walk on wings, tread in air: Resepi <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Resepi
2011-12-22

Walaupun kepak ayam ini lebam di sana-sini tapi bak kata omputih 'Don't judge a book by its cover'.



Bibik aku sejak dua menjak melayan masterchef Malaysia ni, kemain lagi hari-hari bereksperimentasi kat dapur. Kalau aku kat rumah, dia akan tanya apa yang nak dimasak. Kalau aku keluar, dia akan call 'Madam mau makan apa?'.

Selama ni memang aku je yang masak.Sebab memang awal-awal datang dulu dia dah bagitau 'Saya nggak bisa masak'

'Ohh begitu. Makan bisa???'


Aku tak layan sangat Masterchef. Sebab aku jarang nak masak yang pelik-pelik ni melainkan aku rasa memang nak masak makanan yang pelik-pelik that day, aku akan google terus. Atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami - aku malas.

Semalam dia mintak aku belikan kepak ayam, dia kata nak buat kepak ayam sumbat dengan isi udang.
Huh?

Petang, lepas settle masak dia panggil aku turun untuk rasa masakan dia. Kesian pulak aku tengok dia excited nak suruh aku rasa. Masa aku rasa tu dia siap berdiri kat depan aku tunggu respon, Aku pun merasa sambil pejam-pejam mata nak feelkan bahan masakan apa yang dia bubuh kat dalam macamkan aku kenal je rempah-ratus segala.

Best!

Kepak ayam sumbat dia ni dari segi rupa, kalau persembahkan kat Chef Wan ada harapan nak kena lempar balik kat muka. Tapiiiiiiiiiiiiii rasa dia memang mavelles! Memang terasa segala jintan dia, lada hitam dia, ada macam berangin-berangin sikit, aku rasa dia letak halia, bawang putih, bawang merah. Siap isi udang kat dalam tu dia gaul dengan daun kucai and perap dengan cili sikit. Pehhhhhh! Boleh la tahun depan aku buat Ramadhan buffet kat rumah. Artis jemputan Anuar Zain.

Bila dah settle makan baru aku perasan takde tulang dalam kepak tu. Macamana dia buang ntah aku tak sure tapi bentuk kepak tu still macam kepak. Bila aku tanya dia macamana dia buat, dia punya explanation tu je dah buat aku pening. Aku ni jenis kalau masakan yang langkah-langkah memasak tu lebih dari 5 step memang lambat sikit la aku nak paham. Kalau buat cookies takpe.


Jadi itu lah ye Puan-Puna, hasil masakan bibik aku semalam.
Kepak Ayam Berinti Udang Seychelles Di Ombak Rindu.
(nama resepi mesti ada tempias internasionale dan unsur-unsur drama).
posted by aveo757 @ 11:46 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER