walk on wings, tread in air: Pemadam <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Pemadam
2012-07-20

Aku ingat aku je yang takut dengan En Wan, rupanya bibik-bibik aku pun takut jugak.

En Wan ni nak kata garang tu, boleh tahan la, tapi aku bolayan. Hahaha.
Tapi dengan anak memang garang.
Kalau agak-agak nak rasa kering 2 minggu, silakan lah garang dengan aku.

En Wan ni bukan garang tapi tegas and perfectionist.

Kalau nak jumpa perkataan perfectionist kat aku memang takde la.
Dengan aku punya blur, punya gelupur, konfem tak perfect punya.
Aku selalu kena marah dengan En Wan sebab lupa letak barang.
Actually bukan lupa.
Tapi aku ni kalau benda tu tak penting untuk aku ingat, memang aku malas nak pikir. Semak kepala aku.
Tapi kalau benda tu penting, macam laptop, purse, henfon, kunci kereta, kunci opis, of cos la aku ingat.
Kalau takat remote TV, sunglass, jam tangan, sorry lah aku nak kisah.
En Wan kalau keluar rumah tetiba perasan tangan tak pakai jam, terus stress sepanjang perjalanan dok pikir mana dia letak jam dia. Kalau tak jumpa remote TV habis satu rumah dia punggah. Amende la yang kalut sangat ntah. Tak jumpa remote tu dah la. Macam tak boleh tengok TV. Tapi dia tak boleh, semua nak perfect. Bagi dia, kalau benda tu dah ada, jadi benda tu mesti kena ada. Takde istilah tak ada. Sementara nak tunggu kau amukan-amukan puaka sambil geledah-geledah rumah, dah selesai pun aku tengok movie 2 jam.

Every nite, dia akan packkan beg sekolah Redza.
Dia akan sharpkan pensil siap-siap, pastikan stationary Redza cukup semua.
Pastu dia tengok eraser Redza takde.
So dia tanya aku "Nampak tak eraser Redza?"

Aku nak nampak eraser Redza???
Plis la.
Aku sendiri tak pernah ada eraser.
Tak kuasa aku nak kisahkan eraser orang.

Pastu start la dia punya kalut.
Eraser je pun padahal.
Tapi dia punya kalut tu macam hilang jongkong emas.
Padahal ada satu pack lagi eraser Redza belum berbukak. Bukak je la pack baru tu ambik satu eraser hendaknya.
Oh taknakkkk.
Mati-mati nak carik eraser yang hilang tu.
Aku naik stress tengok dia menggeledah rumah.
Dah tu takkan aku nak melangok je kan.
Terpaksa la aku sama naik menggeledah padahal aku sendiri tak tau apa yang aku carik.

Pastu dia panggil dari atas "Bik! Bik!"

Menggelabah bibik-bibik keluar dari bilik dengar Mister terpekik.

"Nampak tak pemadam Redza?"

Yang si bibik tailor duduk bilik atas, dia keluar bilik "Pemadam? Apa yang nak dipadam?"

En Wan : Pemadam Redza nampak? Pemadam skolah-nya.


Bibik : (muka blur)


Pastu En Wan panggil bibik Lenny. Bibik ni duduk bilik bawah.


En Wan : Lenny! Nampak pemadam tak?

Bibik Lenny ni kalau gelabah, dia punya sistem tetiba jadi haywire. Rilek je dia jawab "Madam? Ya, ada. Ada di atas".

Of crosssssssssssssssssssss lah aku ada kat atas bik oiiiii.
Aku nak gelak tak sampai hati dowh.
En Wan geleng-geleng kepala.
Surrender member.


Pastu semalam petang bibik tailor tanya aku :

Tailor : Madam, semalam itu kenapa Mister kok cemas-cemas?


Aku : Carik pemadam Redza.

Tailor : Saya tu sebenarnya bingung. Apa ya pemadam-pemadam?

Aku : Tu pemadam pensil Redza. Kalau Redza tulis pastu ada salah, dia padam yang salah tu.


Tailor : Ohhh itu namanya pemadam? Kalau di Indo dibilang Penghapus.
Pemadam tu kalau di Indo yang kalau ada kebakaran dipanggil Pemadam (Bomba).


Adoi la...gelak aku dengar.
Patut laaaa bibik aku muka takut-takut je semalam.
Mesti dia ingat dia dah nak mati rumah terbakar.

Pastu bibik Lenny pulak cakap :

Lenny : Aku di bawah lagi gosok (baju). Tiba-tiba dengar Mister panggil aku. Aku dengar macam "Madam-Madam", kupikir Mister carik Madam jadi aku bilang Madam di atas. (dia ni macam lagi teruk tahap blur dari aku nih). Lepas tu, Mister bilang "Pemadam! Pemadam". Aku bilang "Ya! Ya!" Lantas aku masuk ke bilik carik pensil hitam madam kasik sama aku dulu (eyeliner). Aku pikir Pemadam tu Pensil Alis Madam!

Terus tersedak aku dengar.
Kreatif gila bibik aku yang lagi sorang ni.
Aku sendiri tak pernah terpikir PEMADAM = PENSIL ALIS MADAM.



posted by aveo757 @ 10:22 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER