2012-09-10

Guangzhou - Last



Sebelum aku terlupa apa benda aku buat kat GZ on the last day, baik aku habiskan cerita aku pasal GZ trip.

Hari Ahad memang hari untuk bershopping sebab keje kitorang dah habis Sabtu, so takde apa dah nak buat Ahad, jadi kita bersantai-santaian. 7am, Win bawak aku and En Wan gi tengok makam Saad Abi Waqqas. Elly and Filla letih agaknya so dorang tak ikut. Aku memang nak sangat pi makam ni sebab kawan aku dah pesan kat aku kalau ada masa singgah jap makam ni. Gambar atas ni depan pintu masuk ke makam.

Jauh gak la menapak sebab taxi bentikan agak jauh and kitorang kena pusing satu round dengan berjalan kaki untuk masuk sini padahal dekat je kalau dari pintu depan tapi the guard tak kasik kitorang masuk kot pintu depan, jadi kena ikut pintu belakang, Takde hal lah, sebab aku pun pakai kasut pengawas, jadi takde masalah nak menapak jauh mana pun.



 Ni masjid dalam kawasan makam.



 Telaga Saad Abi Waqqas



 Silakan baca sendiri...



 Kiri and kanan aku tu kawasan perkuburan, tapi tak pulak aku tengok sape punya sebab dia tulis tulisan cina lagipun,macamkan aku paham pun kan. Maybe perkuburan orang-orang zaman dulu sebab tomb dia semua style lama.




Makam Saad Abi Waqqas ada dalam 'rumah' ni.
Tapi aga k menyeramkan jugak la bila masuk sini.
Sebab dah la dorang dirikan rumah khas untuk makam, pastu atas makam tu ada bermacam-macam helai kain. Kononnya kain tu macam 'ambik berkat'. Ada sesetengah yang letak kain atas tu then bila nak balik ke negara masing-masing, kain tu akan dibawa sama. Untuk tujuan apa, wallahualam.

However, kalau mengikut bacaan aku yang serba jahil ni, menurut buku Terjemah Hadis Shahih Muslim, cetakan pertama 1990, muka surat 159 ada disebut "...Dari 'Abbad bin 'Abdullah bin Zubair r.a., katanya " Bahawasanya Aisyah menyuruh membawa jenazah Saad bin Abi Waqqas ke masjid untuk dishalatkannya di situ. Tetapi orang banyak mengingkari permintaannya itu. Lalu Aisyah berkata, 'Alangkah cepatnya orang lupa bahawa Rasulullah saw pernah menshalatkan Suhail bin Baidha di masjid'..."

Dari hadith sahih ni nyata jelaskan bahawa Saad Abi Waqqas tak disemadikan di Guangzhou, China. Akan tetapi, mungkin makam yang dorang dirikan di sini bermaksud tempat persinggahannya. Wallahualam...

Cuma kain-kain yang dorang letak atas 'makam' ni aku tak berapa seronok and sedap hati lihat.




Depan makam ni ada disediakan colok yang ada tulis ayat-ayat Quran.
Aku pun tak tau apa fungsinya. Harap takde aktiviti yang bercanggah.
Tapi aku percaya, colok tu dibakar sebab ianya wangi, jadi tak salah untuk menwangikan/mengindahkan kawasan perkuburan.



 Ni kawasan perkuburan sekitar makam. 



 Lepas tu, kitorang balik semula ke hotel, lepak kejap, makan maggi jap.
Kul 9am, turun balik untuk berpeleseran secara berleluasa.

Mula-mula kitorang pi tempat paper bag.
Aku angkat 2 pack untuk tailoring aku punya line.




Sangatttttttttttttttttttt la rambang mata sebab semua cantik-cantik.
Siap ada plastik Hello Kitty bagai.
Nyaris aku nak beli Hello Kitty tu tapi apekah kaitannya dengan tailoring aku? Aku jahit teddy bear kah??

Jadi, beli design lain.
Tapi tetap kaler pink jugak aku pilih.

En Wan kata "Pink??????"

Sukatilah.
Kedai aku.




Disebakan dorang semua belum makan, so kitorang pi breakfast dulu.
Ada satu kedai ni jual nasik-nasik, si Elly sibuk nak nasik jugak.
Tapi sebab kedai ni kecik, pastu kedai tengah, ventilation very bad.
Sorry, but kitorang memang nak termuntah sangat-sangat bila masuk kat dalam.
Alangkan aku and Elly pun mual, inikan si Filla.

So kitorang dengan selamba tapirnya open table kat tengah-tengah dunia kat luar kedai. Sekali panas berdenting la pulak. Aku and Filla pakai baju hitam, lagi la meresap bahangnya. Menitik-nitik peluh aku. Padahal panas pagi je tu.

Last-last kitorang masuk jugak kat dalam.
Tahan je la sikit bau-bauan tu. Sebenarnya bukanlah masakan tu yang busuk tapi sebab pengudaraan tu very poor so bila menumis-numis tu udara dia berkepam kat dalam kedai. Tapi masing-masing makan dengan lajunya, takde masa nak bersantai sangat lah sebab nak keluar cepat.



 Win tengah pilih makanan untuk bini dia.



Last-last semua sepakat ambik menu sama. Beli 3 set, pastu cedok-cedok. Ala-ala nasik ambeng gitu...



 Elly selamatkan perut sendiri. Tak tunggu orang dah. Dia ngap ngap ngap...




Memandangkan aku nak buat birthday party Redza balik dari GZ, so Win bawak aku pi beli barang-barang untuk party pack.

Ohemjiiii boleh jadik gila kejap aku masuk sini.
Kau sebut nak belon apa, saiz apa?? Apa aje yang takde kat sini. Semua konfem ada!

Aku beli belon giant size pun baru berapa hinggit je.
Aku beli barang-barang untuk party kat BallonBuzz, belum masuk isi party pack tau, just belon, backdrop, lilin and barang-barang merepek je dah RM250. Kat GZaku beli be,on giant size and belon-belon lain, piring, cup, mask, party bag tak sampai RM60 duit kita. Menyesal aku beli kat BallonBuzz.




Aku nak sangat beli mask-mask macam ni untuk budak-budak yang datang party nanti, alahai baru RM2.50 je sebijik. Aku estimate 40 orang budak macam tu, baru berapa kan. Tapi En Wan biasa la, dia kan suka sabotaj plan aku. Mana dia nak izinkan.

Tak izinkan sudah.
Aku bergamba je jadiklahhhh.



 Nyaris aku nak beli benda ni satu untuk sesaje simpan kat rumah.
Pastu bila tengok gamba muka sendiri eh macam takut pulak. Terus tak jadik.




Lepas beli barang-barang party, pi tempat alat-alat perhiasan rumah.
Ok, kat sini aku relax sikit sebab aku bukan minat sangat pun perhiasan rumah lagipun rumah aku bukannya besar sangat nak isi segala macam perhiasan.

Tapiiiiii En Wan menggila kat dalam ni.
Dia hampir-hampir nak beli Bumble Bee and Optimus Prime yang berat 4kg each, yang dari besi welding-welding tu. Orang kedai tu nak bagi RM600 je untuk dua ketul tu. Aku cecepatttttt tarik dia keluar. No way okkkkk, sangat no way!! Ooo pandaiiii. Aku nak beli topeng harga RM2.50 pun tak lepas, ada hati ko nak beli transformers besi buruk harga RM600?????? Aku tampa kang.



 Satu floor ni ada la kot 10 kedai jam.
Kedai jam yang gojes-gojes.
Kitorang beli satu jam kat sini, ohhhh sangat kiutttt jam tu. Kaler green apple lagikk.




Lepas habis beli perhiasan-perhiasan rumah, keluar nak lunch, boleh la pulak Win ajak En Wan masuk kedai ni.

Win macam biasa la sibuk menge-test ATV, yang En Wan dah hampir-hampir nak sambar motor kecik tu.
"Murah Di...murah gila. Harga motor, tax, delivery semua baru RM800"

Ha'ah, murahnya banggggggggggggggggggggggggggg.
Murah gileeeeeeeeeeeeeeeeee.

Lempang nak?

Takyah nak nak terkeseng-keseng kat aku mintak approval.
Takde de aku nak berkerjasama.



 Lunch kat Madinah restaurant again.
Kali ni makan roti-roti je sebab pagi dah makan nasik.
Tapi Elly ngan En Wan tetap order nasik.
Roti pun dia bedal jugak.



 Elly dan kacang kudanya.
Asal order nasik beriyani mesti sekali dengan kacang kuda.

"Sedap ni Di..makan Di....sedap ni"

Tapi kau sendiri tak abis makan.



 Tapi kari ni gila marvellesssssss!!!

Aku kalau tak terpandangkan perut aku yang dah terik ni, memang aku belasah sampai licin.
Tapi dah sendat sangat jadi aku bagi laluan kat mak buyung setelkan sampai ke titisan yang terakhir.




Lepas makan, teman En Win lak gi beli barang-barang untuk kedai dia.
Kat sini aku melilau kejap dengan En Wan.
En Wan paksa aku carik seluar jugak. Dia bosan tengok aku pakai jeans yang sama dari Khamis.
Si Filla pun sound apesal aku pakai jeans gelobos.

"Apesal kau pakai seluar besar ni?"

Jeans yang aku pakai tu saiz 29 okkkk.
Aku sarung and tanggalkan jeans tu tanpa perlu bukak butang. Kejap-kejap aku angkat seluar, kejap-kejap aku angkat seluar sebab dah melorot ke alur pantat. kalau ada yang terpijak kaki seluar aku masa bersesak-sesak tu, konfem melorot.

So, aku menyambar skinny jeans kaler hijo. Gila retro.
Terasa ini Uji Rashid.

Malam tu Elly bertenet dengan Win.
Aku, Filla and En Wan merayap bertiga. Makan McD lagi. Pastu shopping.
Again, aku menyambar lagi satu seluar kat Giordano.
Kalau nak suruh beli seluar tu kemain payah. Sekali dah beli terus asik nak beli la pulak.
Lepas beli seluar, aku ngan Filla balik hotel sebab sakit perut. En Wan pandai-pandai la ko balik sendiri. Dia sambung shopping.





Pegi 2 beg, balik 4 beg.
Padahal masa pegi tu beg memang kosong sebab aku tak bawak baju sangat. Still tak cukup. And now, beg yang kaler oren tu aku tak tau nak simpan mana. Mungkin bakal simpan dalam stor opis je.

Alhamdulillah flight tak delay.
And ubat pelali tenuk yang aku makan tu pun sangat efektif, aku sangat bertenang-tenang dalam flight.
Masa En wan kejutkan aku untuk makan, aku takleh nak makan sebab terlampau khayal. Habis nasik lemak aku tonyoh kat hidung la, pipi la, sebab takleh nak seimbangkan kepala. Melampau kan ubat tu?

Kitorang landed at 2pm.




Antara barang yang aku beli untuk diri sendiri.
Ni pengaruh si Elly, dia beli jewellery box tapi style lain.
Aku beli yang ni tapi bukan untuk simpan jewellery. Aku mana ada barang kemas. Brooch ada la.
Tapi aku tak beli ni untuk simpan brooch.
Tempat untuk simpan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Perfumes.

Selama ni perfume aku semua aku lambakkan je dalam laci.
Nak susun menegak aku risau.
Bila susun menegak, akan ada banyak space kosong.
Aku mana boleh nampak ada space ni kang konfem aku tambah lagi.
So aku baringkan dia. Tapi bila baringkan nampak bersepah la pulak. So now aku campakkan semua dalam ni, pastu simpan dalam laci.



 Amacam?

Senonoh la sikit kan...



 ...dan juga sepasang baju tido untuk budak-budak ni.

Ok tu je la aku sempat snap. Barang-barang lain malas sebab aku dah susun-susun.