2012-03-06

Cikgu - student - mak bapak

From: jha ****
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Saturday, March 3, 2012 9:08 PM
Subject:

Salam kak D, rasa segan lak nk menyatakan diri ini adalah silent reader since 2009. sy tk jadi follower kak D tp sy letak URL kak D dekat every favourite button y sy jumpa kt mana2 komputer hatta laptop pribadi husband suami sy, supaya senang sy nk follow kak D.

Tujuan sy tulis email kt kak D adalah kerana nk sya thanx so much sbb jadi tukang motivasi, penghibur n penasihat y walau kadang2 nmpak lucu tetapi ada benarnya.Sebenarnya sy nak, kalau boleh, kak d tolong bagi pendapat sikit pasal institusi pendidikan kt negara kita ni.


Sebelum sy meraban terlalu jauh, sy perkenal diri sy sebagai ****, n sy adalah antara ribuan pendidik kt mesia ni, n husband sy adalah sorang pensyarah. Apa y sy nk kongsikan ngn kak d, adalah bagaimana situasi pendidikan d negara kita skrg dr kca mata seorang guru sendiri.


sekitar 2 tahun lepas, kami para guru mendapat pekeliling y mengatakan kami tkleh sentuh students walau sebesar mana pon kesalahannya, hak merotan hanya pd pengetua n guru disiplin. kami jugak tak boleh mengeluarkan kata2 nasihat ke apa ke y berbaur kemarahan, tk boleh menjeling, tk boleh mendenda mcm berdiri ats kerusi or ketuk ketampi..pendek kata, segala bentuk denda tk boleh dikenakan. kalau students tk bawa buku latihan, itu adalah hak dia..sy rasa ni semua terjadi sbb ibu bapa skrg terlalu manjakan anak2, padahal anak tu dh jadi bukan manusia bila dorang pegi sekolah.


Pada mulanya kami guru2 amat tertekan, yerlaaa..semua tk boleh, semua tk kena..buat ni sikit, cikgu salah.student bodo, cikgu gak salah, padahal budak tu sendri y malas..abih tu, dh tkleh denda kan, so makin berlemak la diorang..ada kawan abg sy, y merupakan cikgu jugak, dek kerana pelajar terlalu biadap, n dia lak tgh geram, maka ditamparnya budak tu 10 kali..tup tap tup tap ,masuk court, kena denda, satu penampar, bayar seribu..darablah sndiri...


Sbb tu skrg para cikgu nmpak mcm tk berdedikasi, sbb kami rasa hak kami ditarik..padahal dlm islam, memukul utk tujuan mendidik adalah dibolehkan, cuma ada hadnya la kan..sy tkmo huraikan y skrg tugas cikgu terlalu merapu2, jauh dr asas pendidikan dan p n p. kejap2 isi data, kejap2 buat fail, kejap2 latih budak pagi petang, kejap2 tuisyen, tugas hakiki dh terabai..yerlaaa..masa tk cukup..asyik wat keje lain..setiap kali tukar menteri, tiap kali dasar berubah,, buku teks berubah, macm2 berubah, fokus belajar dh lintang pukang..kalau dulu, dasar PPSMI tgh hot, universiti amik cikgu sains berlambak, bila posting, lambakan, terpaksa ajar subjek sej, sains, geografi..bla bla bla..dah jadi satu hal, guru bukan opsyen, n sah2 students payah cemerlang...skrg mana2 seluruh negara kekurangan guru bahasa, sejarah, seni, kemahirahn, y terlebih adalah guru sains.


Yang terbaru, program guru penyayang..pagi2 cikgu sambut pelajar depan pintu, tk boleh ada rotan, senyum, sapa murid, beri salam, betulkan tali leher dan baju murid dgn kasih sayang, beri kad hari lahir, hari perayaan, ucap hari jadi students kt pembesar suara, ajak makan bersama, waktu balik, ucap selamat pulang kepada pelajar, lambaian mesra pada pelajar dan bla bla bla..siap ada pre test n post test lagi nk ukur cikgu ni penyayang ke tak..dah melampau kan, kami sbb sayang lah kami tengking, denda, cubit,..ni tak, nak agung2kan murid, muliakan dorang, kalau akhlak mulia tk pa la jugak.iniiiii..kurang ajar gila..tktau la nk cakap apa lg..y sy dpt perhatikan, ni hasil didikan ibu bapa..


Dunia akhir zaman, ibu bapa dihambakan, guru pun dihambakan..sy dulu berpuluh kali dilempang guru, ditampar, kes kecik jer, tk dpt A exam english, Rileks jer..siap kena denda jalan itik keliling padang, setakat rotan tu, dh jenuh kena..Semua tu lah y mendidik kami menjadi orang dan manusia..Saya faham ibu bapa sgt sayangkan anak2, sy pun ada anak, sayang jugak..tp percayalah ckp saya, kerana ada pepatah mengatakan, "semut mati kerana gula"..mungkin kerana manja, manusia boleh binasa..wallahua'llam..sorry kak d, terlalu pnjang emel ni..thank for ur time..i love u n ur blog so much..doa sy mengiringi kak d sekeluarga..



Pasal guru penyayang tu, klakar la pulak aku baca part cikgu kena greet student, bertanya khabar, senyuman manis like, gilakehapa????

Memang la benda ni dipekelilingkan tapi kita pun kena la cerdik sikit aplikasikan tindakan kita tu ikut kesesuaian. Contohnya kat sekolah Redza memang aku nampak akan ada sorang cikgu yang tunggu depan gate tapi takde pulak aku tengok cikgu tu senyum-senyum ke, bersalam-salaman ke, greet anak murid ke....tak pernah aku tengok. Yang aku tengok dia jawab salam pelajar-pelajar, senyum lebih kurang tu ada la. Kadang-kadang ada budak yang hulur tangan salam dia. Takkan kau nak suruh cikgu tu sengih memanjang depan pintu. Budak kalau 20 orang tahan lagi. Ini 200 orang. Tak pasal je kancing gigi.

Pekeliling tu kita terima, kita jangan tolak bulat-bulat sebab itu adelah arahan. Tapi kita boleh ubah ikut kesesuaian. Contoh kalau dia kata perlu ada cikgu yang tunggu depan gate, ok itu kita ikut. Bukan sebab tunggu pintu gate adelah tanda cikgu tu penyayang tapi lebih kepada security. Some mak bapak bila nampak 'Ohh, cikgu ada kat depan', dorang akan rasa safe. Maknanya ada orang lain yang boleh dipercayai sama-sama monitor anak dorang masuk perkarangan skolah.

Kalau nak buat test-test if cikgu ni penyayang ke tak, cikgu tu penyayang ke tak, itu semua boleh kawtim. Bukan makudnya bersekongkol, tapi kita pun bukannya budak-budak. Erti "Penyayang" tu sendiri bukan bermakna kau kena belai student sentiasa. Menegur kesalahan pun satu tanda kita sayang. Alangkan kita pukul anak sampai berbirat pun kita kata itu tanda kita sayang. Ala, tak payah nak lurus sangat la kira markah penyayang ke tak penyayang ni semua. Tolong student lulus dengan bagus tu yang lebih utama.

PPSMI ni aku rasa yang lebih pandai kalau nak bagi pendapat silakan.

Tapi dulu kan, masa aku Form 1, cikgu BI aku cakap BI pun broken. Sape nama cikgu pompuan tu, aku lupa. Dia macam segan-segan je bila student-student yang bijak-bijak ni soal dia dalam BI sebab dia nak reply pun gagap. Tapi alhamdulillah, boleh je kitorang blaja. Lecturer Algebra aku masa kat UNIMAS, bukanlah background Maths, tapi Sains. But dia jar kitorang Algebra and Kalkulus. Memang ada yang tak lulus dengan baik tapi kenapa ada jugak yang dapat A+? So kalau nak harapkan cikgu 100% pun tak boleh jugak. Student pun kena bertanggungjawab, mak bapak pun sama.

Bila pikir-pikir balik pasal PPSMI ni aku teringat member chinese aku yang kata dia tak hantar anak dia pegi tuisyen sebab dia pun blaja benda yang sama jugak dulu so dia boleh ajar jugak kat rumah. So aku rasa, kes lambakan guru Sains ni memang la akan jadi berlambak kalau semuanya nak ajar subjek Sains. Pada pandangan aku, guru-guru yang berijazah ni sebenarnya boleh jadi guru subjek apa pun. Antara nak dengan taknak je. Jangan kata cikgu la, yang bukan cikgu pun sama. Dulu blaja course lain, alih-alih keje lain. Takde masalah pun sebenarnya sebab apa-apa yang kita buat berbalik pada "nak seribu daya, taknak seribu dalih". Kalau kita dah kata TAKNAk tu, kita akan cari seribu alasan untuk tanak buat.
Oh by the way, Pak Aji dulu mengajar BM, Sejarah, Pendidikan Seni and also Guru Muzik masa kat STF and SMSains Selangor. At the same time cikgu PRS, balik rumah buat slide untuk motivasi. Kalau time sukan Pak Aji bawak balik macam-macam benda kat rumah untuk kitorang sama-sama tolong gunting-gunting tampal-tampal. Multitasking kan cikgu dulu-dulu? Tak bising pun. Or mungkin sebenarnya dorang pun bising jugak tapi disebabkan dulu hak bersuara tu orang belum pandai nak guna so tak didengari sangat.

Sebenarnya aku pernah buat entry pasal kes-kes sekolah ni jugak dulu, yang masa Redza disyaki dibuli sampai kena tumbuk tu.

Sebenarnya apa yang reader ni cakap aku dah rasakan ke-tidakpatutan-nya sejak adik aku Ima jadi guru sandaran 10 tahun dulu. Masa tu adik aku kena sound dengan guru-guru lain sebab suruh budak berdiri luar kelas sebab kes tak siap homework kalau tak salah. Bila Ima kata dia kena sound, dia rasa dah hilang semangat nak jadi cikgu. I mean what's the point jadi pendidik kalau kau tak boleh nak 'ajar' budak-budak kan?
Bukan la maknanya nak kena belasah baru budak tu blaja.
But some budak-budak memang nak kena dibelasah baru makan ajar.
Contohnya macam anak aku la kan, kalau time aku ajar mengaji tu, baru baca Alif Ba Ta Sa dah tergaru-garu tapak kaki la, lestik cicak la, carik spray nak sembur nyamuk la apa la. Macam-macam tebiat dia buat. Sekali aku pangggggggg, terus complete baca sampai Ya.

Ramai reader-reader blog aku ni yang cikgu.
Kebanyakkan dorang pun face issue yang sama.
Student tak siap homework, tak hafal sifir, tak bawak buku, kurang ajar, tapi cikgu kena sengih je pasrah. Aku pun tak tau sejak bila ada pekeliling pasal cikgu dilarang menyentuh student. Tapi aku rasa pekeliling ni start diedarkan bila makbapak dah start menjadi terlampau bijak.

Mak bapak dulu-dulu ramai yang tak berapa nak bijak. Jadi sepenuhnya serah pada cikgu untuk mengajar. Kalau ada yang bijak-bijak pun, dorang masih berpijak di bumi yang nyata. Mak bapak skarang ni ramai nau yang perasan hebat. Gaji takat lebih 3 ribu je dari cikgu dah glabah. Bila menggelabah, mula la masing-masing perasan diri bagus. Bila terlampau rasa diri bagus, mula la semedang je apa orang lain semua tak berkenan. Jentik tak boleh, berdiri atas kerusi tak boleh, lari keliling padang tak boleh.

Aku pun ada anak yang bersekolah jugak.
Kalau ikut hati ibu, memang aku tak berkenan orang lain marah and pukul anak aku.
Tapi bila aku pikir-pikir balik, kalau aku yang pukul lagi teruk kot.
Sebab aku paham sangat kalau aku mengamuk camana gayanya.
Aku pernah tarik Redza masuk dalam shower jirus dengan air sejuk pastu biarkan dia kat luar rumah sebab dia balik kul 7.15pm. Kau nak main sangat kat luar kan? Main kau puas-puas. And aku rasa before ni aku pernah cerita how aku balun Redza dengan hanger sebab bersidai kat rumah jiran. Aku yakin, cikgu kat skolah takkan pukul anak kita tanpa sebab. Just like kita jugak. Kalau anak kita tak buat salah, of cos kita takkan pukul.

Baru-baru ni Redza kata dia dengan 10 orang kawan-kawan kelas dia kena ketuk ketampi 10 kali sebab tak bawak abacus. Aku dengar senyum je. Sape suruh kau tak bawak kan? Lagipun aku senyum sebab aku pun penah kena dulu. Aku ingat lagi aku kena ketuk ketampi dengan Salwa Haron Din (Dato') masa darjah 3 Putih sebab kitorang tak potong kuku. Satu Bangi kenal saper Haron Din, takde pun cikgu-cikgu ni kisah kot nanti Haron Din serang sekolah ke apa. Sebab masing-masing tau tanggungjawab masing-masing. And aku rasa makbapak dulu-dulu cukup hormat dengan kerjaya cikgu. Dorang bukan tak tau anak dia kena denda, kena pukul, tapi dorang tak glabah. Aku pun tak tau apesal makbapak skarang terlampau sensitif bila anak dorang dimarah cikgu. Aku harap sangat aku tak terlampau sensitif sangat. Aku harap kepercayaan aku pada cikgu-cikgu tak hilang.

Mak bapak skarang, bukan nak kata la kan. Kawan aku pun ada sorang dua yang spesis gelabah macam ni. Anak dia kena berdiri luar kelas sebab tak beli recorder. Cikgu pun aku rasa silap jugak sebab mintak budak-budak beli rekoder masa hari berkerja. Patutnya cikgu bagi la masa macam "Ok, next week bawak recorder", at least hujung minggu mak bapak ni semua boleh pi beli sebab kebanyakkan mak bapak ada yang sampai rumah dah nak malam, mana sempat nak pi carik recorder segala. Jadi bila cikgu mintak hari Isnin, recorder nak pakai hari Khamis tu jugak, so kawan aku ni tak sempat nak beli. Bila anak dia kata dia kena denda, merempan la kawan aku ni kan. Tapi cara kawan aku ni memang aku tak setuju. Sebab ujung-ujung motif dia serang cikgu tu dah lebih kepada berunsur lain. Macam belagak bagus. Serang Pejabat Am, hentak-hentak meja tak puas hati nak jumpa Pengetua. Pastu pi carik cikgu tu kat setiap kelas then terjerit-jerit kat depan pintu kelas budak-budak semua tengok. Cara dia bercerita kat aku tu konon macam orang semua takut la dengan dia. Of cos la saper tak takut tengok orang gila terlepas masuk sekolah kan?

Memang cikgu tu pun bagi aku salah la jugak sebab bagi masa singkat sangat untuk budak-budak pi beli. Tapi kalau pikirkan balik, kenapa budak-budak lain boleh pi beli tapi anak kau tak? Jangan disebabkan kau bengang kerana kau penyebab anak kau kena denda, maka kau salahkan cikgu tu bulat-bulat. Lagipun anak kau anak laki derr. Apa ade hal berdiri luar kelas. Ok apa, luar kelas pun boleh gak dengar apa cikgu tu ajar. Aku pun dulu bukan tak pernah kena berdiri luar kelas. Selalu lagi!
Jangan kata luar kelas, cakap mana ceruk aku tak pernah berdiri. Depan kelas? Blakang kelas? Luar kelas sambil junjung kerusi? Semua aku tapau.
Aku rasa kalau nak banding dengan cikgu, akak senior aku dulu lagiiii kejam suruh tiup lampu sampai padam. Binawe.

Tapi percayalah, disebabkan jentik, kena tarik telinga, berdiri atas kerusi, berdiri luar kelas, berdiri atas meja tu lah yang membuatkan KITA SEMUA akhirnya berdiri atas pentas ijazah.


p/s : kalau nak hantar komen psl kes-kes sekolah/cikgu boleh email aku, nnt aku tepek kat blog.