walk on wings, tread in air: FB <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


FB
2012-06-20
Facebook ni kalau tak betul-betul jaga memang akan menghuru-harakan hidup. Banyak dah kan cerita pasal lakibini bercerai-berai sebab FB. Aku rasa FB benar-benar berjaya "connecting" people.

Apekah perasaannya kalau orang yang ko dok usha-usha time skolah dulu now beria-ia nak jadi kawan ko?

Begitulah soalan mukadimah syarahan saya pada hari ini.

Dulu this brader adelah senior aku. Abang ni memang tergolong dalam lelaki dambaan semua budak perempuan kat skolah tu termasuklah aku. Tapi sebab aku sedar diri dan sedar ruang, so the minat tu tinggal minat je la. Takde de aku berancang nak mengenali dengan lebih dekat. Aku takut nak dekat-dekat, tak pasal histeria abang tu nanti tengok aku.

Orang kalau takde harapan nak dapat laki yang dia nak, dapat tengok tang jauh pun dah angau seminggu. Kalau abang ni lalu sebelah kelas aku, pehh macam ada satu perasaan berdesup straight ke jantung. Apesal aku nak menggelabah pun tak tau la. Yang pastinya memang glabah.

Pernah sesape rasa bentuk kegelabahan sebegini?

Lagi satu kalau time rehat. Kebetulan sesama dalam kelompok junior, so waktu rehat sama. Selagi aku tak nampak abang tu kat kantin, selagi tu la hati aku tak tenang nak makan. Tapi makan tetap makan la, cuma tak tenang. Tapi habis.

Abang yang aku admire gila ni takde la kategori gila bahabi punya hensem. Tapi memang ada la rupa, gaya. Tapi aku rasa yang menjadi tarikan tu sebab abang ni noty but bright student. Spesis yang nama dia memang tak lekang dari mulut HEM dan cikgu disiplin. Dia bukan jahat but noti. Tapi bijak. Dan muka boleh tahan. Dan anak orang kaya. Macam ciri-ciri tipikal lelaki drama spektra kan? But true. Abang ni adelah lelaki spesis tu.

Akan tetapi jejaka-jejaka hot macam ni ada kesah dengan muka kauuuuuu???

Takde okeh?

Bukan maksudnya dia tak layan muka cam aku ni (eceh, mempertahankan muka sendiri nampak?) tapi sebab terlampau banyak yang menadah diri nak kat dia sampai dia tak terpandang dah. Tapi aku tak kisah. Bukannya aku nak kau dia as if aku nak kawen dengan dia. Just minat-minat gitu. Sumber inspirasi nak pegi skolah katakan. Eishh, mesti mau ada inspirasi macam ni ok? Apa ko ingat best sangat pegi skolah hari-hari? Biar bangang, tapi jangan malas pegi skolah.

Tapi Tuhan tu lebih tau.
DIA tak kejam.
Kau nak sangat kan?
Ok now DIA bagi aku mengenali abang tu.

Ada satu time tu aku kena masuk kelas abang tu sebab cikgu yang iring aku untuk Pesta Pantun mengajar kat kelas tu. Cikgu tu nak tengok pantun-pantun aku. Biasa la kan, set-set yang noti ni boleh la duduk bersidai kat tepi meja guru tu saje mengendeng nak dengar aku baca pantun kat cikgu.

Ada satu part tu turn aku baca pantun, aku ingat lagi line pantun yang aku baca tu, something like this :

Hilang terang timbullah kelam,
Sinaran bulan di celah cemara,
Rambut manusia samalah hitam,
..........


Aku lom sempat sambung, abang tu sahut "hitamlah lagi kulit saya"

Sialpalis bahabi punya barua.

Aku macam nak nangis sebab dorg satu kelas gelak. Satu kelas okeh?????
Dengan cikgu-cikgu tu sekali tersenyum-senyum.

Memang sedih sangat aku rasa time tu.
Malu pun ada.
Dah la aku pakai blazer pengawas time tu. Blazer dah la kaler cokelat. Makin birat kaler kulit aku.

Terus masa tu hilang rasa minat kat abang tu. Maybe dia pun takde niat and just rasa benda tu lawak sampingan but menjadi seorang budak perempuan yang hitam adelah tak best nak pulak dulu orang mark kulit hitam ni macam satu penyakit. Semua taknak jadi hitam. Kalau hitam tu orang akan membayangkan selekeh, pengotor, bodoh dan miskin (ape kaitan pun aku tak tau. Maybe bila hitam, kulit nampak berkerak macam tak bersabun. Tak mampu beli sabun maknanya miskin la kan? Haha)

Lama pulak dorang gelak-gelak. Rasa nak bangun pelupuh sorang-sorang. Aku macam wei dah la weiiii. Tak klaka pun. Lepas tu terus aku rasa down gila-gila. Pantun aku pun tunggang-langgang jadiknya.

Lepas tu terus aku troma nak minat sesape dah. Biar aku minat Leslie sorang je.

Abang tu?? SORRYYYYYYYYYY aku nak minat kau dah.

Baru-baru ni abang tu mesej aku kat FB nak berkenalan.

Walahweiiiiiiiiiiiii.
Kau ingat aku tak cam kau????
Tapi aku malas la nak perkenalkan diri. Macam la dia ingat pun kalau aku cakap "abang ingat tak abang pernah malukan sorg budak perempuan hitam kat kelas..."
Kot dia ingat pun takkan nak ngaku kan.
Alah lagipun malas la.
Macam la aku dah putih pun skarang. Wakakkaka.

Lagipun FB aku dah takleh add sesape dah, so aku reply-reply cenggitu je la. Until la dia dapat tau aku junior dia time sekolah dulu. Maybe dia nampak profile aku kat mutual frens kot. Bila tau aku ex-junior dulu wah wah wahhhh kemain lagi kemesraannya. Macamkan aku dulu satu geng dengan dia pulak. Asal pagi je mesej "Morning, Diana dah breakfast?"

"Dah. Makan pulut itam!"

Memang selalu aku reply soalan-soalan dia dengan jawapan yang ada word HITAM. Tapi tu la, dia tak perasan aku perli dia sebab sah-sah dia tak ingat aku pun kan. Sukati ko la bang. Aku pun tak kosser nak perkenalkan diri. Dia pun tak perasan agaknya dia penah jadikkan aku bahan lawak. Tapi memang ajaib la now abang tu baik dengan aku. Cuma dah tak berapa thrill la sebab aku dah tak minat ko. Kalau aku still minat dia mesti hari-hari aku buat keje sambil nyanyi Cinta Muka Buku.

Puiiiiiii.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 6:22 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER