walk on wings, tread in air: Be realistik sikit <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Be realistik sikit
2012-09-19


Apa khabar kawan-kawan?

Waaa ceria aku pagi ni. Tetiba nak tanya khabar.

Now aku ada di utara Semenanjung. Macam biasa, urusan keje.
Pagi ni pulak hujan selebat-lebatnya, bercinta betul aku nak bangun. Breakfast pun malas.





Semalam aku keluar dari UPSI lambat dari jangkaan asal.
So aku kena speed untuk sampai ke Bertam before 3pm.
Dari rumah nak UPSI tu keadaan masih berhemah lagi. Bawak pun bawah dari 100km/h. Tu belum lagi kalau nak sampai bridge, laaaaaaaaaaaaagi aku berhemah kaw-kaw. Tapi tak nampak pulak mana-mana polis nyorok celah tu. Lagipun aku bawak berhemah kan, so konfem lepas punya lah.

Tapi dari UPSI nak ke Penang sorry la, aku dah takde masa nak bertatasusila atas jalan raya.
No choice, terpaksa bawak 140-150km/h sepanjang perjalanan. Tapi sambil berdoa jangan la ada speed trap. Aku takde masa nak stop stop dah ni. Plis la...plis....




TADAAAA!!!

Pemeriksaan polis di hadapan.

Time ni dah nak sampai Juru dah pun, tapi dah pukul 2.30pm.
Plis la wehhhhh, aku nak masuk Bertam ni oiii.

Masa ni aku dah keluarkan buku log aku, kasik bukak letak atas seat sebelah, taburkan nota-nota biar nampak macam busy. Pastu tarik keluar cold box aku. Dalam tu ada sample DNA. Time ni aku dah readykan skrip "Tolong lah Encik...saya tau saya bawak laju. Saya series kejar masa ni Encik. Saya bawak sample DNA ni. Benda ni kena stay sejuk. Saya nak kena hantar ke USM cepat. Takpela Encik kalau nak saman saya takpelah, tapi bagilah saya keluar cepat, saya takut DNA ni rosak. Bahaya ni Encik"

Ok.

Cukup skrip sampai di situ saja.
Jangan nak over.

Pastu touch up muka sikit.
(motif nak touch up bagai??)

Ok..ok..
Dah nak sampai turn aku ni.
Relaks..ambik napas.

Eh sekali lepas dowhhhhhhhhhhhhh.
Aku bukan slow kan kereta. Siap dah stop dah depan polis yang nak check plat number tu.
Sekali dia wat dek, suruh jalan.
Oh memang tak tunggu la kan.
Biarkan speed 70km/h buat beberapa ketika, pastu zassssssssssssssssssssssssssssssssssss.

Fuhh!!
Lap peluh jugak la aku.

Agaknya masa dia shoot tu kereta aku tengah slow kot.
Tak tau la kat area mana yang aku slow. Tapi alhamdulillah.

Semalam masa tengah driving aku tengok banyak email masuk.
Kebanyakkannya tanya pasal tempahan baju.




Sejak aku upload baju yang aku pakai ni kat FB Fleur by Mrs Him, kemain ramai lagi request nak design yang sama. Thank you sebab berminat. Ni pun aku tengok ada mesej tapi aku tak sempat nak baca sebab kalau outstation selalunya aku tak sempat. See if malam-malam kang aku larat nak reply, aku reply ok? Sabar tau.

Tapi at the same time, rasa regret pun ada dengan sesetengah customer yang request nak tempah baju.
Baju nak cun-cun tapi upah nak RM150.
Tak pernah tempah baju ke apa?

Plis jangan underestimate tailor aku.
Jangan disebabkan dia adelah BIBIK maka korang pun ingat harga ala-ala BIBIK jugak.
Gaji bibik now pun dah RM800 tau. Boleh buat keje rumah ke, tak boleh ke, yang jenis pemalas ke, pengotor ke, kau tetap kena bayar RM800.

Apetah lagi bibik aku yang sememangnya pakar menjahit. Kalau dia takde kepakaran dalam menjahit dan memotong, aku takkan letak dia as tailor and spend more untuk bayar gaji dia as tailor. Dia jadi bibik pun sebab terpaksa dek kena tipu dengan agen. Kalau dia tak ditipu, entah-entah dia dah keje kat butik mana ntah. So please jangan underestimate kepakaran dia. Tailor aku ni memang tailor yang ada kelulusan. Arwah bapak dia pun dulu adelah tukang jahit. Anak lelaki dia ada own butik. Cuma dia tak sebertuah JOVIAN. So takyah nak bandingkan designer hebat dengan tailor aku. Kalau rasa mampu pergi tempah baju kat designer hebat, silakan lah. Takde sape halang pun.

Masing-masing nak buat baju gempak tak ingat.
Design Rizalman la, design Ruzaini la, suruh copy-kan Michael Ong la, apa la.
Suruh tiru sebijik-sebijik Tapi nak murah.
Rasa kesal gila bila masih ada lagi mentaliti macam tu.
Nak buat baju nikah Rizalman, tapi nak harga bawah dari RM300.
Baju raya aku tahun lepas beli kat Butik Jedan SACC Mall tu pun dah RM900.
Tu cara-cara baju kurung biasa cuma ada manik kat lengan ngan leher.
Please don't talk about designer dress kalau budget takat RM300. Pegi masuk butik mana-mana and see RM300 tu kau boleh dapat baju style apa.

Ok, panas hati dah ni.
Pekena teh O jap pastu nak ke Pharmacy Fac pulak.


posted by aveo757 @ 11:02 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER