walk on wings, tread in air: Hantu kaki <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hantu kaki
2012-04-17
Kaki aku belah kiri sakit tau.
Dari last week lagi.
Tapi aku ni jenis yang suka menahan sakit.
Actually bulan lepas pun jadik macam ni gak.
Area sakit dia tu kat bahagian permukaan ibu jari kaki kiri.
Mula-mula aku ingatkan gout. Tapi jadah apa gout kat situ.
Lepas 3-4 hari tak baik-baik jugak, aku pi jumpa dokter.
Dokter pun tak tau camana nak check sebab takde bengkak pun. Masalahnya kan kalau kau picit kaki aku tu aku tak jumpa point sakit tu kat mana.
Selalunya kalau terseliuh urat ke apa ke, kalau kita picit mesti kita akan jumpa kat mana punca sakit tu kan? Yang ni tak. Dia punya sakit tu berdenyut-denyut tapi bila tekan-tekan tak jumpa sakit tu kat mana. Dah la bengkak pun takde. So dokter kata nak X-ray pun macam takde motif, jadi dia ambik darah. Alhamdulillah darah normal. Aku pun pelik ni sakit apa ni??

Pastu teringat 2 bulan lepas pun Rayyan kena benda yang sama.
Pun kat kaki jugak.
Tapi tak jumpa bengkak ke apa ke, asik merengek je dia pastu jalan terhencut-hencut.
Masa tu mak mertua aku ada sekali so dia kata entah-entah ada benda "singgah" sebab petang sebelum dia kena tu bibik ada bawak dia pi playground. Aku ni bukan taknak percaya benda-benda macam ni. Kalau boleh tu aku memang taknak ada sangka-menyangka dengan benda-benda macam ni. Malas lah.

So bila kaki aku sakit macam ni En Wan asik la dok cakap "entah-entah ada benda tengah senggayut kat kaki awak". Siap buat lakonan semula benda tu tengah pegang peha aku and mengesot-ngesot kat lantai macam Ju-on. Sialpalis.

Dulu En Wan pun penah jadi kes benda "melekat" kat kaki jugak.
Tapi dah lama dah, ada la dalam 7 tahun lepas kot.
Masa tu reception kat rumah Azrul (adik ipar aku).
Kitorang tunggu rombongan semua sampai, so kitorang park kat satu surau ni sebab ada garaj jadi teduhla sikit kereta.
Lama sangat tunggu kereta-kereta lain sampai, En Wan masuk toilet jap gi kencing.
Balik dari kenduri tu terus kaki dia takleh gerak. Dia kata sakit and berat macam batu sampai ke satu tahap dia kena seret je kaki dia. Pastu kaki dia penuh tompok-tompok merah. Aku macam cuak la jugak ni apehal macam tompok-tompok pecah darah ni.

Panggil Pak Aji tengokkan.
Pastu Pak Aji kata ni macam benda lain ni jadi dia bawak kitorang gi rumah kawan dia kat Shah Alam. Masa kitorang sampai rumah pakcik tu, pakcik tu tengah kemas laman dia. The moment kitorang masuk kawasa rumah dia je, Pakcik tu tanya Pak Aji "Benda apa yang kau bawak sekali ni sampai meremang bulu roma aku".

Dan-dan la bulu roma aku pulak meremang.
Mau tak meremang, dah 3-4 malam jugak la "benda" tu tido sekatil, makan semeja dengan aku gamaknya. Oh dem!

Aku tak ingat pakcik tu baca apa tapi dia ada bagi aku something serbuk kemenyan kot) yang dah dibaca ayat Quran pastu dia suruh aku sapu kat kaki En Wan. Alhamdulillah lepas sapu serbuk tu, En Wan terus boleh jalan macam biasa.

Kaki aku ni...hmmm....aku tak tau lagi nak kategorikan sebagai sakit apa.
Dah la aku tengah period so memang sedap sangat la kalau ada benda nak melekat pun tapi aku masih yakin takde benda hinggap. Maybe urat terkehel or otot koyak or terseliuh or apa-apa je lah (cubaan untuk tak menjadi takut). Tapi sebenanya takut jugak ni. Dah la next week aku plan nak pi outstation. Jangan lah benda-benda merepek ni semua buat aku makin takleh tido kat hotel.


 ...ni namanya baik ada maknaaaaaa....
posted by aveo757 @ 1:09 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER