walk on wings, tread in air: Henfon <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Henfon
2012-07-18
 

Semalam geledah-geledah lemari jumpa henfon-henfon lama.
Aku memang tak pernah trade in henfon.
Semuanya aku simpan.
Cewah, macam belagak kaya je bunyiknya kan?
Padahal henfon aku semua kena beli baru sebab yang lama rosak.
Konfem takleh jual punya, jadi tukun belum tentu orang nak ambik free.
Nak trade in pun segan. Siap ada kesan gigi Redza semua.

Sebenarnya, sebelum henfon yang belah kiri sekali tu (Samsung), ada satu lagi henfon Samsung dari model yang sama. Tapi henfon tu tercicir so aku beli lagi satu Samsung, same model. Nak beli model lain dah malas nak baca manual.

Henfon aku sikit je kalau nak banding ngan orang lain sebab aku bangsa yang tak mudah nak terpesona dengan gajet. Sukatila ko punya lebih advance ke, 2G ke, 3G ke, apa ke..semua aku tak pedulik. Janji aku boleh buat call and sms.

Henfon pertama aku beli tahun 2003, masa tu umur 26 tahun.
26 tahun baru ada henfon okkkk.
Korang semua mesti zaman U lagi dah ada phone.
Entah-entah zaman sekolah lagi dah ada.
Aku ni nama nak ada henfon zaman U memang tak la.
Kawan-kawan aku semua ada henfon, aku sikit takde rasa nak beli. Maybe sebab dulu boifren aku satu U jugak (motif boifren dekat so takyah pakai henfon??) jadi takde kepentingan nak beli henfon. Nak tepon Mak Aji takat seminggu sekali je, boleh guna public phone. Lagipun public phone zaman aku blaja dulu dah tak sepenuh zaman aku kat asrama. Dulu masa kat TKC aku kan homesick, hari-hari nak tepon Mak Aji. Masa tu henfon mana ada lagi. Berjujuk manusia beratur nak pakai public phone. Padahal macam-macam jenis hantu ada kat TKC (tak penah jumpa, senior la cerita) tapi sebab nak call Mak Aji punya pasal, nak beratur tunggu turn aku silap-silap dah bunyik bell (untuk tido) turn aku tak sampai-sampai. Oleh sebab itu, phone booth kat area yang secluded sikit and jauh dari dorm pun aku redah. Hantu mantu. Masa tu hantu pun takut dengan aku agaknya.

Saper skolah kat TKC mesti tau berapa jauh blok Mahsuri dengan kantin. Ada satu phone booth kat rea situ, bukan kat kantin tapi ada kat satu area dekat dengan kantin, aku pun lupa apa nama dia.
Kalau malam-malam kat situ quite scary jugak la sebab dah nak masuk ke area skool.
Silap-silap jumpa langsuir kat tepi dining hall.
Tak pun sayup-sayup dengar hantu main piano kat hall. Eh over aku bercerita padahal takut. Tapi aku guna gak sebab nak call punya pasal.


Even masa aku dah keje kat MOSTI pun aku takde henfon.
Masa tu gi keje naik komuter.
Kalau Pak Aji lambat jemput memang aku melopong la tunggu kat komuter UKM tu.
Phone booth kat komuter tu pun jenis yang nazak.
Stress gila.
Tapi still aku takde rasa nak beli henfon.
Dulu bila sampai kat stesen komuter semorang keluarkan henfon call keluarga masing-masing.
Aku dengan selamba tapir pegi kat phone booth. Memang patut la pun phone booth tu nazak. Dorang pun malas nak repair gamaknya sebab dah takde sape nak guna public phone.

Aku beli henfon pun sebab join sales tahun 2003.
Memang requirements wajib adelah mesti ada own car and henfon.
Terpaksa la aku blaja kereta and beli henfon.
Kereta pun aku blaja bawak tahun 2003 ok??
Punya la pemalasnya aku.
Sanggup naik public transport padahal kereta Mak Aji dah belikan. Tinggal nak blaja bawak je. Tu pun aku malas.

Henfon pertama aku tu pun basic je.
Dah la takde kaler, takde kamera pulak tu.
Apa punya kedana la aku beli henfon macam ni.
Tapi janji aku boleh call customer. Takde sape pun nak kelebet henfon aku.
Dah ada henfon cukup baik.
Eh tapi kan masa ni aku bangga tayang henfon ni kat orang. Biasa la kan, orang baru nak merasa ada henfon, sekali dapat pegang henfon sendiri memang jakun siall.
Tertunggu-tunggu je bila la henfon aku ni nak berdering, bolehla aku Hello Hello kat tengah-tengah orang ramai ni. Gua ada henfon ok? Flip lagik. Ngahaha.

Tak sampai setahun pakai henfon tu, tercicir pulak kat Giant USJ.
Terus beli baru sebab susah kalau customer nak call.
Aku beli same model, Samsung gak sebab malas nak baca-baca manual. Baca oun belum tentu aku paham. Aku ni kalau bab gajet memang bukan sikit-sikit bangangnya.

Dah lama-lama sikit henfon tu takleh on terus.
Tak tau la apa penyakitnya. Banyak tertelan air liur Redza kot henfon ni.
Tukar, beli Sony Ericsson.
Masa ni dah maju sikit la, ada kamera. Ada kaler lagik!
Gila belagak ada henfon kaler weiii.
Orang lain dah tak pakai flip phone, aku baru nak berbangga dengan henfon kaler.

Pendek kata, Sony Ericsson ni la yang telah menemukan bakat semulajadi aku sebagai camwhore tegar!
Pantang ada space mesti aku snap muka sendiri.
Pastu tukar-tukar wall paper letak own picture. Bajet jelita. Puiiiiiiii.

Henfon ni paling nazak la rupa dia.
Tengok dari gamba tu pun korang leh tau betapa cekalnya hati Sony Ericsson tu kena gigit, kena hempas, beberapa kali kena basuh dengan Redza. Siap kena spray dengan Ridsect lagi masa lipas bertenggek atas henfon tu. Si lipas ni pun satu. dah tau laki aku pegang Ridswct tu blah la hendaknya. En Wan pulak takut dengan lipas, dia spraynya henfon aku cukup-cukup.

Aku tukar kepada HTC tahun 2008.
Tu pun sebab Sony mati.
Same case, tetiba dia padam macam tu je.
Aku rasa semua henfon aku ni mengambil konsep kamikaze la bila nak mampus. Tau-tau je padam. Aku pun takde rasa nak repair-repair. Segan dowh nak hantar kat kedai suruh repair. Buruk sangat rupa Sony tu aku kejekan.

HTC ni aku pakai sampai la aku buat Nuffnang promo Blackberry Curve DIGI year 2009.
Kecik ati agaknya HTC ni aku beria-ia promo BB dan-dan tu dia pun padam.
Masa tu aku dah get used dengan BB Curve Nuffnang tu so aku terus pakai Curve.
Sejak pakai Curve aku rasa this is the best henfon so far (at least untuk aku la) sebab boleh check email sekali. Tapi orang buta gajet macam aku ni sebenarnya elok pakai henfon genggam yang buat baling anjing dulu tu. Yang tebal besar tu. Sebab sampai skarang pun, aku tak abis guna and explore application kat BB ni. Balik-balik email, call, BBM, sms.

Hari tu masa aku keluar dengan Elly and Filla, dorang ambik gamba guna iPhone.
Pastu Elly bega-bega gamba tu, edit-edit sikit.
Bila dah siap dia tunjuk kat aku. Aku dengan surpise-nya cakap "Eh Filla, ko tengok ni. Macam gamba Instagram kan?"

Dua-dua orang pandang je muka aku.

Pastu Elly cakap "Memang la Instagram sayangggggggggggg"

Aku pun taknak kalah, nak cover malu ni, "Eh, camana, camana? Ajar aku camne nak download Instagram" (sambil bukak menu BB)

Sekali lagi dorang pandang je muka aku.

Ok baru aku tau Instagram tu ada kat iPhone, takde kat BB.

Series bangang.
Tapi nak pakai phone gempak.
Lempang sekali terus cerdik.

Sebenarnya, sehingga ke 2 minggu lepas (waktu bersenggang dengan 2 ekor tu) aku tak tau apa itu Instagram. Selalu nampak kat FB "..via Instagram". Aku ingat Instagram tu nama henfon baru. Wakkakakaka.
Bodonya sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Gelak lagi.
Wakakkakakakakaka.
Seb baik aku tak buat aku punya cerdik pi tanya kat kedai henfon "Boss, henfon brand Instagram ada?"
Pening tokey nak jawab.
Ha kau..kau.


Tapi Curve tu ada problem.
Dia punya roller tu stuck.
Terus aku beli 9780.
Again, sebab malas baca manual. So kena beli tajuk henfon yang sama. Model lain takpelah.

Alhamdulillah sehingga semalam 9780 masih ok lagi.
Cuma hari ni dia main cak cak dengan aku.
Rasa macam nak pelupuh je henfon aku ni.
Gamaknya asik terhempas, dia pun dah bengong.
Kejap-kejap dia terpadam sendiri.
Pastu bateri dia macam panas gila.
Apesal eh?
Agak-agak kalau kau dah nak mampos sangat, biar aku pijak je terus. Sakit ati betul.

So now aku kena bersedia untuk mencari henfon baru.
Tapi harapnya BB ni boleh pakai lagi la.
Aku suka BB.

En Wan suggest beli Samsung SIII.
Dia kata Note tu gedabak sangat untuk aku.
Sebelah muka aku hilang kalau pakai Note.
Tapi aku menyampah pakai touch screen sebenarnya. Dulu masa HTC tu asal aku bercakap sambil mengiring je mesti tertekan button lain. Bodo gila okeh.

**yang sentences in red tu aku perlukan jawapan dari korang ye. Tolong eh? Tolong email or bagi respon kat FB. Tq**


Agen Cookies Anda : KLIK HERE
Promo Raya Ephyra RM198 : KLIK HERE
posted by aveo757 @ 8:01 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER