2011-09-29

Blaja la nak, dah kau yang nak sangat blaja. Kau hangat-hangat siap!


Aku dah selamat enroll-kan Redza kat Art School.
Kat Da Vincci Art Acedemy Centre.

Da Vincci ni kira beginner school before kau enter The One Academy. Macam sister company lebih kurang.
En Wan yang carikkan skolah ni, nak harap aku, memang tak kuasa.
Since En Wan kata Redza ni macam terlampau minat sangat dengan art, so why not masukkan aje.
So last Saturday, class pertama dia dah start.




Macam biasa la anak aku ni, kalau hantar mana-mana je, mula-mula sekali mesti merempan. Padahal sejak bapak dia cakap nak masukkan kat skolah art, tiap-tiap hari tanya bila nak gi skolah, bila nak gi skolah. Dah aku hantarkan kau kat sini, kau menyorok-menyorok kat blakang tarik-tarik seluar jeans aku. Seb baik perut aku tak berapa nak flat, seluar tu tersangkut. Kalau flat, dah selamat budak-budak kecik tu semua lukis gamba pornstar.

Tapi kejap je Redza ni buat perangai.
Biasa la kan budak-budak baru nak merasa pelempang.
Pujuk lebih kurang, pastu jalan.
Jangan toleh ke belakang lagi.
Biar dia nak melalak ke apa ke, kau jalannnnnnnn je terus. (ni tektik Mak Aji masa hantar aku kat skolah asrama. Aku nak ikut dia balik siap ugut nak bunuh diri pun dia wat dekkk je)

Kat sini ada 4 class untuk 4 level yang berbeza.

Ada untuk age 3-5, yang ni begninner class.
Redza dalam junior class, khas untuk age 6-9.
Pastu ada intermediate, then apa ntah, tapi sampai kau habis skolah.
Lepas SPM agak-agak nak teruskan blaja art, boleh apply masuk The One Academy tu.
Kira kalau kau start dari Da Vincci Academy ni, so kau punya syarat nak masuk The One Academy tu lagi senang sebab kau memang ada history and didikan basic kolej ni.

Tu pun kalau anak aku terer melukis and minat melukis berterusan la.
Kalau agak-agak hangit-hangit je, aku suruh dia aplikasikan minat melukis dia tu kat rumah je.
Cat gate.
Cat pagar.
Cat dinding.

Jadik la...

Kalau tengok hasil seni budak-budak kecik ni, memang rasa kagum.
Betul la kata orang, manusia yang ada darah seni ni, dia punya kreatif memang lain macam sikit.


Harap-harap esok Redza pandai buatkan robot dari bahan buangan. Jimat duit aku takyah beli robot untuk Rayyan.




Kek tu macam lazat kan??


Budak-budak kat sini ada baju skolah dia.
Siap ada apron. Aku sendiri tak penah ada apron. Main kesat-kesat kat baju je. Kahhhhhhhhhh!

(mati la kembang tekak customer yang beli cookies aku. Hahahah)

Kat sini dia ajar budak terus guna poster color.
Dah tak main crayon-crayon.

Aku dulu merasa nak pakai poster color pun masa sekolah menengah.
Tu pun cap ayam.
Nak merasa poster color BUNCHO tu tak dapattttttt.
Sampai skarang aku tak dapat pakai BUNCHO :(.


Cikgu dia tunjukkan kat aku lesson every week.
Cute kan?
Buku syllabus dia pun semua lukisan je.

Untuk kelas yang pertama, tajuk dia BEBAS (aku cukup suka kalau dapat tajuk ni dulu. Nak-nak lagi kalau time karangan. Memang manjang je karangan aku kena slass sebab lebih dari 360 patah perkataan).

Tajuk BEBAS tu supaya cikgu boleh tengok style dia melukis, mewarna and level mana budak tu now so that senang cikgu nak ajar kendian-kendian.

Alhamdulillah, cikgu dia kata Redza memang ada basic melukis.
Cuma teknik mewarna dia kurang.
Selama ni pun kat rumah memang dia melukis je, tak pernah kaler.
Tapi kaler pensil tetap sebulan kena beli 4 kali.
Aku tak tau time bila dia pakai kaler.
Makan ke apa?


Aku sempat snap kegedikkan anak aku dalam kelas.

Hooooo...
Pandai kau kan.
Kat luar tadi kemain lagi kau menghentak-hentak menyembah bumi.
Aku tinggalkan kau kejap je, dah jadi otai kat dalam kelas.
Drama gila.
Sebijik bapak kau.



Masa ni semua budak dah habis, cikgu peruntukkan extra time untuk Redza sebab dia baru masuk first class.

Rasa cute je aku tengok gamba ni.
Mengingatkan aku drama-drama Jepun.
Tak tau apesal.

*Tetiba je nak Jepun pulak. Padahal kaler anak kau terang-terang tamil nesan*

Kat sini ramai chinese, cuma aku and sorang couple melayu tu je yang hantar anak dia. Maybe ramai yang unaware pasal school ni kot.

Tapi perasan tak, chinese memang sangat concern dengan kemahiran.
Kawan aku kat company lama dulu, apa aje kelas yang dia tak hantar kat anak dia.

Pagi sah-sah semua anak gi skolah.
Petang kang kelas violin.
Hujung minggu karate.
Kadang-kadang kelas bahasa.
Ada time tennis la pulak.

Aku tanya dia 'Anak you tak penat ke? Tak tuition?'

Dia jawab 'Buat apa nak tuition. Apa yang dia blaja dulu I pun penah blaja. I boleh tunjuk ajar di rumah'.

DANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!
Setepekkkkk kat muka aku.

Sebab tu korang tengok chinese je yang berebut-rebut nak hantar anak gi skolah berbentuk kemahiran. Orang kita lebih fokuskan anak pada akademik. Sedangkan proses kehidupan tu lebih dari sekadar akademik saje. *just my 2 sen setengah*

Kawan aku yang chinese tu cakap, dia hantar anak dia ke sekolah yang dia tak boleh nak ajar. Selain dari tu apa yang anak dia blaja tu pastikan berbentuk kemahiran supaya sekiranya dia takde luck dalam akademik, setidak-tidaknya anak dia esok boleh carik keje dengan kemahiran dia tu. Like blaja piano, violin.

Dia kata, dia dulu blaja piano. Sejak umur 12 tahun lagi, every cuti skolah dia akan cari duit, pergi mengajar kelas piano kat rumah orang.

12 tahun dah carik duit sendiri secara profesional.

Aku???

Main getah.

Good!