walk on wings, tread in air: Asik-asik lelaki. Abis yang perempuan ni mengangkang je ke? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Asik-asik lelaki. Abis yang perempuan ni mengangkang je ke?
2012-07-05

Semalam masa tengah check surat-surat kat mailbox ofis, ada 2-3 orang lelaki lalu, agaknya nak pegi lunch.
Yang sorang tu stop depan aku and baca sign kat pintu :

Lelaki : *********** (nama company) Sdn Bhd


Aku pandang and senyum.


Lelaki :  Company apa ni?


Aku : Biotech. Trading and services.


Lelaki : Buat apa eh?


Aku : Virus detection and halal screening and custom PCR. Also consultancy.


Lelaki : Apa tu eh?


Tang ni aku malas la pulak nak explain.
Dah la aku penat balik dari jumpa customer, lapar pulak tu. Kau ajak bersembang pulak.


Aku : Check kalau-kalau ada sumber babi dalam makanan. And also check penyakit ikan and udang.


Bila keluarkan layman's terms like this terasa macam aku ni peladang jaya pulak. Jual ikan, udang, daging segala.


Lelaki : Busines ok eh? Selalu I tengok banyak je surat kat mailbox you.

Aku : Alhamdulillah, biasa-biasa je.

Lelaki : Sape bos you?


Memandangkan aku memang baru lepas balik dari jumpa customer so pakaian aku pun senonoh sikit jadi aku mengaku la aku owner. Selalunya memang aku takkan ngaku la sebab kalau takde appointment or takde visitor, aku blasah sarung jeans je. And kalau time tu orang tanya sape bos, konfem aku jawab Wan Mohd Ridzuan. Bila tanya bos mana? Aku cakap overseas. Even namecard aku pun aku letak Sr Product Specialist je. Senang sikit. Kalau customer tau aku owner nanti dia suka mintak diskaun. Hahhaha.

Lelaki : You bos?


Aku : Ye, saya. 


Lelaki : Husband you Dato' ke?


Wahdefakhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh????

Kaitannya ada company sendiri dengan kawen Dato??
Aku tak nampak apa kaitan lansung.

Maybe brader tu saje je nak melawak, or sembang-sembang kosong.
Tapi hakikatnya memang itulah yang selalu datang dalam fikiran mana-mana Melayu (at least yang aku nampak now memang Melayu suka sangat buat assumption macam ni), walaaupun hanya berlawak.
Kot ye pun nak sembang-sembang kosong, apesal "kawen Dato" dulu yang akan terlintas kat kepala bila nampak perempuan ada company sendiri?

Bak kata Nik Hasmizie, bukak company RM60 je kat SSM.

Bila orang tengok kita bukak company and boleh sustain for so many years, and sekali tengok owner perempuan pulak tu, yang belum pun cecah 40 tahun, jadi benda pertama yang dorang fikir - perempuan ni kawen dengan somebody. Tapi tak ramai yang sama-sama fikir, sebelum perempuan tu sampai ke tahap ni, dia pun pernah ada kat bawah. Dia pun penah kena pelekeh dengan big players. Dia pun penah kena pandang sebelah mata dengan customer-customer. But sad, takde orang pernah terfikir benda tu.

Asal perempuan tu pakai kereta besar, duduk rumah besar, ada company sendiri, semua mesti tercarik-carik "Sape laki dia eh?"

Perempuan ni agaknya kalau takde lelaki suap takleh hidup kot eh?

Bukan nak cakap "Eleh, takde laki pun aku boleh hidup".
Don't get me wrong.
Boleh hidup or takleh hidup, ada duit or takde duit tu bukan kuasa kita.
Kita sendiri ni pun DIA yang punya.

But klaka la jugak bila masih ramai yang bila nampak perempuan ni berjaya, kaya, outstanding....mesti kaitkan dengan suami.
"Untunglah, laki kaya"
"Ni mesti bini Tan Sri"
"Laki dia somebody, boleh la nak bukak butik"

Tapi kalau suami berjaya?
"Wow...untung isteri dia dapat laki macam ni. Takyah keje. Duduk rumah je hari-hari gi spa."
Puiiiiii.
In other words, kalau lelaki berjaya/kaya :
"Dia memang suami yang bertanggungjawab. Keje kuat untuk sara anak bini"

Kalau perempuan berjaya
"Hmmmmm........"

Ada reader aku pernah tanya "Kak, boleh tak bagitau macamana En Wan tu boleh hidup senang, ada rumah besar, melancong oversea tetiap tahun, shopping sedangkan dia makan gaji?"

Seingat aku, aku tak reply pun pada soalan ni.
Sebab aku macam kebuntuan kata-kata.
Apesal mesti pikir mana laki aku dapat duit?
Kenapa tak pernah fikir yang mungkin bini dia juga ada contribute duit?
Why takde orang terfikirkan isteri juga berkemungkinan menyumbang kepada "kekayaan" suami?

Ohhhhhhhhhh, sebab takkan la gaji isteri lagi besar dari suami kan?
Takkan la kan???
Kan?
Kan?

Come on, jangan berfikiran macam makcik-makcik di kampung-kampung sana.
Kebanyakkan perempuan dah bekerja.
Tak banyak, sikit dia akan contribute pada expenses rumah.
Kami ni orang perempuan takde la kejam mana pun.
Takkan nak biar suami cover semua benda.
Kata hidup berumahtangga.
Sampai ke hati nak tengok laki sendiri sampai bengkok badan nak settlekan semua bil?

Dia konsep dia sangat simple.
Tanya diri kita sendiri kita nak life yang macamana.
Kalau pasangan kita berduit dan sanggup berkongsi, alhamdulillah.
Kalau dia berduit tapi taknak berkongsi then kita yang kena usaha lebih. Sebab kita yang nak kan? So kita usaha la.

Kalau masing-masing taknak berkongsi and taknak usaha, then SENYAP!
Jangan komplen kenapa orang tu boleh duduk rumah besar.
Kenapa orang tu boleh pi shopping berbondong-bondong every week.
Kenapa orang ni selamba pi overseas tetiap bulan.
Jangan tanya orang.
Tanya diri sendiri.



Agen Cookies Anda : KLIK HERE
Promo Raya Ephyra RM198 : KLIK HERE
posted by aveo757 @ 12:53 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER