2011-11-22

Semuanya diatur dengan cantik. Samada kita boleh terima atau tak je.

Sejak akhir-akhir ni aku semakin nampak dan faham dengan phrase "everything happens for a reason".

Awal tahun dulu kan ada satu competitor ni buat taik dengan aku.
Competitor ni carry brand yang sama dengan aku tapi dia tak buat keje pun. Aku namakan brand ni Brand A.
Sebab memang dari tahun 2008 aku je yang distribute this brand A.
Until la, principle (the manufacturer) design satu kit yang compatible dengan satu system yang di-carry oleh competitor ni, so the distributorship tu share between company aku dengan that competitor.

Fine.

Tang tu aku tak kisah.
Sebab aku sangat percaya pada fair play and rezeki.
So aku buat keje macam biasa.
Rezeki kau, kau ambik.
Rezeki aku, aku ambik.

Tapi, this competitor tak buat keje yang sepatutnya.
Instead of pi market the product, dia cuma "market" kan price je.
Maksudnya kat sini, dia tau aku dah buat the marketing part since 2008 (sebab aku yang carry brand A ni dari awal), so most of the customer dah tau kewujudan this brand. Jadi, this competitor dah save satu keje. Dia takyah buat marketing dah.
So now, dia cuma fight dengan price je.

Tapi cara dia fight the price tu memang tak masuk akal lansung.

Caranya, dia offer customer dengan harga jauh lebih rendah sampai ruin the whole market. Bukan saje dia compete dengan aku, tapi dia compete dengan semua brand yang ada kat Malaysia ni sampai keadaan jadi sangat huru-hara.

Anyone in this line akan tau yang kau tak boleh turunkan harga barang dengan terlampau rendah sedap anak tekak kau sampai create confusion dalam market. Nak turunkan harga boleh tapi biar lojik.

This competitor tau the potential of this brand A.
So dia tau kalau dia nak hasut the pronciple untuk kick aku out of the distributor list memang tak dapat la sebab aku dah prove kat principal aku buat keje. Kalau dia nak kick aku boleh, tapi kau kena buktikan yang kau pun boleh buat la kan.

Tai sebab perangai tu TAMAK and BUSUK HATI, dia sanggup rugi awal.
Caranya, dia buat free service to customer.
Barang yang cost price USD420 (contoh), dia jual kat customer dengan harga RM1000.
Lojik?

And customer pun ambik la peluang tu kan.
Dah kau murah hati nak "belanja" customer sampai sanggup rugi, customer mana yang taknak. Competitor ni punya aim is dia nak jual sebanyak mungkin. Secara lojiknya, bila dia jual banyak, dia akan order barang tu dari principal dengan lebih kerap berbanding aku. Jadi, bila principal tengok kejap-kejap dia order barang, mestilah principal rasa dia lagi terer buat sales banding dengan aku (company). Lama-kelamaan principal akan kick aku from th edistributor list and letakkan dia as a sole distributor.

Masa tu aku memang faced a hard time.
In fact masa tu aku memang demotivated gila.
Aku write to principal, explain situasi yang berlaku now, hentam sikit lebih kurang, pastu dah lega aku teruskan keje macam biasa.
Tapi aku tak fokus sangat dah pada that brand.
Luckily aku memang carry a few brand lain but not in a competing line la.
So aku buat keje aku macam biasa.
Sebab aku rasa takde point la aku nak explain kat sorang-sorang customer yang competitor tu sanggup rugi sebab nak kick aku, main kotor, bla bla bla.
Aku tak rasa ada customer nak kisah pun dengan story aku, sebab to them, whoever yang offer harga lagi rendah, pedulik apa dorang sape main kotor ke apa kan?

Selama beberapa bulan aku buat dek je dengan that brand.
Lantak kau la.
Tup tup last week, that principal call aku, from Cape Town.
Dia tanya aku apesal dah jarang dapat order from aku.
Ha kauuuu.
Memang macam machine gun aku tabur.
Tapi tabur dalam english memang tak berapa nak makan dalam sangat.
Aku yang men-spund ni pun rasa tak puas.
Lagipun omputih ni memang jenis yang upfront, so kalau kau sound diorang tapi benda yang kau sound tu benda yang lojik dan betul, memang dorang boleh terima punya.

Rupanya principal ni cakap dorang dapat komplen dari brand-brand lain yang this competitor dah ruined the market dengan jual barang dengan tersangat murah.
Bila barang jadi terlampau murah, customer akan query the quality.
Last-last brand tu jadi macam brand runcit je.
Takde value.

And this principal cakap, competitor tu sebenarnya tak buat keje pun.
Dia cuma offer price lagi rendah je tapi when it comes to technical part, haram jadah tak tau. Lama-lama customer dah start buat komplen sebab competitor ni tau jual barang je, bila customer ada pertanyaan pasal produk je, masing-masing senyap hilangkan diri.

And now, this brand kembali kepada aku :)
Alhamdulillah.

Tapi yang beauty-nya disebalik kejadian ni was, dulu aku terlampau ghairah market this brand sampai aku abaikan brand-brand yang lain.
Bukanlah kata abandoned terus brand lain, cuma aku tak la buat promosi and sales segalak brand yang satu tu. Sampaikan email aku pun aku letak signature brand A ni.
Mana-mana aku pergi, aku promote brand A dulu.

Rupanya Tuhan bagi aku "rest" kejap dari promote brand A ni selama beberapa bulan.
Dalam waktu "rest" tu, aku fokus kat brand-brand yang lain. Bila aku fokus kat brand-brand lain, maka secara tak lansung aku akan lebih belajar tentang other product and carik new info berkenaan technology baru. And dah tentu aku akan jumpa dengan new-new customer jugak. Dalam waktu "rest" ni dalam aku tak sedar, sebenarnya aku dapat buat new market.

Bila new market ni dah semakin mendapat tempat, DIA pulangkan balik brand A pada aku. Cantik kan aturanNYA?

Itu satu.

Keduanya, 3 bulan lepas aku ada ambik satu sebutharga kat satu U ni.
Dah la nak ke sana drive jauh gila.
Aku rasa aku dah check betul-betul dah nombor sebutharga yang aku nak bid.
Memang aku yakin aku dah check betul-betul the nombor.
Bila abang kaunter tu bagi aku the sebutharga, aku tak tergerak hati lansung nak check if abang tu bagi aku sebutharga yang betul. Aku main ambik envelope tua and blah je. Selama ni aku memang akan check balik setiap envelope yang aku dapat untuk bid sebutharga/tender. Hari tu boleh tak teringat nak check.

Pulak tu, bila balik opis, aku tak bukak lansung the sebutharga.
Aku letak atas meja aku and aku buat keje-keje lain dulu.
Esoknya baru aku start bukak.
Bila aku bukak, LANCHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Macamana boleh salah beli sebutharga niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Nak patah balik memang tak la bai.
Jauh okkkk.
Nak tak nak aku buat je la walaupun aku tau sebutharga tu cuma 30% je ada kena-mengena dengan aku. Mula-mula memang aku rasa macam nak terbalikkan meja. Tapi aku salahkan diri sendiri je la sebab yang kau tak check envelope sape suruh kan?
Memang tu la makan dia.

Sabtu lepas aku terima surat penerimaan tawaran.
Semua 30% yang aku bid tu aku dapat!
Gila terdiam kejap aku masa tengok surat tu.
Series masa tu aku insaf sangat.
Sebab tu la agaknya kenapa DIA aturkan semua ni, sebab DIA lebih tau apa yang terbaik untuk kita. Agaknya kalau aku dapat sebutharga yang aku nak tu entah-entah aku tak menang lansung.
Alhamdulillah.

And yang ketiganya, semalam.
Aku rasa mungkin ada di antara kita yang sedar akan benda ni.

Pasal bola.

Dari awal lagi dengarnya (sebab kita tak berada di sana), macam-macam yang kontinjen kita lalui. Dengan cerita pengadil bias, pengadil pelik, pengadil yang takde kena-mengena dengan game tau-tau boleh jadi pengadil, player kena boo, player kena keji, bla bla bla bla...

Rupanya DIA dah rancang yang terbaik untuk kita.
DIA lebih tau bahawa 1000 gold medal memang takkan sama dengan 1 gol medal yang satu tu. Ibu segala gold medal - bola sepak.

DIA dah susun cantik-cantik dah.

DIA bagi kita kalah game lain sebab kekalahan adelah lebih baik untuk kita.
DIA bagi kita menang bola sepak sebab kemenangan skuad bola sepak adelah lebih baik untuk kita.
DIA tau kita kuat apabila di-boo.
Tapi kita mungkin takkan kuat untuk menerima kekalahan bola sepak.
Jadi menang adelah lebih baik untuk kita.

Terima kasih Tuhan.

Good job Harimau Muda.