walk on wings, tread in air: Yun Nam Hair Care <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Yun Nam Hair Care
2011-05-09



Sabtu lepas aku gi Yun Nam Hair Care.

Citer dia cenggini...

Lepas bersalin Rayyan, rambut aku gugur teruk tahap #^%fuck$%#%&pantek^&*%.
Lepas bersalin Redza dulu takde pulak gugur (or maybe aku tak perasan).
But since Rayyan ni, memang gerun aku tengok rambut sendiri.
Dia punya tahap gugur tu, ko tak payah tunggu sikat rambut, guna jari pun bolehhhh.
Sekali sauk rambut, ha kauuu. Segulung!

Kalau dalam shower tu memang rambut aku je penuh.
Dulu En Wan ingat aku hari-hari shave bulu.
Gila apa aku nak cukur bulu hari-hari. Kot ye pun nak menjaga selera suami, takde la keje aku nak menarah celah kelengkang aku hari-hari.

Sampai aku takut nak basuh rambut.
Rambut aku panjang, dengan cuaca panas kat Malaysia ni rambut memang kena basuh hari-hari. Kalau tak, takde beza bau rambut dengan bau pantat.
Tapiiiiiiiiii disebabkan rambut aku sangatlah senang gugur, aku cuci rambut seminggu sekali je.

Kau tak tengok aku punya rambut kalau gugur camne.
Nak lagi kalau tenga mandi.
Ko selak sikit je ada la 3-4 helai sekali jatuh.
Tu cara-cara ko selak. Belum lagi ko keruk kepala tu.

Aku ada tanya Fillanie pasal rambut sebab dia pun ada anak kecik.
Dia cakap 'Aku pun dulu botak gak kat tepi. Ko kena tunggu anak ko at least 7-8 bulan baru dia ok balik'.

Ye sangattttttttttttt aku nak tunggu anak aku 7-8 bulan.
Anak aku baru je cecah 6 bulan.
Kot ye dia benti gugur time Rayyan 7 bulan.
Kalau dia benti time Rayyan umur 10 bulan?
Selamat kepala aku botak separuh.

Orang tua-tua kata kalau anak tenga pandai main air liur lagi galak rambut ko gugur.
Masalahnya memang si Rayyan tengah sedap menyembur air liur la ni.
Tu pasal asal aku cium dia je masam ya ampun!

Aku memang takde buat treatment apa-apa semenjak tau rambut dah nak botak.
Yang aku buat cuma membebel maki kepala sendiri je la.
Takde tindakan susulan pun.
Until last 2 weeks, En Wan letak paper cuttings pasal Yun Nam buat promotion.
Aku macam 'Laa, takkan aku nak masuk Yun Nam kotttt??? Ni set-set Haji Ishak boleh la'.

Dah nak botak pun kerek lagi.

Last-last Sabtu lepas aku pegi. Dia bagi FOC treatment tapi siang-siang bagitau treatment 2 jam.
Takde hal la.
Aku memang takde plan ke mana pun.

Masuk-masuk je dia mintak I/C dulu.
Pastu dia tanya 'Cik keje apa?'

Apa kaitan?

Mula-mula dia scan rambut aku.
Dia scan belah belakang. Belah belakang rambut aku memang lebat. Dengan komputer tu tunjuk liang rambut aku ada 3-4 helai rambut sekali tumbuh dalam satu liang. Maknanya normal.

Bila dia scan belah atas (memang ni la kawasan yang agak 'lapang'), liang rambut aku cuma ada satu helai je tumbuh.

Dia explain, maknanya liang rambut belah atas tak ni tak sihat.
Memang ada macam benda berkerak-kerak kat liang-liang tu (yang ni memang kau hanya boleh nampak guna scanner dia je. Takat ngan mata sendiri takleh nampak). Yang ni bukan dandruff, tapi lebihan minyak dari dalam liang (katanya laaaa).

Dia cakap dalam liang tu ada kilang minyak. Tapi kilang minyak aku ni terlebih produktif so minyak yang terhasil banyak dari kuantiti yang diperlukan, jadi lebihan tu melimpah keluar dari liang ke kulit kepala. Bila minyak yang kat kulit kepala tu bertindakbalas dengan oksigen, dia akan jadi keras. Bila keras, dia menutup liang rambut. Bila liang rambut tertutup, oksigen takleh masuk ke dalam liang, jadi proses hasilkan rambut baru terbantut.

Rambut lama akan hidup 5-6 bulan. Lepas tu mati. Rambut baru akan tumbuh.
Tapi kalau pertumbuhan terencat, rambut memang takkan terhasil la kan.
So bila rambut 1, rambut 2 and rambut 3 (satu liang ada 3-4 rambut) mati, rambut baru lak takdak, liang tu akan tertutup terus. Bila liang tertutup terus memang takde harapan la kawasan tu nak tumbuh rambut lagi. Buat la apa treatment pun dia takkan tumbuh. Nak rambut kalu, pakai wig.

So aku tanya abis macam kes aku ni memang konfem takkan tumbuh dah la?

Dia kata masih ada harapan sebab dia cakap liang aku at least ada rambut lagi cuma sehelai. So aim dia cuma nak suburkan liang so that 2-3 rambut boleh tumbuh. Baru la nampak lebat.

Sooooooooooooo, kekdahnya adelah pakai herba ginseng paling mahal!

Of cos la produk lain tak bagus, produk dia je marvelles.

Tapi takpe, kita cuba dulu.

Mula-mula dia basu rambut pastu sapu herba apa ntah, hijau-hijau berlendir.
Dia kepamkan herba tu kat rambut aku dalam sejam.
Pastu basuh.
Pastu spray-spray dengan apa benda ntah tapi ada 2 botol.
Pastu dia urut kepala aku.

Tang urut ni memang cibai gila.
Kuku dah la panjang, pastu buat kepala aku macam kepala butoh bapak dia. Dia ramas sakit nam mamposssssssssssssssss! Alasan dia buat kuat-kuat sebab nak stimulate blood circulation.

Kepala lutut kauuuuu.

Masa dia lunyai-lunyaikan kepala aku tu aku terpandangkan pakcik India kat hujung sana tu tengah buat treatment gak. Kepala dia atas memang dah licin, tinggal tepi-tepi je ada rambut. Aku tanya sales tu, 'So that uncle kepala dah botak. Maknanya liang rambut dah tutup terus. So why dia datang?'

Sales tu cakap 'Ohh, itu cuma menten saje.'

Lojik tak kau datang spend ribu-ribu just nak bagi menten.
Menten apa?
Menten botak?

Dah la cakap slow-slow.
Ni mesti kat pakcik tu dia cakap lain, kat aku dia cakap lain.

Lepas habis beberapa session membasuh rambut, dia awak aku masuk balik discussion room untuk scan.

Scalp ada perubahan.
Those kerak-kerak minyak tu dah kurang.
Ok la.

Ok now sampailah ke masa yang kita dia nanti-nantikan.

6 bulan treatment inclusive of :

10 x cleansing
20 x treatment (guna bendalah hijau tu)
Hair care products (tahan sebulan)
Supplement sebotol (boleh tahan sebulan)

adelah sama dengan = RM7800.00.

Ok mari kita terkencet beramai-ramai.


Masa aku melangkah masuk ke Yun Nam aku bajet kalau service dia RM3K, aku ambik.
Ini RM7800.00?????!!!!

Baik aku guna duit tu gi beli wig.
Dapat gak macam-macam pesen.

Bila aku cakap ada guarantee tak?
Dia kata actually rambut aku 3 bulan dah boleh nampak hasil.
Tapi kalau nak betul-betul nampak rambut yang lebat, dia suggest ambik treatment 6 bulan.

Hoi bangang.
Of course la kalau 6 bulan rambut lagi banyak tumbuh dari 3 bulan. Bukan disebabkan treatment kau!

Aku cakap 6 bulan lama sangat, kalau dia kata rambut aku takat 3 bulan dah boleh nampak hasil, why must I go for 6 months kan?

Dia re-calculate, ok 10 x cleansing, 10 x treatment, and produk-produk lain = RM4700.00.

Ok bab tu selesai.

Yang bab misc ni pulak.

Supplement hanya untuk sebulan.
Habis kalau nak ke enam bulan tu aku kena beli lagi 5 botol.
Hair care yang dalam pakej cuma bertahan sebulan, kalau 5 bulan?
Pulak tu dia kata lepas aku dah cuci rambut ni, aku tak boleh pakai shampoo lain dah sebab shampoo lain banyak sangat chemical. Kena pakai Yun Nam pun hair care set je onwards.

Macam pernah dengar tak statement tu?

Typical MLM punya line kan?

Masa ni aku dah pikir line aku pulak nak reject the offer.
Aku memang pantang la orang yang balik-balik produk dia je ok, orang lain punya LANSUNG tak ok. Kalau dia consider produk orang lain ok but theirs is better takpe gak. Ini terus JANGAN PAKAI. TAK BOLEH PAKAI.

Macam terdesak sangat nak jual barang.

Dah la dia cakap, kalau dalam masa 6 bulan takde perubahan, baru kita akan buat treatment yang guna essense which is lagi mahal.

Cara-cara "tak mahal" pun RM7K, kalau mahal?
17K ada?
Baik aku gi plant hair terus.

Aku cakap aku kena balik discuss dengan laki aku dulu.
Dia reply 'You call husband you now, I tunggu luar'.

Ok masa ni aku dah konfem. Ni memang MLM punya suku-sakat.

Bila aku cakap laki aku suruh balik berbincang, and kebetulan kad kredit and cek book tak bawak, dia cakap 'Kedai kita menerima ATM juga'.

Aku reply, 'ATM I tak banyak la. Ada berapa ratus je'.

Dia tanya 'Ok, berapa ratus u ada?'

Gila kan?
Orang kalau betul-betul kedai salon/hair treatment takde de mintak bayaran asal boleh. Selalunya dah fix, 20% upfront ke, apa ke. Ni tak. Suka-sukati berapa kau ada, kau letak.

Menyirap je aku pandang muka sales ni.
Last-last aku cakap aku memang kena balik berbincang, 'U tahan I kat sini lama-lama pun tak guna. I kena balik jugak'.

Balik rumah aku terus google pasal feedback customer Yun Nam.
Memang nisbah negative feedbacks 50:1.

Antaranya korang leh baca sini and sini

Blog ni memang blog untuk bincangkan pasal hair loss. Memang yang guna Yun Nam semua takde hasil.

Kebetulan oulak jiran sepelaung Mak Aji baru je dapat re-fund duit dia from Yun Nam. Tu pun masuk court. Laki bini guna Yun Nam nak kat setahun (imagine how much they've spent) tapi takde hasil.

Cilaka gila la Yun Nam.
Testimonial advert tu camne eh. Korang rasa fake ke???

ADa tak dokter-dokter baca blog aku ni?

Boleh bagi suggestion tak masalah rambut gugur aku ni.
Patut ke aku wat dek and tunggu lagi 2-3 bulan and dia akan back to normal?
Or kalau nak jumpa dokter pasal rambut, nak gi jumpa dokter pakar apa? Pakar kulit ke?

HELP!!!!!!!!!!!!!!
posted by aveo757 @ 7:58 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER