Semalam aku upload gamba ni kat wall FB....
Lantas mendapat komen-komen ini...
Hmmmm...
Pagi ni aku check, hmmm...ada tambahan komen but masih tak jumpa komen yang aku expect.
Rupanya takde orang perasan aku pakai eyeshadow sebelah lain kan?
Hahahahahaha.
En Wan je yang selalu perasan aku suka buat tebiat pakai sebelah kaler lain, sebelah lagi kaler lain.
Semalam keluar dengan Mak Aji and Pak Aji pun dorang tak perasan.
Ok, boleh buat selalu pasni.
Aku memang suka buat aktiviti-aktiviti terencat macam ni. Tapi cuma En Wan je yang perasan, mula-mula dia geleng-geleng kepala. Now dia dah tak kuasa nak geleng. Bila aku tanya "Bang, ok tak?"
"Boleh la.."
En Wan susah nak bagi compliment.
Kadang-kadang compliment nak ambik hati orang pun dia tak suka bagi.
Contoh kalau pegi makan kat mana-mana, kita dah rasa best gila dah ni. Tapi dia "Hmm..boleh la.."
Expectation tinggi sangat. So kalau dia bagi respon "Boleh la...", aku dah suka gila.
Sebab kalau dia disagree, ayat dia sangat menyakitkan hati.
"Bang, cantik tak?"
"Ya Allah, Di. Tolong lah. Buruk gila macam darat!"
Sikit-sikit kutuk dah la kan.
Sampai nak emphasis kan darat-darat segala.
Macamana aku tak selalu bertekak dengan dia?
Tapi kalau keluar dengan famili je la aku buat macam ni, kalau pi wedding ke apa ke takde la aku nak buat kan sebab selalunya kat wedding tetamu akan memerhatikan tetamu lain berbanding pengantin. Biasa la kan, nak tengok sape lagi cun, baju sape lagi cantik, sape bawak balak paling hensem. Eh macam penah buat je.
Kuku pun camtu gak. Dulu aku selalu kalerkan kuku ikut sedap anak tekak aku.
And aku tak pernah kalerkan kuku sebelah kanan sebab aku nak makan nasik. So kanan kena bebas dari bahan-bahan yang mematikan nafsu makan aku. Kalau aku kaler kuku contohnya, semua kaler pink tetiba middle finger aku kalerkan putih siap ada smiley face. Kira kalau aku tunjuk middle finger kat orang masa tu, orang tu mesti konfius nak marah ke nak melemparkan senyuman silaturrahim kat aku. Tapi pas lama-lama aku tak pakai dah sebab everytime aku basuh bontot, mesti kaler dia dah jadi tak cantik. Dasar kaler murah.
Pastu bontot aku gatal-gatal. Agaknya bahan kimia nail color tu masuk bontot.
Eh, matilah pagi-pagi dah cerita pasal cuci bontot..
Lagi satu reason aku upload gamba tu sebab nak bagitau kat pengguna BB yang lain kot-kot la tak jumpa lagi application ni. Dia macam Instagram gak, tapi nama dia PhotoCard. Yang ni version free. Sape yang jenis berkira macam aku, boleh la guna application ni. Kalau jenis yang tak berkira dengan USD3.99, boleh la search PhotoStudio. Yang ni lagi banyak kau boleh buat. Aku dah penah beli time BB yang dulu, tapi pastu aku uninstalled sebab macam tak function sangat kat Bold 3. Dengan Bold 4 ni aku belum reinstall lagi, sebab aku bukan guna sangat pun bendalah ni. So nanti-nanti la. PhotoCard ni pun dah ok untuk orang buta gajet macam aku.
Oleh itu, saya berseru kepada seluruh warga BB, janganlah kita merasa rendah diri dengan warga iPhone.
Dia ada Instagram, kita ada PhotoCard.
Walaupun PhotoCard tak sehebat Instagram, takpelah, kita pasrah lah. Memang BB tak hebat. Sebab BB tak memerlukan photo editor yang hebat seperti Instagram untuk menacap gambar kita. Kita dah memang tak perlu ditacap sangat.
Eh, matila statement carik gadoh. Wakakakaka.
Ok, nak buat keje.