2011-09-19

Open House 2011


Jumaat lepas aku buat makan-makan sikit.
Mintak maaf pada yang tak dijemput, jangan terasa hati. Insyaallah ada rezeki, birthday Rayyan sok, aku buat lagi.

Tak dapek aku nak menjemput semorang. Bak kata Bujum Pak Belalang 'Jangan ramei-ramei, nanti roboh rumah hamba'. Kali ni aku tak sewa khemah lansung. Just kerusi meja je. Itupun tak banyak sebab kali ni aku cuma jemput 100 orang. So En Wan kata kali ni dia nak suasana santai, boleh borak-borak dengan tetamu. Jadi, tahun ni kitorang pilih untuk buat malam. Sejuk sikit. Memang sejuk pun malam tu. Aku lansung tak pasang aircond sebab hujan.

Suasana dalam rumah masih tenang.

Aku jemput tetamu ikut masa.

6pm, untuk kawan-kawan En Wan yang shift malam, jiran and relatives.
Alasannya sebab, kawan-kawan En Wan masuk keje kul 7pm, so kasik dorang dinner dulu.
Jiran datang sebelum maghrib takpe, rumah dorang dekat kalau nak balik solat.
Relatives boleh solat kat rumah aku je terus, lagi takde hal.

After maghrib, jemputan untuk kawan-kawan.
Sebab boleh sembang lama sikit.
Lagipun aku buat BBQ, so macam best sikit buat BBQ malam-malam (sebab bukan kau yang bakar of cos la best, yang tukang bakar tu azab makan asap).


Kul 5pm start bakar ayam, sosej and jagung.
Yang lain-lain like nasi minyak, lasagna and makanan lain semua dah siapkan awal-awal lagi.

Actually kitorang memang dah plan sejak malam raya lagi untuk tak buat open house this year. Tapi memandangkan rumah aku mana ada kuih raya selain cookies yang aku jual, jadi sebelum orang serang rumah aku dan aku tersipu-sipu kemaluan tak tau nak hidang apa, lebih baik aku buat open house je.

Punyalah payah nak sewa kerusi meja sebab semua buat pakej sekali dengan khemah.
Aku malas la nak berkhemah segala kalau setakat 100 orang kan.
Last minit, baru dapat kerusi meja. Tu pun untuk 40 orang makan je.
Jadik laa....rumah kau pun bukannya besar sangat nak letak meja sampai 40 bijik.






Menu :

Nasi minyak with gulai daging and acar timun
Lasagna with bun
Ketupat palas with serunding daging
BBQ sosej, ayam and jagung
Kek pisang
Dodol
Sumi jelly

Spageti standby je kat dapur.
En Wan suruh masak je.
Eh tak kuasa aku. Dah banyak dah tu. Meja kau kalau besar takpe.
Aku cakap kalau tiga-tiga tray lasagna dah habis, baru aku start masak spageti.

Tapi aku tak masak jugak spageti tu even lasagna dah habis sebab aku malas. Nak borak ngan member. Hehe.

Yang kelakar tu kan, lasagna aku clear tiga tray, tapi bun 30 bijik tak luak pun.
Rupanya En Wan cakap ramai yang tak tau lasagna tu patutnya couplekan dengan bun untuk mendapat kesedapan tahap klimaks, ada yang makan lasagna dengan nasik minyak. Boleh?

Boleh je la... blasah!
Janji lasagna mak aku tu laku.

Alhamdulillah, ramai pulak yang nak meng-order lasagna Mak Aji.
Kalau nak order, sila direct sms/call Mak Aji ye - 019-2244646.

Yang baju hitam tu tokei ayam and sosej.
Dari kat Tganu lagi dia incharge part membakar ayam.


Yang ni tokei jagung.
Import dari Algeria...jauh okkk.


Ni je la pun kuih raya aku.

Bekas pun ada 6 je.
Nak mengisikan 5 bekas ni pun puas aku geledah lemari carik apa ada. Hahahah. Sadis kan?
Satu balang isi kuih tart yang dirembat dari rumah mak mertua aku. Rembat mak mertua punya ok?
Dah la balik raya aku tak bawakkan orang tua tu kuih, lagi aku belasah kuih raya dia bawak balik rumah aku. Boleh?

Satu balang lagi of cos la cookies aku jual kan.
Takkan sendiri jual, sendiri tak hidang.
Yang lagi 3 balang tu aku beli muruku, kacang botak and kacang parang kat Giant.
Tu pun malam open house, pagi aku gi beli.

Settle.

Lagi satu balang aku simpan dalam lemari sebab tak tau nak isi apa dah.
Nak je aku isi asam jawa.
Pastu bubuk gula dalam tupperware letak kat tepi.
Sape nak makan, ambik asam jawa golek-golekkan dalam gula, telan.
Pehhhhhhhh! Nikmat.

Tapi maca kedana sangat la pulak kan hidang asam jawa.
Bekas kuih kristal kemain. Isi? Hampas.

Mak Aji membebel-bebel rumah aku takde kuih.
La, rilek laaa.
Kata Jawa. Orang Jawa mana jamu tetamu dengan kuih.
Mesti makan nasik okkk.
Agak-agak ada orang mengejut bagi salam, aku gorengkan nasi je sudah.


Masa ni petang, mostly relatives and kawan-kawan opis En Wan dah start datang.



Dah senja, En Wan start pasang candle kat meja.
Konon nak feeling-feeling santai la, makan dalam suasana suram-suram, ada lilin sebatang kat tengah-tengah, angin sepoi-sepoi...sekali hujan!

Tapi alhamdulillah, hujan takde angin kuat or kilat guruh segala.
Just hujan renyai-renyai.
Sejuk je rasa.
Jimat letik aku takyah pasang aircond.

Disebabkan hujan, maka kita tukar ke Plan B - angkut meja makanan and BBQ ke dalam rumah.
Memang aku dah siap-siap bukak this area just in case hujan, so terus boleh start BBQ kat sini.


Khidmat tukang bakar diteruskan...


Nasib baik Rayyan ni jenis tak kisah sape pun angkat dia ke sana ke mari, so aku boleh layan tetamu dengan tenang. 


Jemah (viruspadu) and Syana (anna banana Premium Beautiful).

Jemah baru balik dari kelas Maybelline, so solekan dia pehhhhhhh, artis ok! Masa buka puasa kat De Palma hari tu aku tak perasan si Jemah ni tinggi. Hari tu aku tengok dia tinggi gila!

Syana, lepas ni akak akan berfikir tigaplohempat kali before ambik gamba dengan kau.
Dia ni dah la tinggi (sampai kena duduk nak bergamba dengan aku. Apesal semorang tinggi ni???) pastu kurusssssssssssssss, jadi bila aku bergamba dengan dia maka marilah dipertontonkan kepada anda semua Mak Dugong kat sebelah.

L - R : Rozie, Cheq (tokei handbag), Aisyah, Hele, aku.

Ni je la pun kawan-kawan yang rapat ngan aku kat UNIMAS.
Partner in crime aku, Apeng tak dapat datang. Jauh nun kat Perak. Sedih pulak Apeng takde.


Pompuan ni, ye ye je mesej aku.
"Ok, lepas maghrib aku datang!"

Ye sangat lepas maghrib.
Lauk aku dah nak habis baru dia muncul.

Dia ni aku takyah layan lebih-lebih.
Nak lagi kalau kau hadapkan makanan, mesti dia boleh bawak diri punya.



Ni kalau snap tinggi-tinggi ni memang takde orang lain la, konfem laki si Filla la ni - Pak Radie.

Aku tengok Pak Radie ngan Laloque (laki Jemah) cukup rajin snap gamba wife masing-masing. Macam dah tau-tau je wife blogger, so kau kena sentiasa bersedia dengan kamera dan snap bila perlu.

Laki aku????

Harammmmmmmmm.
Nak kena suruh baru dia nak snap.
Bila nak snap kau kena suruh pulak dia kira dulu baru snap. Kalau tak, memang takde la. Dia ambik kamera tu, kira "Satu......".

SNAP!

Dah.


Kau ready ke, tak ready ke, kau punya pasal.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aku and Filla after 5 weeks guna Olay.

Tetiba je kan, nak promote Olay.