2012-05-10

Ada 3 benda nak cakap

Benda Pertama 

Thank you so much to readers yang berminat dengan jahitan ex-bibik aku.
Since semalam until malam ni, melambak-lambak email masuk and kebanyakkannya request untuk baju nikah and baju for function. Well, memang itulah kepakaran bibik yang sebenar. Baju kawen and dress.


  Baju ni baju aku. Baru pakai 2 kali. Pastu now aku dah tak tau nak sumbat kat mana. Ni baju pertama yang bibik jahit untuk aku pakai pi wedding. Ni pun dia bising-bising sebab jahitan dia tergesa-gesa, tak dapat designkan lagi cantik sebab dia jahit 2 hari je, dah suntuk sangat nak pakai.

(kedut-kedut yang kat bahagian peha tu sebenarnya sebab kat patung tu bibik lilitkan dengan sponge supaya patung tu ikut ukuran badan aku baru senang nak oter ke apa. Maklumla, patung tu selim sangat, ukur lilit aku kan besar)



Kat sini aku nak bagitau lagi sekali yang bibik ni bukan bibik.
She WAS my bibik, now she is a tailor.
Aku panggil nama dia bibik sebab aku dah terbiasa panggil dia bibik sejak dia jadi pembantu rumah ni dulu. So please jangan membayangkan yang dia adelah "seorang bibik yang di waktu free time suka menjahit". Bila dia dah start pegang mesin jahit, dia adelah tailor.
Aku dah cuba untuk kembalikan kerjaya asal dia, so aku harap kepada yang nak menempah baju kat dia please sama-sama respek kerjaya dia.

Kalau korang expect dia tiru bulat-bulat design dsigner, design celebriti, please be prepared untuk dengar charge yang dia kenakan. Baju nikah aku 11 tahun yang lepas yang setakat jahit manik kat hujung lengan and kaki baju pun dah RM350. Tu harga 11 tahun lepas ye. And masa tu aku tempah kat Dzull de Classique. Back then Zull baru nak start glemer.

Adik aku, Ima, kawen 4 tahun selepas tu, bersanding baju sewa dengan Man Kajang dah over RM500. Ke RM700 ntah.
Tu harga 4 tahun selepas aku kawen.
And cuma SEWA pulak tu.

Sekarang dah 2012.
Design dah serba vogey de vass.
Berat design, berat la kerjanya.
Nak cantik, pakai material cantik.
Material cantik bukan murah.

Harap maklum ye.



Benda Kedua

Hari tu kan aku ada cakap pasal collagen yang aku guna tu kan.
Tadi, kawan aku komen muka aku merah semulajadi or pakai blusher.

Yes, true.
Memang sejak aku pakai collagen ni pipi aku nampak merah.
Ussually pipi aku merah-merah time mengandung je.
So aku rasa benda ni ada sangkut-paut dengan collagen ni jugak.
Dia bagi nampak glow kot.



Yang kiri ni masa 1 kali minum. Tapi with mekap.
Aku rasa macam muka aku merahhhhhhhhhhhhhhhh.
Tapi tak panas or rasa sakit. Cuma aku perasan dia merah.
Tak tau apesal, tapi aku teruskan minum.

Belah kanan gamba today. Without mekap, cuma eyeliner and vaselin sebab bibir aku kering.
Masa ni dah tak semerah first day dulu but kawan aku perasan macam ada merah-merah pink-pink.
Aku tak nampak belah mana yang merah.
Aku nampak aku putih. Eh.
Aku nak teruskan lagi pakai, see if dia boleh hilangkan lebam kat mata aku.
Mata ku ni lebam bukan takat kat bawah mata, kelopak mata pun dia bantai lebam.
Tak tau la pulak kot itu bukan lebam tapi kulit itam. Wakakakakakka.
Ok tak klaka.

Next week kalau aku rasa aku pueh hati dengan produk ni aku reveal.

Oh lagi satu.
Product ni bagi kau puas berak!
Macam dia keluar bagi habis and kau leh rasa perut kat macam hollow gitu lepas berak.

Tapi aku nak bagi ingat la, kau makan collagen ni, kau kena minum banyak air.
Kalau tak jadi macam aku.
Sebab tu aku bubuh vaseline kat bibir, bibir aku sampai takleh nak menguap semalam sebab tepi-tepi merekah-rekah. Bila minum banyak air baru ok sikit pagi ni.

Lagi satuuuuuuu.
Kalau siang tu korang lupa makan collagen ni, jangan lah makan waktu malam melainkan kau nak tahajud sepanjang malam. Sebab collagen ni bagi kau energy. Ada satu malam tu aku makan, mata aku macam spotlite sampai 3.30pagi. Sampai aku paksa pejam mata baru boleh tido.



Benda Ketiga

Hari tu kat FB aku ada upkan status if ada sesape yang berminat nak jadi agen choc chip cookies aku tahun ni. Kalau berminat, sila email aku nanti aku bagi syarat-syaratnya. Punca aku cari agen sebab tahun lepas sangatlah horror bab nak mengepos. Bukan masalah biskut berkecai. Memang takde lansung komplen pasal biskut berkecai but hazabnyaaaaaaaaaaaa nak mencarik kotak untuk pos. Kang kalau aku charge duit kotak pos laju lagi mahal pulak korang kena bayar. So dengan kepakaran logistik Pak Aji, maka terhasillah satu kreativiti pembungkusan. Sape yang beli cookies aku tahun lepas memang tau la apa bentuknya kotak yang aku pakai. Yang pasti bukan kotak pad.

And also tahun lepas ada yang dah start tanya nak jadi agen sebab dia beli sekaligus 45 balang, rupanya dia jual kat kawan-kawan opis dia. So aku rasa that's better. Tapi bukan bermakna aku tak ambik order untuk outstation customer, ambik tetap ambik. Cuma kalau berminat nak jadi agen, mana la tau kot nak jual kat opis ke, sekolah ke, email aku ok? Yang jadi agen, aku akan sediakan sample untuk korang distribute.

And aku harap sangat tahun ni dah takde yang nak letak order last minute.
Tahun lepas, lagi 2 minggu nak raya baru melambak-lambak order masuk. And kitorang terpaksa burn-kan order for 20,000+ cookies (bukan balangnya, cookiesnya aje. Dalam 400 balang camtu) sebab memang dah tak menang tangan time tu. Tapi sangatlah terharu bila ada yang nak jugak cookies tu and willing untuk collect cookies lepas raya. Aku ingat lagi Mak Aji raya keempat je dah bukak balik kitchen untuk siapkan tempahan. Terima kasih la banyak-banyak untuk yang insist nakkan cookies aku (dah nak masuk raya tahun ni baru nak cakap timakasih???)

Insyallah bila sample dah ready, aku akan announce order untuk cookies tetapi kali ni hari ke-7 puasa je aku nak close order. Jadi, kalau sesiapa masih berminat dengan cookies aku, tempah awal-awal ok? Nak ambik awal pun boleh, insyallah.