walk on wings, tread in air: Pilihan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Pilihan
2012-05-22
Dari zaman aku belum bertudung lagi aku memang respek dengan orang yang bertudung.
Tak kira la dia bertudung nampak dada ke, pakai baju ketat ke, bila aku berada dalam kelompok dorang (selalunya masa jumpa customer), aku rasa like apesal aku macam bogel ni?

And aku jadi bertambah respek bila orang-orang macam ni bertudung tapi tak memandang rendah orang yang tak bertudung.....dan juga tak terlalu fanatik dengan apa yang dia buat.
Some people memang laksanakan apa yang dia cakap.
Orang macam ni bukan fanatik, but dia bersungguh-sungguh.

Tapi ada certain kelompok yang cakap je lebih tapi buat tak.
Ni namanya fanatik bodo.
Gaya macam bersungguh, macam sensitif dengan sesuatu isu tapi perlaksanaan takde.
Bising je lebih.

Aku kagum dengan semangat orang yang bersungguh untuk tak support Yahudi.
Sebab aku belum mampu lagi nak buat sebersungguh macam tu.

- tak beli tv sebab taknak anak-anak terdedah dengan rancangan omputih/Yahudi
- tak beli radio sebab taknak anak-anak terdedah dengan muzik-muzik yang melekakan
- tak layan horoskop sebab itu semua mainan Yahudi
- tak join pesta-pesta sebab taknak membiasakan diri dengan hiburan
- bla bla bla.

That's good.

Tapi perlu ke kita canang kat FB "Rancangan di tv hanyalah agenda Yahudi menyesatkan manusia"

Aku tak tau la tv dia ada channel apa.
Setau aku rancangan kat tv malaysia ni ada je rancangan ilmiah.
Kot taknak layan Astro Warna sekalipun, Astro Oasis kan ada.
Yahudi kah channel Oasis??

Taknak layan TV3, layan la Al-Hijrah.
Yahudi ke Al-Hijrah?

Kalau kepala kau asik fokus kan rancangan Jom Heboh, Melodi, Mentor, Mania, .... of cos la nampak yang buruk. Padahal boleh je kalau nak tunekan kepala tu ke Forum Perdana, Debat Imam Muda vs Ustazah Pilihan (walaupun aku rasa rancangan ni baik takde dari ada. Gila konfius bila aku tengok), Tanya Ustaz, Al-Kulliyah, 30minit Ustaz Don....banyak!
Tinggal nak tengok dengan taknak tengok je.

Isu Yahudi memang sensitif.
Tapi kalau kau men-fokuskan jatuhnya akidah manusia salah satu sebabnya dengan menonton tv, err...seriesly?
Kita hidup ada pilihan.
Kita sendiri pilih mana kita nak sebab kita sendiri yang tentukan kita nak jadi manusia yang bagaimana.
Kalau kau rasa rancangan hiburan tu boleh membuatkan kau leka, then jangan tengok.
Rancangan kat TV tu pun tak paksa kau tengok dia.

Just like DVD porn.
DVD tu kerajaan rampas sejuta keping, esok release lagi 3 juta keping.
Sebab apa?
Sebab ada permintaan!
Ramai yang nak tengok.

Sama macam rancangan TV ni.
Rancangan hiburan tu sentiasa ada sebab ramai yang suka tengok.
Kalau kita taknak tengok, then kita jangan tengok.

Tapi tak adil la kita nak salahkan rancangan tu penyebab akidah kita rosak.
Dan bila kau canang yang TV ni semua agenda Yahudi, that bukan saje tak adil untuk kami-kami yang ada TV but also satu statement yang sombong. Instead of kau canangkan "saya taknak beli TV sebab TV ni agenda Yahudi", kan ke lebih bijak kalau kau cakap "kurangkan menonton rancangan hiburan di TV untuk kebaikan bersama".

Seorang ustaz di Madinah cakap di Madinah tak ada jual rokok (aku lupa, Madinah or somewhere but rasanya Madinah). Dia kata suatu waktu dulu ada, tapi dia dan sekelompok rakan-rakannya jalankan dakwah. Caranya, dia kata setiap hari dia dan kawan-kawannya pegi shopping. Kan selalunya rokok ni orang display kat kaunter kan? Everytime nak bayar je ustaz ni akan cakap "Oh, di kedai ini ada jual rokok? Maaf, saya tak jadi beli semua ini. Saya tak boleh beli di kedai yang ada jual rokok".

Dia kata setiap hari dia jalankan modus operandi yang sama.
Now, lepas satu, satu kedai tak jual rokok dah.

Nampak tak how berhemahnya cara dia mendidik manusia.
Takde pun dengan cara yang fanatik berdegar-degar cakap tu tak boleh ni tak boleh hempas-hempas angkat kerusi Allahuakbar Allhuakbar segala.

Kau cakap je lebih TV ni Yahudi, Rancangan tu Yahudi, Mentor Yahudi, Mania Yahudi, tapi besoknya baca paper "Eh, Hafiz menang Mania RM500K? Eh, check jap kat You Tube lah".

Sama je la kan?
Beli je la Astro tu sudah.
Takyah nak sombong sangat.

Yang aku heran tu, manjang je cakap pasal Yahudi ni semua.
Tapi gunakan saluran FB.
FB tu pun bukan Yahudi punya ke bai?

Point dia aku nak cakap kat sini is, tak salah kita nak berdakwah.
Tapi pikir dulu sebelum kita sampaikan dakwah.
Kadang-kadang kita rasa kita berdakwah tapi cuba tanya balik hati kita. Betul ke kita sedang berdakwah? Atau sebenarnya kita perli sesiapa? Or kita sedang berdengki?
Kalau nak cakap pasal leka dan hanyut, bukan saje TV, malah FB, keje opis sekalipun boleh buatkan kita leka kalau tak betul-betul jaga.

Kita sentiasa ada pilihan.
Pilihlah guna akal, bukan hati.
posted by aveo757 @ 12:30 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER