Jadi, brambosssssss.
Boleh bajet dah orang-orang camni gaya dia camana. Yang pastinya set-set ni bangsa nak senang dengan cara mudah. Tebiat-tebiat manusia yang selalu kena hentak dek ahlong-ahlong ni semua yang macam puak yang beria-ia nak hapuskan PTPTN ni la. Memang patut pun kalau kena hentak. Time pinjam, time sign agreement semua ok je. Dah dapat duit, duit pun dah selesai buat beli henfon, buat beli baju, pi shopping sana sini, ada yang siap melancong bagai, pastu taknak bayar. Lain kali kalau dah tau tak mampu bayar, jangan berhutang. Orang yang berhutang ni semua orang yang mampu bayar. Kalau semuanya kau nak free, len kali blajo biar pandai boleh dapat biasiswa. Ni dah la tak berapa nak pandai, berlagak pulak tu. Time dapat duit kemain lagi batak pi joli. Bila time bayar hutang terus labelkan PTPTN as PTPTipu la apa la. PTPTipu tu tak penah menipu. Kau je yang bangang tak pahamkan agreement.
Agak klaka la jugak bila kita nak berdemo berarak nak mansuhkan PTPTN hanya setelah kita kerjakan duit tu cukup-cukup. Time nak mohon bantuan takde pulak kau fikir if PTPTN tu cekik darah ke tak. Tetiba time nak membayor baru la masing-masing nak buat kajian segala. Setau aku PTPTN ni ada je skim convert. Kalau kau score kau dikecualikan pembayaran. Tapi tak salah aku berapa kerat je la orang kita yang dapat pengecualian ni. Bangsa lain berlumba-lumba aim nak convertkan pinjaman ke biasiswa, bangsa kita? Bangsa kita berlumba-lumba carik point untuk takyah bayar hutang. Taik apekah ini??
Aku bukan PTPTN. Aku dulu MARA. Tapi aku berjaya convertkan pinjaman kepada biasiswa (masa 1st degree). It's not an easy thing to do but possible! Just like pepatah melayu 'Nak seribu daya, kalau dah taknak tu memang banyak la cengkadak kan'. Masa korang nak mohon pinjaman, sanggup bersusah payah isi borang, mintak pengesahan sana sini, kumpul dokumen-dokumen segala semata-mata nak dapatkan pinjaman sebab semua gatal pantek nak masuk universiti. Bila semua dah bekerja, dah sedap pegang duit, orang beli henfon harga 3 ribu, dia pun nak. Orang lain dah keje baru nak buat harta, dia time blaja lagi dah sibuk nak beli motor. Orang melancong kau pun nak melancong. Orang lain bayar hutang, kau ngelat!
Kalau dah bijak sangat nak mansuhkan itu ini, apa kata kau pi berarak sekali depan bank pi mintak dorang mansuhkan loan-loan rumah, loan kereta semua. Baru puas hati.
Beb, hutang walau macamana pun kau kena bayar. Jangan nak putar belit fakta and hukum agama la. Dah kau berhutang tu kau bayar je la. Apa yang susah sangat. Hutang ni tak sesusah mana pun nak dibayar kalau kita jenis yang sedar diri. Tapi percayalah kebanyakkan yang beria-ia nak mansuhkan hutang ni ko tengok la gaya hidup dorang camana. Semua bangsa yang berlagak orang kaya. Padahal duit gaji masing-masing paras-paras hidung je tapi dia punya selera berbelanja ngalahkan orang yang gaji sebulan RM50K.
Manusia ni kalau dia betul banyak duit, dia tak kisah bayar hutang. Apetah lagi hutang PTPTN yang sebulan bayar celah gigi je. Yang selalu ngelat bayar hutang ni sebenarnya bukan berduit sangat pun tapi bergaya macam banyak duit sangat. Trust me, those yang mengelak bayar hutang ni spesis yang takde saving pun. Let alone nak ada saving kat Tabung Haji. Ingat ada ke orang yang plan nak pegi haji tapi dengan selambanya taknak settlekan hutang? Kalau masih berhutang lain citer, ini TAKNAK bayar hutang tapi plan nak pi haji??? Seriesly??
Orang macam ni macamana nak ada saving, duit dia memang habis kat berjoli je. Janji bergaya. Sebab tu bila kena bayar hutang PTPTN semua glabah. Apesal la korang takleh anggap bayar hutang pendidikan ni macam korang bayar hutang credit card, hutang rumah, hutang kereta. Apa bezanya?? Hutang jugak kan? Bila PTPTN blacklist nama korang, korang kata dia kejam. Sape sebenarnya yang kejam??
Aku pun penah je kena blacklist ngan MARA sebab tak bayar ikut jadual (loan MSc). Aku merempan-rempam kat blog tapi aku bayar jugak. Dah settle dah pun selepuk aku bayar. Sebab aku rasa takde point untuk aku salahkan MARA (selain dari sebab dorang tak hantar jadual pembayaran kat aku) sebab orang lain boleh je bayar apesal aku tak boleh kan? So sama je la ngan peminjam-peminjam lain. Apesal kau takleh bayar sedangkan orang lain boleh? Kalau nak salahkan orang lain gaji besar maka dorang boleh bayar, itu bukan salah PTPTN, tu salah kau.
Isu ni aku rasa sama je la macam kes bantuan rumah pertama tu. Bila tak dibantu, terhegeh-hegeh menyembah mintak dibantu. Dah dibantu, masing-masing macam barua banyak cengkadak nak itu nak ini. Yang pelik-pelik dimintaknya.
Those yang ngelat bayar hutang ni, aku percaya gaji dia takkan pernah cukup walau banyak mana sekalipun dorang earn every month. Macamana nak cukup kau masih ada 'sisa' yang belum diselesaikan. Orang yang bayar zakat pendapatan takkan lupa bayar hutang. Tapi orang yang tak bayar hutang kau rasa dia ada terfikir ke nak bayar zakat?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone