2012-03-05

It's in their genes

Weekend baru-baru ni aku bengang sangat dengan guest yang datang ke rumah.
Tapi bengang sorang-sorang je la.
Sebab kalau aku meroyan pun buat sakit hati je sebab bukan boleh meroyan depan guest tu pun.

Kang kalau kita tak menerima tetamu, tak baik la pulak.
Pak Aji selalu pesan, tetamu tu bawak masuk rezeki.
Being a Jawa (sikit-sikit takat sichi loro tu aku paham la), kalau tetamu datang, takat kuih muih ni tak complete okk. Mesti mau ada makanan yang heavy macam nasik-nasik.

Kebetulan weekend hari tu ada tetamu datang.
Dah la datang tak call, main datang je.
Biasa la kan, melayu kalau nak datang rumah orang mesti main redah je, konon taknak call tu sebab taknak menyusahkan tuan rumah la. Kalau taknak menyusahkan, len kali datang la seploh minit pastu blah la kan. Ni tak. Datang kalau tak 2 jam tak sah.
Dah kita pun sebagai tuan rumah takkan tetamu datang berejam kau nak buat muka sardin. Mesti nak kena jugak hidang-hidang apa-apa, paling bangsat pun teh o.

Masa tetamu ni datang aku tengah mandi.
Time tu En Wan tengah dinner.
Tetamu ni pulak bangsa datang terussssss masuk dapur.
Dah tu takkan yang tengah makan ni nak melantak sorang-sorang.
Mesti la ada budi bahasa, "Makan?"

Dah kau ajak makan tu kannnnn.
Yang datang ni pulak jenis yang mula-mula rejek, konon macam taknak tapi dalam pada taknak tu jenguk-jenguk jugak apa lauk ada atas meja.
Pastu slow-sloe tarik kerusi....pastu duduk terus depan meja.
Dah tu kalau dia dah duduk, takkan duduk saje.
Hulurkan pinggan.
Anak-beranak pun join sekali.

Aku takde hal la kalau nak makan.
Siang tu memang kebetulan aku masak lebih untuk malam.
Kira memang rezeki tetamu tu la dapat dinner kat rumah aku.

Akan tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....

Yang si tetamu ni pulak pegi belasah lauk aku cukup-cukup macamkan lauk tu aku masak khas untuk menyambut dia.
Aku ni terpikir gak dalam hati.
Dorang ni datang rumah aku pukul 8.30pm.
Kalau ikut lojik memang time ni waktu orang tengah makan.
Adekah kau memang sengaja datang rumah aku untuk makan???
Len kali kalau kau memang nak datang makan, call la dulu hendaknya.
Ni tak. Main datang. Pastu buat macam rumah sendiri.
Belasah selagi ada.
Takde nak pikir kot orang lain belum makan ke, apa ke.
By the way, ini rumah orang.
Kot ye pun kau rasa macam WE ARE FAMILY, ini tetap rumah orang!
Set-set macam ni ko jangan la berbudi bahasa sangat pelawa 'buat lah macam rumah sendiri, jangan segan-segan'. Konfem dia aplikasikan pelawaan tu dengan sehabis baik!

Aku turun bawah nak makan, bibik cakap 'Madam, nasik sama lauk habis'.
Terdiam terus aku.
Aku tanya "Bibik dah makan?"
Bibik jawap "Belum. Takpe Madam, saya biar masak indomi".
Malam tu, aku makan roti, bibik makan indomi.

Sometimes aku rasa dorang ni salah didikan ke, tak dididik lansung ke or just plain bangang??
Seriesly aku cakap kau, memang ada orang yang buat rumah orang macam rumah sendiri semata-mata kerana dia dah kenal orang tu lama. Padahal yang dia kenal tu mungkin suamianya saje, or isterinya saje, tapi dia feeling-feeling macam BFF. Sorry ye, aku tak pernah ada BFF. Best fren je. Forever forever ni semua takde.

Yang best kan, dia makan rumah orang.
Bila lauk atas meja dah kurang, dia pulak yang pandai-pandai minta tambahkan lauk.
Cilakabanat tak?

Tu satu hal.

Satu hal lagi jenis tetamu yang tak tau hormat majlis orang hanya kerana dia rasa dia kenal gila dengan tuan rumah. So, dia bajet diri sendiri sebagai keluarga, bukan tetamu. Part makan je la macam keluarga. Part tolong-menolong??? HARAM!

Hari tu aku ada buat makan-makan.
So this couple of tetamu datang awal, sebelum majlis lagi dah datang.
Ok takpela, takde hal.
Kebetulan masa tu adik-beradik aku ramai, jadi gotong-royong ni adik-beradik aku yang buat. So mana-mana tetamu yang datang awal ni, korang bersembang je la dulu sementara nak tunggu semua makanan siap.

Bila ada makanan dah siap kan, tetamu-tetamu ni terus je pi ambik pinggan, cedok lauk, makan kat dapur. Padahal majlis tak start lagi ni. Konon makan kat dapur tu sebab majlis tak start lagi, so makan la kat dapur.

Aku dengar macam...bahabi apekah ini????

Adekah kerana majlis belum start maka kau boleh makan tapi silalah makan kat dapur????

Gila babi punya tak respek majlis orang.
Tekebil-kebil mata Mak Aji tengok dorang selamba potong cheese macaroni yang baru keluar dari oven. Padahal makanan semua aku tak hidang lagi. Aku just susun-susun atas island. Just because of dapur aku open kitchen, it doesn't mean kau boleh masuk dapur sesuka hari selamba tapir senduk lauk pastu makan dengan muka tak bersalah. Seriesly aku dah lama spot puak-puak ni. Bangsa yang buat rumah orang macam rumah sendiri, makan tak ingat orang belakang, lepas mentekedarah blah.
Harta orang, harta dia.
Harta dia, kemut.


Satu hal lagi yang datang majlis orang dah la tak bawak buah tangan, berat tulang pulak tu. Tapi kalau part menapau memang tak payah disuruh. Dia yang pandai-pandai carik plastik. Aku kalau jumpa orang macam ni, speechless. Memang maki dalam hati je la. Orang macam ni kalau kau sound pun dia takde efek. Sebab dalam kepala otak dia "rezeki jangan ditolak rezeku jangan ditolak rezeki jangan ditolak". Dia takde terlintas pun if orang halalkan ke tak rezeki yang dia cedok tu.

Aku pernah ada pengalaman dengan sorang tetamu yang dia konon nak belanja makan pizza la. Wah bising ni suruh carik no telifon Pizza Hut siap tanya orang makan tak pizza yag ni, makan tak pizza yang tu. Alih-alih 2 large pizza je sampai. Yang kat dalam rumah ni ada la dalam 15 orang. Anak-anak dia punya makan je dah selesai sebijik pizza. Bila dia realized pizza tak cukup, bukan reti order lagi, pi ambik pisau potong pulak pizza tu kecik-kecik. Sebab tu aku cakap, orang yang blaja tinggi-tinggi sangat ni kadang-kadang dia punya bodoh tu lain macam sikit. Dia rasa dia habis bijak la tu potong pizza kecik-kecik.

Masa pizza tu sampai aku tengok alahaiiii, yang gila punya kecoh nak telifon pizza tadi ujung-ujung 2 bijik je?? Aku nak ambik pizza tu pun tak sampai hati tengokkan pelahapnya anak-anak dia makan. Tapi cuba kalau orang lain punya makanan. Takde de dia nak terpikir eh orang tu belum makan lagi, orang ni belum rasa lagi. Takde de.
Bagi dia "siapa cepat dia punya".

Kadang-kadang orang macam ni memang takkan boleh berubah.
It's in their genes.