila sampai turn budak selenga tu, 3.8 something. Amekkawwwwwwww! Menyengat. Senyum je aku dengar. Sangat gembira sebab pastu yang lain terus senyap. Terus tak berbunyik sampai ke sudah.

Moralnya, cukup-cukup la buat perangai eksyen ni. Jangan la bangga sangat dengan diri sendiri. Aku tau kau sebenarnya pun tau kau tak hebat mana. Tapi sebab kau takut orang pandang rendah kat kau, jadi sebelum kau dipandang rendah maka kau up-kan diri kau siap-siap. Padahal takde orang nak ambik tau pun. You think I care? No.

Selalunya yang eksyen ni tak pi jauh mana pun. Dia akan hidup dalam dunia repitition. Balik-balik dia sebut benda yang sama sebab tu je paling hebat dia ada. Contohnya kalau yang grad dengan pointer yang rendah dan grad pulak dari universiti/kolej yang jadi pilihan terakhir. Kira kalau U lain rejek maka kita applylah U pilihan terakhir tu. Jenis U yang takyah ada kelulusan hebat sangatlah, kau apply sure diterima punya. Ok kalau jenis ni, kau akan tengok balik-balik dia akan repeat yang dia blaja tinggi, dia blaja tinggi, dia blaja tinggi. Dia takkan mention yang lain-lain. Dia akan mention dia blaja tinggi je. Cuba kau tanya dia grad mana, pointer berapa. Mesti sepi.

Sometimes kita lupa kita bukanlah diri kita yang dulu. Tapi siapa kita sekarang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone