walk on wings, tread in air: Maid <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Maid
2012-03-12
Masa aku buat entry pasal maid baru nak sampai tu, ada a few yang tanya mana dapat maid. Aku ambik maid tak guna agent sini. Rasa merepek gila harga maid sampai 7-8K.
Guarantee cuma 6 bulan je. Kalau dalam masa 6 bulan tu dia hilang dapat lah ganti. Kalau dia buat hal lepas 6 bulan baru nak hilang?
Dia dah tentu-tentu hilang, yang aku nanti?
Tak ke boleh hilang ingatan dibuatnya.

Actually, sejarah aku ambik maid ni, cuma yang first tu je aku ambik guna agen Malaysia. Masa tu tahun 2004, harga pun baru 3-4K je. Lepas maid yang first tu habis kontrak 2 tahun, harga agen dah mula naik. Masa ni kitorang try ambik dari agen Indonesia. Maknanya kau berurusan direct dengan orang sana. Murah memang murah, tapi banyak la benda kau nak kena buat. Tapi yang paling tak menahan tu time dia mintak duit. Kebanyakkan agen Indonesia ni dorang buat keje secara sambilan. Bukan ada agensi pembantu rumah pun. Kalau ada orang request baru dorang carik pembantu rumah yang nak keje kat Malaysia. Kalau tak, takde. Jadi, kalau kita nak berurusan direct dengan agen Indonesia, memang kau kena sedia duit from A to Z. Even ke duit tambang dorang ke sini pun ko kena dulukan duit. Part ni memang aku cukup tak berkenan tapi kau kena gamble and tawakal.

Macam bibik aku yang kedua yang bangang tu, kitorang deal direct dengan agen Indonesia, sape ntah nama agen tu. Ibu apa ntah nama dia. Ibu ni bagus, dia uruskan ok. Tinggal lagi kau kena bank in kan duit je la keje. Dari ke proses nak buat passport, buat permit, tambang datang sini, keperluan maid tu sebelum datang sini like beli beg, beli baju, spender, bla bla bla...semua kau kena masukkan duit. Mula-mula aku memang malas layan. Rasa macam merepek gila. Kau nak berbisnes tapi modal takde. Ntah betul ntah tidak. Tapi nak buat macamana kan, dah kita yang nak pakai orang. Hadap je lah.

Tapi tu la kan.
Semuanya dah dibagi, sekali yang datang maid gila.
Elok je 6 bulan, dia lari.
Macam berpakat je dengan agen tu.
Dah kalau 6 bulan baru nak lari, takde la nak dapat ganti. Menganga je la aku.

Maid yang 3 pun tak pakai agen.
Maid yang ketiga tu memang kitorang amat bernasib baik sebab maid tu sebenarnya lari dari majikan dia. Dia baru keje sebulan pastu dia lari sebab tak tahan. Kebetulan nak dijadikan cerita, maid ni telifon kawan dia. Kawan dia ni pulak keje dengan agen pembantu rumah. So this agen bawak maid ni balik rumah dia. En Wan pulak kenal dengan agen ni sebab ni la agen untuk maid kitorang yang pertama dulu. Bila agen ni tau yang En Wan tengah carik maid, dia offer ambik maid ni.

So kitorang dapat maid ni FOC.
Tak bayar se-sen pun.
Pi rumah agen, tanya maid tu nak keje dengan kitorang ke tak, dia setuju, kitorang bawak balik. Memang rezeki kitorang agaknya, maid ni sangat bagus. Maid ni rupanya sekampung dengan maid aku yang pertama dulu. Masa dia tengok Redza, dia kenal sebab dia cakap dia pernah tengok gamba kitorang sefamili kat album maid yang pertama dulu. Rumah maid kitorang yang first dulu dengan maid yang ketiga ni berdepan-depan je rupanya kat kampung. Sometimes, bila maid ni call kampung, dia suruh laki dia panggilkan maid lama aku dulu untuk aku sembang-sembang.

Maid ketiga ni keje dengan kitorang 2 tahun setengah.
Dia nak sambung sampai empat tahun sebenarnya sebab anak dia baru lepas lulus exam tingkatan 5 (ala-ala SPM), jadi dia hadiahkan motor. So terpaksa la sambung keje sebab nak bayar duit motor. Alih-alih laki dia panggil balik sebab laki dia kena pindah keje kat Bogor, takde orang nak jaga anak-anak kat rumah. Jadi dia kena balik.

Kebetulan masa dia balik tu aku mengandung Rayyan 4 bulan.
4 hari lepas maid tu balik, En Wan kena pi Japan 5 minggu.
Tu yang Mak Aji and Pak Aji duduk rumah aku terus sampai raya.
Lepas raya baru busy carik new maid.
Masa ni kitorang tetap pilih untuk deal direct dengan agen Indonesia walaupun memang keje gila kena gamble.

Bibik aku yang skarang ni sebenarnya kena tipu dek agen dia.
Dia dijanjikan keje kat salun.
Sekali kauuuuu. Basuh kepala Rayyan akhirnya.
Agen dia ni cilakabanat.
Mula-mula dia mintak kitorang RM1000 untuk buat passport. Aku ngan En Wan pejam-pejamkan mata je la masa masukkan duit kat Western Union tu.
Pastu lepas seminggu mintak lagi RM1000.
Yang RM1000 kali kedua ni aku tak tau la betul ke tak. Cam cibai pun ada gak reason dia. Dia kata dia dipenjarakan kat lokap. Boleh?
Dia cakap dia ada kirimkan satu perempuan ke Malaysia untuk dijadikan pembantu rumah. Perempuan ni claimed dia bujang. So agen ni uruskan semua and hantar ke Malaysia. Tup tup suami si perempuan ni carik agen ni and buat report agen ni larikan bini dia. Betul-betul macam sinetron kan? Tinggal lagi agen ni nama dia Pak Gun. Kalau nama dia Randy Pangalila konfem dengan dia-dia sekali aku angkut bawak balik Malaysia.

Tapi sebab masa tu bibik aku yang now ni call En Wan and mengadu masukkan lah duit ntuk bebaskan Pak Gun ni kalau tak sampai ke sudah dia stuck kat Batam tak gerak-gerak. Adoiyaiiiiiiiiiii. Tak pasal-pasal si Pak Gun ni dah jadi macam anak-beranak kitorang pulak. Dah kitorang pulak yang kena jamin dia segala. Tak pasal je kan?
Lepas masukkan lagi RM1000, Pak Gun ni call kitorang cakap esok bibik akan berangkat ke Malaysia naik feri turun kat Johor. Pastu dia cakap dari Johor nanti dia akan naik bus dari Larkin turun kat Bukit Jalil. Balance lagi RM800 kitorang settlekan bila dorang semua dah sampai. Ok la, kitorang tunggu.

So maknanya kat sini ongkos dia cuma RM1800.
Tapi selebihnya kitorang kena buat kat sini like permit, Fomema, bla bla bla.
Jadi dah save kat situ.
Kalau suruh agen buat mau ribu-ribu lagi keluar.
Tinggal lagi penat la kau kena kejar sana sini nak settlekan semua.

Sekali kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn, bibik aku rupanya dia hantar dengan tongkang!!!
Ya Rabbi azab nya la bibik aku ni.
Kesian dia.
Dia cakap mati hidup balik dia takkan naik tongkang untuk balik ke Indon, biar mati kat Malaysia!
Cilaka sial nya Pak Gun ni, dia ambik duit kitorang, pastu dia tak buatkan passport pun untuk bibik aku ni. Duit tu buta-buta dia telan sorang. Pastu dia hantar bibik aku ni naik tongkang. Bibik aku cerita, cara dorang hantar pendatang haram tu cenggini...

Dorang collect pendatang-pendatang haram ni semua naik lori pikap.
Dia cakap lalu kat hutan-hutan.
Bila dah nak sampai laut, truck tu dah matikan lampu siap-siap.
Pastu dia stopkan truck tu jauh dari pantai.
From pantai dorang ni semua jalan kaki ke laut.
Bukan stop kat beach ye, tapi kena masuk laut jalan ke tengah sikit sampai air tu dah paras leher! Bot tu park jauh sikit so that kalau tetiba ada polis, they can just start enjin and blah.
Bibik aku cakap 5 jam dorang terumbang-ambing dalam bot tu dengan padatnya, dengan basahnya, dengan hujan lagi time tu. Memang dia kata seumur hidup dia selama ni keje kat Saudi for 25 years, dia tak pernah sangka dia akan naik tongkang ke Malaysia. Dia cakap kat dalam bot tu ada budak kecik berimpit-impit sampai duduk atas lantai bot. Dengan gelapnya, dengan ributnya. Memang ngeri la. Kalau mati memang mati kering. Tapi Tuhan nak selamatkan dorang, dorang selamat sampai kat Johor around 4 pagi. Sampai kat pantai, dorang kena menyusup hutan, naik turun bukit. Bibik aku cakap selipar dia hilang dalam bot, sebab gelap and padat so tak dapat nak carik balik the selipar. Bayangkan dia menyusur hutan dengan kaki ayam. Sampai berdarah-darah tapak kaki.

Jalan 2 jam, baru sampai ke kawasan yang ada jalan.
Ada lori ambik dorang, tapi lori tu pun berjalan dalam keadaan gelap, tak pasang lampu. Sampai kat stesen bas Larkin, ada orang dah belikan tiket siap-siap untuk dorang. Bibik aku masa sampai rumah aku tu, sehelai sepinggang. Beg dia semua jatuh dalam laut. Baju yang dia pakai tu dah basah kena hujan and air laut, sampai kering atas badan! Masa dia sampai rumah aku tu dengan takde baju lansung. Seb baik Giant dekat, dapat la beli bra and spenda and baju-baju lebih kurang sementara nak tunggu hujung minggu untuk keluar pi mall. Memang kesian. Dia kata dia tak sangka agen dia tipu dia.

Kiranya bibik aku yang now ni masa sampai dulu PATI.
Tapi kitorang uruskan everything sampai dia jadi legal.
Sebab kesian nanti camana dia nak balik.
Takkan nak balik naik tongkang.
Tak sampai hati aku.
Dah la bibik ni baik.

Baru-baru ni aku nak ambik new maid lagi.
Again, kitorang kena tipu.
Agen ni biasa la kan mintak duit nak buat itu buat ini, last-last maidnya tak sampai-sampai. Bila kitorang call tak angkat. Babi kan?

Sebab tu korang yang email aku tanya pasal agen, sorang pun aku tak reply.
Sebab aku nak korang tau the consequences ambik dari agen-agen ni.
Kalau ambik dari agen kat Malaysia ni memang mahal, tapi guarantee maid sampai.
Yang tak guarantee nya if bibik tu lari lepas 6 bulan.
Memang takde replacment la.

Kalau nak murah, kau kena urus sendiri.
Penat.
Tapi murah.
Tapi, kena gamble. Sebab kemungkinan duit kau lesap macam tu je tapi bibik tak sampai. Kalau sampai pun mungkin jadi macam kes aku. Kau kena keluarkan lagi duit untuk buat passport sebab agen dia tak buatkan passport.

Ada satu kali tu this one agen dia mintak kitorang duit untuk buat passport.
Bila En Wan mintak dia faxkan passport untuk bukti maid ni ada passport, passport maid tu mati bulan July 2012. Bila kitorang tanya apesal mintak duit nak buat passport tapi passport mati bulan tujuh? Agen tu selamba badak je cakap, "Takpe Pak, nanti bila nak buat passport, dipotong saje duit gajinya". Kepala hangguk kau???? Senang je dorang ni kan? Dia sama dia pun boleh tipu-tipu lagi. Yang keje teruknya maid, dia sedap pantat je habiskan duit orang.

Duit kitorang kau ambik.
Pastu duit nak buat passport tu potong duit bibik.
Yang kau sedap-sedap je telan duit orang.
Ni mesti perut besar macam babi sebab banyak sangat makan duit haram.
Terus kitorang cancel and carik agen lain.

Kalau korang nak aku recommend mana-mana agen, sorry aku takkan bagi nama mana-mana agen. Sebab aku takde guarantee korang akan dapat maid ni. Aku taknak nanti nama aku jugak yang naik tak pasal-pasal. Kalau nak uruskan sendiri direct dengan agen Indonesia, hati mesti mau cekal, sabar and istighfar banyak-banyak. Carutan hanya dibenarkan apabila perlu.

Gud luck.
posted by aveo757 @ 9:57 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER