2011-09-14

Adik 2



Nama saya Wan Muhammad Rayyan Akmal.
Semorang panggil saya Adik.
Kadang-kadang diorang panggil saya budak ucuk.
Tak boleh panggil budak masam sebab itu abang saya.

Saya dah 8 bulan tapi tak boleh jalan lagi.
Saya tau meniarap je.
Merangkak pun taknak. Malas.
Tapi saya terer mengengsot.
Tau-tau je dah sampai dapur.

Walaupun saya tak boleh merangkak dan berjalan, tapi gigi saya dah 4 batang.
Sebenarnya gigi lagi 2 batang kat belah atas dah tumbuh sejak Jumaat lepas tapi mak saya baru sedar tadi.
Jadi tadi dia dah sumbatkan kat mulut saya roti jala, nasi goreng ikan masin, keropok lekor, ketupat palas, eskrim mat cool dan air soya sebagai menyambut kedatangan gigi baru saya.

Esok dia janji nak ajar saya makan tutti fruiti.

I love my mother.

Yang benar,
Adik