walk on wings, tread in air: Waspada <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Waspada
2011-09-11
 Mengintai dari tirai kamar.....


Tadi petang ada budak-budak datang beraya.

*sigh yang panjangggggggggggggggggggg*

Honestly aku memang tak suka budak-budak yang tak tau mana datang tau-tau timbul depan gate rumah aku, datang nak beraya. Dari zaman skolah lagi kalau aku nampak ada kanak-kanak berbondong-bondong jalan sambil terjenguk-jenguk kat depan gate tetiap rumah nak check ada ke tak tuan rumah, pastinya aku akan tutup pintu, tingkap, tarik langsir and duduk dendiam.

Ok, aku tau perangai aku tu keji.
Tapi aku tak nampak kenapa aku mesti layan budak-budak ni sebab aku tak kenal kau pun. Apesal time raya baru kau nak datang bersilaturrahim? Apesal? Apesal?

Aku ni pulak jenis yang lagi rela bercakap sorang-sorang dari bercakap dengan orang yang aku tak kenal. Apetah lagi tetiba orang tu attitude memang tak masuk dengan aku, lagi la aku jadi kayu. So nak suruh aku layan kau datang beraya, memang tak la. Aku kenal kau ke? Tak kan? Kau kenal aku? Pun tak kan?

Sebab tu dari kecik sampai ke skarang ni pun aku suka cakap sorang-sorang. Lagi best cakap sorang dari cakap dengan orang yang aku tak kenal.

Sometimes dalam kereta tengah rilek-rilek En Wan bawak kereta, tau-tau aku gelak terbahak-bahak. Mula-mula kawen dulu memang dia konfius, skarang ni aku rasa dia redha dah. Maybe Mak Aji, Pak Aji and adik-adik aku dah bagitau En Wan tebiat aku memang suka cakap sorang-sorang. Aku rasa aku develop penyakit suka bercakap sorang-sorang ni sebab dulu kat rumah takde saper yang aku boleh ajak sembang. Adik-adik aku bangang, mana masuk dengan pemikiran aku.
Nak cakap ngan Pak Aji, errr kitorang tak berani nak sembang-sembang sangat dengan Pak Aji walaupun dia tak garang tapi macam tak best je nak bersembang dengan dia. Maybe sebab dia lelaki.
Nak cakap dengan Mak Aji..oh nooooooooo! Dia pernah bercakap ke? Menjerit ada la. Haha.


Yang pastinya, bab budak-budak ni beraya kat rumah aku petang tadi, aku macam a bit reluctant nak kasik masuk. Tapi nasib baik En Wan ada, dia yang allow budak-budak ni masuk rumah so aku takde hal sangat.

Macam-macam dalam kepala aku tadi.
Dengan kes samun kat mamak yang makin menjadi-jadi sekarang ni, buatkan aku cuak je nak bagi orang masuk rumah. Budak-budak yang datang tadi pun bukannya kecik, dah tingkatan 3!
Kepala aku dah tune entah-entah budak-budak ni nak usha apa ada dalam rumah aku ke apa ke, kot-kot dorang buat survey dulu ke. Padahal rumah aku takde apa yang berharga pun. Aku bukannya bangsa pakai emas. Duit memang takde la aku nak simpan kat rumah. 

Aku tau tak baik ber-prasangka buruk macam ni, lagipun muka budak-budak tu kesian pulak. Time nak balik dia salam aku 'Terima kasih, makcik. Selamat hari raya'.

Makcikkkkkkkkk???

Ok, takpe.
Aku anggap tu simbol berbudi bahasa.

Tapi kesian muka dia.
Sedih pulak bila ingatkan balik.

But still, tak salah kan kalau aku nak berwaspada?

Nak pulak area rumah aku ni dekat dengan kawasan kampung. Budak-budak yang datang tadi memang dari kampung sebelah ni.

Biasa la kan budak-budak kampung selalunya (tak semua ye) hmmm...aku nak explain pun tak tau macamana.

Kawasan rumah aku ni guarded.
But still once in a while terlepas mat-mat rempit lalu-lalang depan rumah. Mar rempit kampung sebelah.
Mat rempit ni pulak jenis takde otak. Depan rumah kitorang pun dia nak merempit. Kalau lah terlanggar budak-budak yang tengah main kat depan ni camana?

Depan rumah aku ni ada park.
Wahhhh, pandai pulak berdating kat tepi tasik ni skarang. Masing-masing balik dari skolah lepak berpasang-pasangan kat pondok-pondok. Kang petang nanti datang balik. Memula grup lelaki sampai dulu dengan moto, tunggu kat pondok. Lagi 10 minit kang, grup perempuan lak sampai dengan moto dorang.

Tempat yang diorang bergesel-gesel tu pulak dekat sangat dengan playground, agak-agak la kan. Budak-budak kecik main kat situ. Kau pegi la main tempat lain. Now dah jarang parents bawak anak-anak pi park ni sebab meluat tengok couple-couple tak diundang.

Ada satu kali tu budak-budak kampung sebelah ni satu grup datang merempit depan area rumah aku. Waktu tu petang, weekend. Kebetulan ramai jugak parents yang ada kat depan rumah, ada yang sembang-sembang, ada yang main badminton ngan anak-anak.
Dorang merempit siap cilok-cilok nak elakkan dari budak-budak yang ada kat tengah jalan.
Kebetulan aku takde kat rumah, masa tu Pak Aji ngan Mak Aji ada.
Pak Aji cakap ada 2-3 orang parents berlari keluar rumah menjerit kat group rempit tu.
Tak sampai setengah jam, grup rempit ni datang balik but this time dia tak merempit but mundar-mandir depan rumah parents yang marah dorang tadi sambil rem-rem. Berasap-asap depan rumah. Kira macam bagi warning jangan carik pasal dengan dorang la.

So now, salah tak kalau aku ada pandangan serong kat budak-budak yang datang rumah aku tadi?

Tapi at the same time aku cuba yakinkan diri aku jugak yang dorang tu just nak datang beraya, maybe nak carik duit raya.

But still aku sampai skarang aku tak faham, kenapa budak-budak ni berani pegi ketuk rumah orang yang kau tak kenal pastu selamba dek 'Kami nak raya'. Toksah kata budak-budak tadi la, budak-budak zaman aku skolah dulu pun sama. Ape la yang korang pikir masa bagi salam kat depan rumah orang?

Aku tau la korang datang sebab nak duit raya, bukan nak makan kuih raya.
Tapi aku tak paham, tak paham, tak paham, mana datangnya ketebalan kulit muka nak beraya rumah orang yang makbapak kau sendiri tak kenal.

Bila kita tanya 'Ye, nak carik sape?'

'La, kita nak raya la!'

Ehhh cibainya jawapan.
Aku on alarm kang.

Dari zaman skolah sampai skarang aku memang susah nak keluar beraya.
Everytime aku nak beraya kepala aku mesti fikir 'entah-entah tuan rumah nak berehat'. Atas sebab itu, aku hanya pergi beraya kalau dijemput. Nama aku nak gi ketuk rumah orang tanpa orang tu ajak, memang tak la. Sometimes bila orang tu jemput pun aku liat nak pergi. Sebab aku tak suka pergi tempat ramai orang. En Wan kata aku pelik. Aku involve dalam sales and marketing tapi aku tak suka jumpa orang.

Kalau jumpa orang atas sebab ada urusan tu lain cerita.
Tapi kalau jumpa just nak bersembang, bagi aku dalam phone pun aku leh sembang.
Blogging, facebooking and tweet tu kira sembang gak la kan. Aci tak?
posted by aveo757 @ 12:10 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER