Tapi bacaan aku macam terbantut bila terdengar something yang lagi best (kott).
Kat lounge tu ada kaunter receptionist, and this receptionist tengah bersembang kat telifon dengan member la kot. Nasib la aku baik hati sikit pagi tadi malas nak record perbuatan kau, tapi dalam pada tak kuasa-tak kuasa tu telinga aku takleh mengelak dari mendengar la kan.
Budak ni pada pemerhatian aku muda lagi.
Dari segi gaya, muka, kulit muka, memang nampak muda. Maybe belum 25 pun.
Sebab cara bercakap pun macam alahaiiiii...no komen.
Tapi tu la kan, nama pun budak.
Kita kena la paham pemikiran dorang macamana.
Walaupun ada jugak budak muda-muda yang bijak tapi this girl...hmmmmmmm..
Budak ni bersembang dengan kawan dia kat phone (phone ofis lak tu. Tau la hunting line banyak tapi aku ni orang luar yang duduk betul-betul depan kau, segan sikit boleh??) pasal rumah.
Wahhhh.
Cakap kemain lebat.
'Memang la skim rumah pertamaku tu sampai RM400K, tapi rumah apa sangat la yang boleh dapat skarang dengan RM400K tu?'
Wahhhhh.
Angan-angan tinggi.
Nak rumah besar.
Bagus.
Angan-angan tu sangat bagus.
Tak salah pun angan-angan tu.
Yang salah adelah KAU NAK DUDUK RUMAH BESAR, RUMAH SELESA TAPI SEMUA NAK DIBANTU.
Tang tu memang salah.
Big mistake.
HUGE!
Dah nama pun skim rumah pertamaku a.k.a. bantuan untuk kau beli rumah sendiri rather than menyewa sepanjang hayat, susah sangat ke nak paham?
Itu adelah bantuan, nama pun bantuan, haruslah dibantu setakat yang mampu.
Kalau kau tak mampu, maka ambik je bantuan tu.
Kalau kau rasa mampu, just beli rumah idaman kau.
Simple.
Ni tak.
Berangan tak nak sikit-sikit.
Tapi tak ukur baju kat badan sendiri.
Kau yang tak mampu beli rumah, pastu kau nak salahkan orang bagi bantuan 'rumah apa sangat'??
Boleh jangan letak otak kat lutut tak?
Come on la dik.
Takde sape nak duduk menyewa sampai mati.
Takde sape nak duduk menyempit-nyempit.
Semorang nak duduk dalam mansion.
Tapi benda yang BEST takkan datang dengan mudah, melainkan kau memang dilahirkan atas duit. Itu lain cerita. Jangan nak bandingkan diri kita dengan orang kaya-raya.
Kalau kau asik membandingkan diri kau dengan orang yang duduk kat kerusi empuk, memang jadik macam ni la. Berangan je la keje kau sampai mati.
Aku agak budak tu entah-entah baru 25.
Umur 25, tapi bercita-cita nak duduk rumah 800K (kot??).
Takpe.
That's good. Kau ada angan-angan. Lebih baik dari takde angan-angan, kan?
Berangan ni boleh bagi kita motivasi.
Tapi kalau berangan nak jadi kaya tapi semuanya nak dibantu, apakebendanyaaaaaaaaa????
Benda ni simple la.
Tanya balik pada diri kau, adekah semorang tak mampu beli rumah?
Atau kau antara yang tak mampu beli rumah?
Jangan disebabkan kau tak dapat beli rumah besar, di persekitaran yang mewah, jadi kau menyalahkan orang lain yang sumpah takde sangkut-paut dengan masalah kau.
Aku pernah nampak orang bersembang pasal rumah kat Twitter.
Rumah skarang mahal, kecik, bla bla bla.
Senyum je aku baca.
Malas nak menyampuk, aku biarkan je la.
Mungkin ada di antaranya yang belum faham dengan situasi dan perlukan masa, sama macam that receptionist.
Tapi yang aku tertanya-tanya tu, bila bercakap pasal kekayaan orang lain pandai pulak keluarkan ayat 'harta dunia tak bawa kita kemana'. Tapi bila tak dapat beli rumah yang selesa untuk sendiri tetiba salahkan orang lain. Boleh pulak macam tu?
Pernah aku menyampuk, tapi ada yang reply 'Kak Di lain, Kak Di gaji besar'.
Ini bukan soal gaji.
Gaji kita bukan untuk bayar rumah semata-mata.
Sometimes gaji sebulan 20K pun belum tentu boleh duduk rumah idaman.
Sebab keinginan manusia ni memang besar.
Dulu teringin nak rumah dua tingkat.
Gaji naik sikit, beli rumah banglo dua tingkat.
Naik lagi gaji beli tanah pulak, buat rumah sendiri.
Kita memang selalu lupa antara keperluan dengan kehendak (mengingatkan diri sendiri jugak).
Letak la gaji kau banyak mana pun, kalau tak berjaga-jaga, sampai ke sudah kau duduk menyewa. Percayalah cakap aku.
Pokok pangkalnya kita kena la ukur baju di badan sendiri. Kalau kau asik ukur baju kat badan orang lain memang payah la. Semua orang nak jadi Sultan Brunei kalau macam tu.
Aku kawen umur 23, En Wan 24.
Kitorang tinggal 3 bulan kat rumah Mak Aji lepas kawen sebab En Wan tak larat nak berulang-alik dari Bangi ke Shah Alam pergi keje. Aku pun tak sampai hati tengok dia keluar pagi-pagi. Duit minyak lagi. Duit tol lagi. Nak makan lagi.
Kalau nak ikut duit gaji memang tak cukup nak menyewa pun.
Tapi kitorang kena decide and sacrifice.
Memang kalau duduk rumah Mak Aji lagi jimat.
Rumah dah tentu tak bayar.
Makan konfem free.
Tapi penat travel hari-hari.
By the time sampai rumah dah 7.30pm, mandi, makan, tido.
Esok bangkit kul 5.30am.
Rutin yang sama dok ulang-ulang.
Takde life.
Jadi kitorang pindah.
Menyewa kat USJ.
Dengan gaji En Wan yang fresh grad, ditambah lagi dengan aku yang sambung blaja time tu, memang sepatutnya harus kunyah biskut meri je.
USJ memang dah lama sedia maklum kawasan mahal.
Tapi kitorang takde choice.
Sebenarnya ada choice untuk duduk tempat lain.
Tapi En Wan nak dekat dengan tempat keje dia. Sebab as an engineer kilang, dia pun ada on-call gak. Kalau tetiba mesin rosak tengah-tengah malam buta, memang dia kena pegi. So dia perlu rumah yang dekat dengan kilang. Kalau boleh duduk depan pintu masuk kilang tu lagi bagus.
Ini rumah pertama aku.
Menyewa RM820 sebulan, selama 3 tahun.
Kat Fairville Apartment, USJ.
Meja makan pertama kitorang, yang dibeli dengan harga hanya RM800 kat Homelife tapi dibayar secara hutang.Bayangkan meja makan RM800 pun aku nak hutang. Punya la semikin-nya!!
Tapi disebabkan En Wan yakin dia boleh settlekan meja makan ni dengan 2 kali bayar, so pejam mata, beli je.
Anggap je la pelaburan.
Hasilnya, meja ni masih ada lagi dalam rumah aku sampai sekarang sebab tahan lagi sampai sekarang walaupun kusyen dia dah belapuk punyalah taknak ganti sarung kusyen lain.
Lepas beli meja ni, aku ada beli satu meja makan lain (3 tahun lepas tu).
Tapi aku dah jual meja makan tu kat sorang reader blog ni jugak, time aku nak pindah rumah dulu sebab aku malas nak angkut banyak barang. But this meja aku tetap takkan jual sebab sentimental value.
Aku ingat lagi masa kitorang pindah masuk apartment yang hanya luas 800sqft ni, hanya pinggan mangkuk, home teater set and katil je ada. Hall memang boleh main galah panjang. Kosong.
Bila meja makan and sofa sampai, punyalah seronok, hari-hari aku lap meja makan ni.
Kalau budak-budak datang rumah, seriau je aku tengok dorang main kat meja ni. Kejap-kejap aku jeling kat meja makan aku. Macam kan kau beli meja tu 8 ribu kan? Padahalllll.
Hall.
Aku rasa hall dengan dining area apartment ni sama saiz dengan bilik aku sekarang.
Tapi aku tak pernah rasa rumah aku ni kecik dulu.
Kejap-kejap aku plan buat makan-makan, padahal rumah kau sofa pun 2-seater je tapi nak bawak masuk 20 pasang bontot.
Jawabnya bersila lah korang.
Dah la kapet pun betul-betul tempat letak coffee table je.
Sape masuk rumah aku mesti duduk atas simen.
Lantak la. Ade aku kisah pantat kau sejuk?
Hahhahaha.
Kesian kan langsir aku?
Kain cotton semeter RM2.10 je kau.
Tu je la sehelai langsir aku yang aku basuh pakai basuh pakai selama 3 tahun menyewa. Nama nak beli langsir lain sorry!
Tu diaaaaaaa dapur aku dulu.
Tak sangka aku jumpa balik gamba ni
Tadi tunjuk kat En Wan gamba ni aku rasa nak nangis.
Tak sangka dulu aku ada dapur macam ni.
OMG nak tulis entry ni pun rasa sebak semacam.
Banyak memori dapur ni kat aku.
Masa mula-mula masuk rumah, kitchen aku cuma ada tong gas dengan dapur yang harga RM49.90 tu je.
Dapur tu pun aku letak kat lantai je.
Macam rumah kongsi pun ada.
Bila dah beli tong gas and dapur, nak masak la pulak.
Sekali takde mancis.
Puas aku pusing-pusingkan dapur tu tapi tak kuar api jugak.
Maklom le, dapur Mak Aji oto, sekali kau beli yang cikai, mau tak mengagau check apesal dapur ni tak kuar api. Cantik muka kau kan?
Beli dapur tak sampai RM50 berangan nak ada api otomatik.
Menangis aku malas pertama tu buat sambal goreng telur sambil mencangkung.
Sedih sangat rasanya.
Aku start life after marriage tak semewah orang lain, tapi masa tu rasa happy sangat sebab aim aku cuma nak duduk dengan En Wan. As long as En Wan ada, aku tak kisah.
Cuma rasa canggung je la.
Kau selama ni duduk rumah besar (takde la besar mana pun, besar dari apartment ni je), tau-tau lepas kawen pindah ke rumah yang jauh lebih kecik. Rasa life lagi teruk dan semakin teruk. Masa tu aku rasa macam apesal aku macam backwards ni?
After 2 years menyewa barulah kitorang cukup duit untuk beli rumah sendiri :
Kitorang pindah rumah ni August 2005, masa tu Redza dah lahir cuma belum cukup setahun umur dia. 4 tahun duduk rumah ni, kitorang pindah pulak ke rumah sekarang.
Semua proses ni berlaku dalam masa yang bukan sekelip mata.
Panjang proses dia.
Walaupun proses tu lambat tapi alhamdulillah sampai jugak.
Sebab tu aku pelik kenapa budak-budak sekarang belum apa-apa lagi nak yang the best.
Tapi tak mampu.
Bila tak mampu, mula salahkan sana-sini.
Padahal option tu ada, cuma kita yang taknak pilih.
Kalau taknak pilih option yang diberi, silakan pilih apa aje option yang korang nak.
Pilihan di tangan korang.
Tapi jangan kecewa bila tak dapat.
Yang aku heran tu, keinginan besar, tapi taknak melalui dugaan.
Tau nak celik mata semua ready.
Mana boleh dik.
Jangan ikut mereka yang bernasib baik dilahirkan atas duit, dan jangan jugak berdengki dengan dorang. Itu bahagian dorang, biar la.
Kau ambik bahagian kau sudah la.
Mintak maaf kalau ada yang terasa hati dengan entry ni.
Entry ni bukan untuk perli or membangga diri. Aku pun banyak lagi benda yang tak tercapai lagi.
Rumah ni pun masih berhutang lagi dengan bank.
Cuma aku just nak luahkan apa yang aku rasa and educate some of you out there yang tak habis-habis nak menyalahkan orang lain.