walk on wings, tread in air: Segan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Segan
2012-07-19
Baru bangun dari tido sebenarnya ni.
Tido dari kul 845pm.
Gila ngantuk!

Dari 515am start ngadap keje sampai 1130am.
Pastu ke Shah Alam.
Then patah balik ke arah Puchong.
Pastu pi Serdang, then Bangi then KL.
By the time sampai KL pukul 4pm.
Cantik la kan? Sejam jugak aku stuck dalam jem. Memang tabah betul la korang yang keje kat KL.

Pastu sampai rumah ngam-ngam kul 6pm, hon hon Redza suruh keluar untuk hantar dia pi Enopi class. Balik rumah rasa macam nak terbarai kepala lutut. Dah la aku first day period. Dari kul 830pg tak makan. Memang la lembik.

Oh ya, selamat berpuasa ye.
Puasa la dulu, aku follow kendian.

Ok, ni entry susulan dari FB status aku malam tadi.

Aku ni kat blog memang nampak meriah. Kalau yang dah kenal aku memang tau macamana aku tulis kat blog, macam tu jugak lah gaya aku kat luar.

Tapiiiiii takde la aku nak buat perangai selamba badak hu ha hu ha dengan sebarang orang tak kena tempat. So kalau sesiapa yang jumpa aku for the first time jangan terperanjat la kalau aku agak gelabah sebab sebenarnya aku sendiri tak tau nak respon macamana. Memang aku cuba untuk jadi neutral tapi what do you expect bila kita jumpa dengan orang yang kita tak kenal kan.

Korang kenal aku dari blog tapi tak semua reader aku kenal so aku tak tau camana nak bertindak. Lain la kalau ngan member-member macam Apeng ke, asal jumpa je "Ko bila sampai setan??". Tu lain la kan, sebab kitorang sama-sama dah kenal berbelas tahun.

Tapi bila aku jumpa reader, reader pulak excited, aku jadi segan.

Pertamanya aku segan sebab orang kenal aku, tapi aku tak kenal orang. Apa kau ingat best ke orang kenal kita tapi kita terbangang-bangang nak register "Sape ni eh? Sape ni eh?". Nak lagi bila reader tu cakap "Ala, saya yang selalu komen kat FB Kak Di pakai nama Dayang Senandung tu. Ingat tak? Ingat tak?".

Pernah dulu aku gi wedding kawan En Wan kat Kuala Selangor. Masa tengah ambik makanan ada lady approach aku "Kak Di kan? Kak Di tak kenal saya kot. Saya kat FB pakai nama Nana Rahman"

Sedih ok bila orang perkenalkan diri "..Kak Di tak kenal saya kot..".
Sampai skarang aku ingat lagi sebab terasa malu sangat-sangat orang kenal kita, follow blog kita tapi kita tak kenal orang.

FYI, aku bukan taknak baca blog orang.
Dulu memang aku rajin baca.
Now schedule aku tight sangat sebab tu orang request buatkan iklan pun tertangguh-tangguh. Dapat squeeze time untuk publish entry sendiri dah cukup baik. Tu puncanya kenapa aku tak kenal orang and selalu lambat dapat cerita pasal bloggers.

Nak pulak bila reader so excited nak buat aku recall nama dorang "Saya Ika. Kat FB guna nama Ika Gojes. Ingat tak? Ingat?"

Sumpah! Dalam kegelabahan memang aku takkan ingat. Jadi agak-agak korang la, adekah rasa best bila orang kenal kita tapi kita tak kenal orang???
Memang ada rasa.
Rasa nak ludah diri sendiri.

Keduanya, reader dah start peramah-peramah dengan aku tapi aku tak tau nak start the conversation macamana sebab enjin tak panas lagi. Lagipun aku tak kenal sensitiviti korang. Kang tetiba aku buat ramah hempuk bahu "Hoi, kabare???" Tak pasal esok lusa jadi bahan pulak nama aku kat forum - KAK DI BAJET COOL TAK KENA GAYA.

Ketiganya, kalau kita belum biasa dengan orang tu, kita tend tu jadi lebih bersopan. Jadi kalau nampak aku macam reserve sikit tu bukan tanda sombong. Tu tandanya blur kejap. Perlukan masa untuk bertindak.

Tapi aku appreciate bila ada reader yang kenal aku and nak bersembang dengan aku. Seriesly memang aku happy tapi segan. Sebab segan ni jugaklah punca aku delete akaun twitter aku. Everytime aku update twitter (dulu) mesti ada orang bagi respon seolah-olah dorang kenal sangat dengan aku. Maybe sebab memang follow blog aku dari dulu. Tapi aku tak kenal orang. Ingat-ingat lupa. Pastu selalunya aku tengok korang sama korang macam tau each other, tau nama anak-anak, tau hari ni korang buat apa (sebab baca dari blog) tapi aku tak tau sebab aku jarang baca blog. So aku tak tau apa nak tanya, nanti jadi kemenyampahan orang pulak benda yang dah basi aku baru terkial-kial nak tanya. Jadi penyudahnya aku delete twitter aku. Senang.

Last week ada sorang reader datang rumah ambik Ephyra sampai 7 kotak, (if you are reading this, yes it is you *wink*) aku nak pos dia tak kasik, nak self pickup padahal rumah dia kat Banting. Masa dia datang tu aku tengah mandi. Bibik aku pulak agaknya ketuk-ketuk bilik aku tak dengar sebab aku pasang mp3 dalam bilik air. Pastu second time bibik ketuk pintu aku tengah Asar. Lama jugak budak tu tunggu kat hall. Reader tu kata dia tunggu sebab nak tengok aku secara live and nak ambik gamba. Maka dapatlah dia gamba muka aku yang selenga. Tapi tak dapat la dia tayang kat mana-mana sebab masa tu aku tak pakai tudung. Haha. Tapi yang sedih tu dia datang naik teksi. Ntah berapa la teksi tu charge dia tunggu aku setengah jam.

Bila dia balik aku rasa cam keji gilanya aku ni. Budak tu tunggu aku setengah jam, naik teksi bagai tapi aku kejung bila melayan dia. Jujurnya, aku tak tau how to react dengan orang yang aku tak kenal. Ko imagine eh, orang beria-ia dengan aku, tetiba aku "Siapa nama ni ye?".
Cam sial tak?

Sorry la to those yang collect cookies and Ephyra mahupun yang datang tempah baju, aku sebenarnya malu dengan diri sendiri and segan jumpa korang. Kalau nampak aku kejung kejang tu sebenarnya aku tengah seru semangat-semangat diri untuk timbul.

Tapi kan, walaupun aku menggila kat blog, janganlah pulak ingat aku selamba sangat. Ada pulak certain reader yang selamba pegang-pegang rambut aku "Kak Di, cantiknya kaler rambut. Buat kat mana?" Pastu pegang pipi "Takde jerawat eh Kak Di?". Siap la pulak tunjal-tunjal pipi aku nak test keanjalan ke apa?

Bukan aku tak suka tapi tak selesa.
Aku suka korang mesra dengan aku tapi aku tak selesa bila ada yang terlalu selamba siap nak pegang-pegang bagai. Kemesraan tak semestinya perlu ditunjuk dengan sentuhan. Kita sama-sama respect each other sudah la.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 11:26 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER