2011-09-06

Akibat kopi, nasik lemak turun harga

Reader bernama Hanis Mayamin bagi aku link to this article (thank you) :



LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka. Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

“Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada,” kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

“Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
“Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.”

Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.
Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. -Agensi-

Kalau ini option yang ada, memang takkan mengecut la tetek aku sampai bila-bila sebab aku memang tak minum kopi. Bau kopi pun tak boleh. But then again, kenapa la aku nak kecikkan tetek ni? Besar sangat ke tetek kau nye punnnnnnnn, adoyaiiiii.

Tapi ada jugak sumber mengatakan yang coffee can cure Alzheimer's Disease (penyakit pelupa) sebab kandungan kafein yang tinggi.

Kalau kau kejap-kejap lupa like nak keluar rumah terlupa bawak purse, terlupa bawak henfon, terlupa tutup TV, tu semua tanda-tanda awal Alzheimer's tau. Tapi kalau terlupa flush jamban, ok yang ni bukan petanda Alzheimer's. Ini petanda nak kena belasah.

But don't worry, takat lupa tutup tv, tutup pintu tu semua tanda-tanda awal yang ringan je. But still petanda tu. Kena ambik berat.

So now mari kita pilih.


Adekah kita mahukan tetek kecik tetapi waras?

OR

Mahukan tetek besar tapi asik la terlupa pakai bra?

Mari kita lihat how big is our potential untuk jadi pilihan yang kedua tu :

Antara pesakit yang berisiko mendapat penyakit Alzheimer ialah :

Pesakit yang mempunyai penyakit hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
Ok, belum 40 lagi. Taknak pikir.

Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis
Alhamdulillah, belum ada lagi penyakit ni.

Orang yang kurang melakukan senaman
Adekah senggama suatu bentuk senaman?

Paras kolesterol dalam badan yang tinggi
Baru check 2 minggu lepas, kolestrol level ok.

Faktor keturunan
DANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!

Ok yang ni memang ada.

Nenek aku skarang memang ada penyakit pelupa, tapi takde la sampai ke tahap mencangkung berak tengah jalan, lari bogel berganti-ganti keliling kampung semua tu. Takat lupa-lupa gitu je la. Asal jarang tengok anak aku lebih dari 2 minggu je nanti dia tanya 'Anak sape ni?'.

Aku pernah nampak satu nenek ni selamba je pakai kain batik, jalan berkaki ayam tapi sebelah tangan pegang selipar, rilekkkk je jalan kat tengah-tengah dunia dengan tetek terkibai-kibai ke tepi ke tengah. Kesian okkk. Dan juga menakutkan.

Ok, boleh slowly blaja minum kopi mulai skarang.