2012-03-16

RM700. Kau ada??


Haaaaa.......nampak tu?
Hambik kau!
Hahahahhaha.

Demand sekarang okkk.
Ada specific job scope lagi!

Tapi aku sokong.
Sebab keje mengemas rumah memang banyak.
Memang tak menang tangan kalau kau nak mengemas and jaga anak serentak.
Boleh memang boleh, tapi jangan expect rumah kau bersih berkilat hari-hari la.
Nak pulak kalau kena jaga budak macam si Rayyan tu.
Budak baru dapat kaki ni dia punya buas satu macam.

Macam bibik aku now, pagi dia bangun siapkan bubur Rayyan.
Rayyan punya bubur memang ada jadual.
Hari ni bubur dia cauliflower + carrot + ikan tenggiri.
Esok kacang buncis + carrot + ayam.
Lusa daging cincang + kentang + cauliflower.
Bla bla bla...

Sementara bubur masak, bibik ni akan on mesin basuh baju.
Sambil-sambil tu siapkan breakfast untuk Redza pulak.
Kadang-kadang nasik goreng, nasik lemak, kadang-kadang kalau tak sempat just goreng sosej and scramble egg je.

Rayyan bangun kang, dia mandikan Rayyan, pakai baju segala semua.
Si Rayyan ni pulak kalau nak pakaikan pampers, berkejar satu rumah.
Bibik pulak jenis baik hati, budak tu lari, dia pun kejar-kejar manja gitu.
Tu yang kadang-kadang macam ada tarzan dalam rumah.
Aku turun je siap! Aku tangkap dia, diam kau! Diam kau!
Aku belit kaki dia celah kaki aku, sap sap sap. Tak sampai 5 minit settle pakai pampers pakai baju segala.

Lepas aku pi ofis, bibik kasik Rayyan makan.
Lepas makan tidokan Rayyan dalam buai.
Enjutla buai tu sampai budak tetido.
Bila Rayyan dah tido baru la sidai baju, sapu rumah mana yang sempat.
Bila budak tu bangun kang dah susah nak concentrate kat keje rumah.
Mana nak gosok baju, lipat baju, tu belum lagi vacuum 4 bilik lagi kat atas.
Tak cerita lagi part kena basuh 6 bilik air, basuh porch, siram pokok, sapu laman, bla bla bla....

Gila penat okkkk.
Sebab tu bibik ni aku tak kasik dia masak and gosok baju aku.
Dulu lagi la, semua baju dia gosok, sampai baju tido aku pun dia bantai gosok.
Aku cakap jangan buat keje gila. Ni baju duduk rumah segala ni tak payah nak gosok. Aku taknak ajar anak-anak aku fussy dengan baju.
Kang esok dah terbiasa pakai baju bergosok duduk rumah, dah tak selesa bila pakai baju tak bergosok. Kau kalau pandai gosok takpe jugak. Ni kang menambahkan keje aku.

Kadang-kadang kalau dia nak makan masakan Jawa, baru bibik aku masak.
That's why macamana penat pun balik keje ke, outstation ke, aku paksa jugak diri memasak. Walaupun entah apa-apa lauk aku. Main campak-campak je. Kalau dah tak larat sangat, like semalam drive 6 jam non-stop, aku beli KFC je.

Memang penat kemas rumah ni.
Masa bibik aku kena settlekan passport dia sehari suntuk dulu, aku ambik cuti duduk rumah jaga anak and kemas rumah, memang kalau orang yang tak biasa mau tertanggal kepala lutut. Tapi sebab aku kuat memekik, jadi kerja tu jadik lebih mudah la. Senyap sepi anak-anak aku kena tengking. Masa tu kalau ada orang datang rumah nak jual apa-apa mesti ingat aku yang bibik. Sebab hari tu aku kendong Rayyan dengan kain batik sambil jemur baju, sambil sapu rumah. Time masak pun aku kendong Rayyan tapi balut badan Rayyan dengan tuala kecik takut kena percik minyak.

Kemas memang kemas la, tapi kemas dalam ertikata sempat sapu rumah and lap-lap meja.
Tapi rumah tetap macam tunggang terbalik dengan mainan.
Tu belum lagi kau nak melipat baju, menggosok, basuh porch, lap tingkap, lap kipas, mop lantai, bla bla bla...

Jadi, aku tak kisah la kalau kerajaan Indonesia buat rules keje kena spesifik.
Sukati kau la.
Aku pun paham keje rumah ni sebenarnya penat.
Apetah lagi kalau kita bekerja.
Mana nak sempat buat semua ni.
Dah ada orang nak tolong buatkan dah besar rahmat.

Akan tetapiiiiiiiiiiiiii aku cakap siang-siang la kan.
Kalau kau boleh siapkan syarat, aku pun ada syarat jugakkkkkkkkkkkkkkkk.

Kau nak kemas rumah saje?
Of cos boleh.

Tapi kena kemas ikut style aku ye.
Kalau takat menyapu macam orang buta just sapu ruang yang nampak dek mata je, tak payah!

Style aku kalau berkemas ni :

1. Bawah-bawah kerusi, kabinet, celah-celah almari semua kena korek segala habuk sawang segala.

2. Magazine-magazine kat bawah meja tu kena lap. Lap ok, LAP! (sebab rumah aku mana ada feather duster)

3. Kalau mengemop, bukan main mop je. Ni kapet-kapet semua gulung dulu baru mop.
Lagi bagus kalau kau jemur kapet-kapet ni semua.

4. Mop rumah 3 hari sekali pun takpe, tapi dapur mesti mop hari-hari sebab aku masak hari-hari. Melekit-lekit lantai, tak suka.

5. Porch basuh 2 hari sekali.

6. Seminggu 2 kali lap slicing door, tempered glass and tingkap-tingkap semua.

7. Bilik air aku selalunya aku yang basuh. Tapi sebab kau demand sangat kan, kau basuh semua bilik air pasni. Seminggu sekali. Kena campurkan Kleen floor dengan clorox baru basuh. Lepas basuh, lap bilik tu sampai kering.

8. Dulu bilik-bilik kat atas ni vacuum and mop 3 hari sekali pun takpe. Tapi sebab skarang ni kau takyah jaga anak and masak, maka sila la kemas and mop bilik-bilik kat atas ni hari-hari.

9. Cadar semua bilik tukar seminggu sekali tak kisah la bilik tetamu tak pernah pakai pun.

10. Last sekali, sebab kau nak specific sangat so pasni semua baju kau gosok lah.


Nampak macam kejam dan juga keji.
Tapi aku rasa ok la tu kan.
RM700 untuk kemas rumah sahaja.
Agak-agak kau nak aku tambah lagi RM700, kau kena masak sekali la.
RM700 okkk.
Dah macam gaji tukang masak kat Restoran Thai Seafood.
Pasni aku tak main la makan telur dadar, ikan goreng kunyit, sayur masak air kat rumah kot.

Mesti aku hari-hari menu aku gempak-gempak.
Siakap stim alamoda, sotong pesiyero goreng tepung , telur bistik, udang promento lakalaka, pineapple rice, bla bla bla tuikkkkkkkkkkkkkkk.

*pitam*

Adoi laaaa.
Boleh tak jangan nak demand sangat.
Tak dinafikan ada majikan yang kerahan tenaga bibik macam nak mati.
Tapi masih ada yang berperikemanusiaan.
Kita pun tau how penat uruskan rumah and jaga anak serentak.
Takkan la aku nak kerah tenaga kau cukup-cukup.
Bibik aku yang skarang ni pun aku cakap asal jangan sampai tapak kaki hitam berjalan dalam rumah sendiri sudah.

Syarat-syarat merepek macam ni la yang nanti akan buatkan keadaan majikan-bibik jadi semakin teruk.
Tak percaya?
Wait and see.