walk on wings, tread in air: Masing-masing ada tugas. So buatlah tugas kau, jangan sampai ada orang tolong 'ingatkan' <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Masing-masing ada tugas. So buatlah tugas kau, jangan sampai ada orang tolong 'ingatkan'
2011-11-24
Disebabkan ramai yang tanya apesal aku tetiba hilang kat Twitter, maka terpaksa la aku buat pengakuan yang memang aku dah delete akaun Twitter aku.

Puncanya?

Takde punca.

Tetiba aku bangun pagi aku rasa malas nak ber-twit dah.
Rasanya aku belum layak lagi kot nak ada Twitter sebab aku ni bukannya kaki sembang.
Aku tengok those yang rajin twit ni semua yang jenis rajin join Twitup la, organize sendiri punya get together la, and semua macam kenal each other and tau perihal masing-masing. Bila aku tengok timeline, aku rasa macam gila bagus budak-budak ni. Kenal je anak orang tu sape nama, semalam dia buat apa, laki dia keje apa, gossip-gossip terkini apa semua, yang aku??? Asik la tanya orang apabenda ni, apabenda tu. So aku rasa tak payah la aku menyemakkan diri aku kat Twitter, ujung-ujung aku tak kenal sesape, and aku sendiri tak tau apa aku buat.

Terima kasih yang sudi follow aku, and rajin tegur aku kat Twitter.
Walaupun sebenarnya everytime ada orang tegur aku, aku macam 'ah sudah, ni siapa ye?'. Kang kalau tak kenal orang kata aku menyombong. Bila tanya nama kang orang tu ingat aku diva la pulak semua orang aku tak kenal. Tapi sebenarnya memang gitu lah. Aku tak berapa kenal reader and followers aku. Jadi aku malu sendiri sebab orang kenal aku, aku tak kenal orang. So, aku rasa biar aku continue bersembang kat blog and FB je la kot.

Ok stop takat sini.

Now masa untuk menghilangkan tension.

Ni malam tadi punya cerita.
(penyabar kan aku? Malam semalam sakit hati, malam ni baru nak cerita)

Semalam aku ada satu package penting nak deliver kat UMT.
Dah la barang tu sangkut kat Canada seminggu. Kastam sana taknak release.
Dokumen ni tak cukup la, tu tak cukup la.
Series menyusahkan.
Bawak masuk dadah lagi senang. Selit kat celah pepek je.

Puas aku pujuk customer aku.
Nasib baik aku sertakan sekali bahan bukti dari kastam Canada.

Barang tu di-deliver via FEDEX.
Once dah shipped out, principal terus email aku bagi airwaybill number semua.
Lusanya, aku terus track parcel aku kat FEDEX online.
Ok good.
Package dah sampai KLIA.
Tunggu kastam release.
Dalam hati berdoa janganlah ada tax.

Petang aku check balik online tracking.
Aik? Apesal still kat KLIA lagi?
Tak boleh jadik.
Aku call customer service FEDEX.
Aku tanya apesal kat online tracking ni status barang aku tak bergerak-gerak dari KLIA. Dah pukul 3 lebih takkan tak keluar-keluar dari kargo?
Dia cakap, lori FEDEX sampai KLIA kul 10am lebih.
Aku punya package kastam release 11.30am. So dorang tak boleh tunggu. Esok baru diorang datang ambik.

Berapi la aku kan.
Takkan lori kau sekali sehari je ambik barang kat KLIA?
Lojik sangat la kan ambik barang sekali sehari?

Aku takleh tunggu sebab package tu -20C punya barang.
Kalau aku tunggu the next day baru nak ambik memang cair la jawabnya ais kat dalam tu.

Customer service tu cakap, kalau nak cepat, aku kena ambik sendiri.
Aku tanya takkan takde apa-apa surat ke aku nak tunjuk kat kastam time nak collect barang nanti? Aku cakap macam Pos Laju dia akan fax surat pemeberitahuan samada aku nak datang sendiri or mintak Pos Laju hantarkan.
Orang FEDEX ni cakap tak perlu apa-apa surat sebab barang aku tak kena tax.

Pelik gak.
Takkan takde surat lansung.
Tapi since CUSTOMER SERVICE yang cakap macam tu, maka kita percaya je la.
Sebab pada aku dia lebih tau service dia.

Menapak la aku pukul 4pm tu ke Kargo Sepang.
Sampai kat kargo, cipet betul officer tak kasik masuk sebab kena ambik pas dulu.
Aku tanya kat mana nak ambik pass.
Nu haaa, patah balik ke Klinik PUSRAWI dekat ngan Maybank tepi jalan tu untuk ambik pas.

Lojik sangat la kan?
Kargo nu kat sana, ambik pass kat hujung sebelah sini.
Bagus gila.
Ni apa jenis punya perancang bandar ni?

Maka aku pusing la balik ambik pass.
Dah naik tingkat 1 nak ambik pass, polis tu mintak surat dari FEDEX.
Ha kannnnnnnnnn?????
Rasa jam tu jugak nak terbakar tudung aku ni.
Surat apa la pulak ni encikkkkkkkkkkkk??

Polis tu cakap mesti ada surat dari FEDEX yang mengatakan barang tu ada di FEDEX Kargo.

Ok kejap.
Kasik saya check dulu the CUSTOMER SERVICE FEDEX yang bijaksana ni.

Aku call balik FEDEX.
Kali ni orang lain pulak angkat.
Aku dah penat nak cakap baik-baik dah. Terus pung pang pung pang.

Orang tu check shipment aku and bagitau 'Ohhh. Barang Puan dah ada kat FEDEX Batu 3 dah ni'

Kimak kan?

Tadi kau kata lori kau sekali sehari je ambik barang.
kau hayak aku ke Sepang kutip barang aku sendiri.
Tau-tau barang aku dah tersadai kat Batu 3.

Aku ni dah nampak macam terbangang-bangang bersiar-siar kat Kargo tak tentu arah.

Aku tanya dia FEDEX Batu 3 tutup pukul berapa?
Konfem aku boleh ambik snediri petang ni jugak?
betul tak payah tunjuk segala tok nenek surat menyurat?
Sekali kang kalau dia tetiba mintak surat, ada jugak aku terbalikkan semua van FEDEX kat situ.

Dia kata "Puan tunjuk airwaybill number saje".

Ok, aku terus pi Batu 3.

Sampai kat sana, FEDEX tak jumpa pulak barang akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Apelah susahnya nak ambik barang niiiiiii.

Aku tak kira.
Aku suruh dia carik jugak sampai dapat sebab customer service dorang yang cakap barang ada kat situ.

Setengah jam jugak carik, baru lah jumpa.
Alhamdulillah.
Selesai satu kes.

Tapi kalau aku jumpa customer service yang pertama tu, memang aku siku-siku kan.

So semalam, pagi-pagi lagi aku kuar gi MOX beli dry ice yang sufficient untuk pack barang tu untuk dihantar ke Trengganu. Dah la beli dry ice sampai 10 kilo.
Ice pack toksah kata la.
Memang besar packaging aku sebab aku nak pastikan barang ni sampai ke Trengganu dalam keadaan sejuk.

Dah pack-pack segala, aku terus call Pos Laju Pickup Hotline.
Aku call masa tu tengahari.
Customer service siap bagi aku pickup number untuk tracking.
Dia cakap pickup paling lambat 6pm.

Ok takpe.

Pukul 5.30pm aku tengok barang aku still belum berambik lagi.
Takpe, aku tunggu sampai kul 6pm.
Kul 6 pm tak sampai, terus aku call Pos Laju.
Memang sorry la nak berangkat kan.

Ok, takpe.
Kau tak nak angkat eh?
Takpeee.
Aku call customer service hotline.

Aku cakap aku tak kira, barang ni kena keluar dari ofis aku hari ni jugak, sebab aku nak pastikan barang ni masuk flight pertama ke Tganu esok pagi. Budak tu kata dia takpasti ada lagi tak posmen nak ambik.

Ok jangan bagi aku carut kat kau okkkk.
Sebab aku tau yang patut dicarut adelah posmen yang tak datang ambik package aku tu.
Tapi kalau aku dah bengang, aku tak kira dah.
Tak pasal je kang kau kenyang makan maki aku petang-petang ni.
Aku suruh dia trace either Pos Laju Glenmarie or Puchong, usahakan sampai dapat posmen ambik barang ni today gak!
Oh plis jangan nak bagi suggestion 'Kenapa cik tak hantar sendiri?'

Aku ada akaun dengan kau ok?
Sebab tu kau yang kena datang sini ambik.
Bukan aku yang pi hadap kau hantar barang.

Pukul 7pm, takde return call dari Pos Laju, let alone nak tengok posmen datang ambik. Fakyu betul la.
Aku start enjin terus zassssssssssss pi Pos Laju Glenmarie.
Aku tau Pos Laju tutup pukul 8pm.
Dalam kepala aku memang dah bersusun-susun buah tangan aku nak bagi kat kaunter Pos Laju ni.

Dah nak sampai ke Glenmarie, terima call dari Pos Laju Puchong cakap diorang terima laporan yang barang aku tak berambik. Dorang nak datang ambik pukul 7.30pm.
Ok, silakan datang.
Aku nak kau rasa pulak camana tensionnya aku.
Aku tunggu kau, kau tak datang kan.
Now, kau pegi la opis aku for nuthing!

Kat Pos Laju Glenmarie, kaunter tu tengok consignment note aku ada nombor akaun.
Dia tanya 'Kenapa hantar sendiri?'

Oh berani kau tanya aku soklan ni eh?

Tapi sebab kat kaunter tu ramai orang, malas la nak create scene kat sini.
Kalau aku diva boleh la jugak nak berdrama.

Pagi tadi, officer dari Pos Laju mana ntah call aku cakap dia terima forward email dari Pos Malaysia Berhad HQ.
Semalam tu aku dah bengang, aku tulis email kat Pos Laju siap cc Jabatan Penjagaan Pelanggan, kat semua agensi pos-pos yang bersangkut paut sampailah kat Kementerian Penerangan dan Komunikasi. Walaupun aku rasa mungkin takde saper kisah, pedulik la, janji aku cc. Cuma aku tak terfikir nak cc kat TV3 je. Kat email tu aku tulis pasal kes yang tak datang ambik semalam, kes yang tak datang ambik 6 bulan lepas, kes barang aku yang dulu hilang tapi Pos Laju bagi gantirugi tak mencukupi, segala-galanya aku ungkit balik.

Ye, memang aku jahat.
Tapi aku rasa kalau tak buat macam ni, orang atasan takkan tau apa orang-orang bawahan ni dah buat. Kadang-kadang pegawai tak tau menahu tebiat staf bawahan dia ni semua.

And now lega, sebab this officer yang call aku tanya pasal kes semalam bagi no henfon dia terus, just in case kalau terjadi apa-apa lagi kes macam semalam, and pejabat pos tak dapat dihubungi, just call henfon dia terus.

Sometimes aku rasa aku ni melampau sangat.
But aku takde choice.
I just do my part.
posted by aveo757 @ 8:39 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER