2011-05-20

Mesej



Hamlau betul korang kan.
Beramai-ramai suruh aku buat entry pasal PB.
Ye..ye..akan aku buat.
Tapi aku nak meroyan pasal hal lain dulu.

Ada anonymous komen kat entry beg aku something like this "Beg you tu original ke? Kenapa murah? Dia dapat kat mana tu sebab murah la".

Ok, entry kali ni secara tak lansung aku nak mendidik anony-anony yang lembab tak reti nak decipher simple mesej like this.

Kang tak pasal jadi macam kes entry tudung tu.
Entry aku simple je, nak tanya apa bezanya satu statement yang sama dikeluarkan oleh 2 individu berbeza?
Tu je.

Ni ntah mana punya meraban siap bagi komen "kau tak pakai tudung", "kau kebal akhirat", "laki kau masuk neraka". Apekajadah laaaaaa.

Serupa la kalau mak kau tanya "Eh, ni mana kau pergi dah pukul 2 pagi baru balik?"

Kau jawab "Kawan ajak keluar".

Menjawab soklan tak?

Memang nampak macam menjawab sebab mak kau boleh pikir yang kau balik lambat sebab keluar jumpa kawan.

Tapi apesal kau pilih untuk jawab macam tu?
Apesal kau tak jawab "Saya keluar jumpa kawan".
Instead kau twist "Kawan ajak keluar".

Awat?

Sebab kau tak nak share the kesalahan!
Kau nak biar mak kau nampak salah tu pada kawan kau.
Bukan pada kau.

Ok, I rest my case.
Sukatilah nak cakap apa.

Blog aku ni pantang tulis yang heavy sikit.
Ada je la yang bagi pendapat bodoh terlajak.
Tu belum cara-cara aku buat entry ala-ala Aidid Muaddib lagi. Eh, sensitif.

Ok, berbalik pada entry asal.
Terbabas-babas pulak.

Untuk entry ni, meh aku bagitau cara nak memahamkan teks eh?

Anony tu bagi komen : "Beg you tu original ke? Kenapa murah? Dia dapat kat mana tu sebab murah la".

Maksud tersurat :
Dia nak tau if beg aku ori ke ciplak.
Dia nak tau kat mana boleh dapat supplier beg Coach murah tetapi ori macam ni.

Maksud tersirat : (pikir sendiri)


First of all, mana dia tau beg yang aku beli tu murah?
Aku ada cerita ke berapa harga beg tu semua?
Takde kan?
So, mana dia tau harga aku beli tu?

Of cos la dia tanya Cheq.
Hanya Cheq je yang tau harga beg tu sebab Cheq yang quotekan the price.

So, logicallyyyyyyyyyyyyyyyyyyy, kalau kau tanya Cheq about the harga, then apakejadah kau tanya aku "Beg you ori ke tak? Mana dia dapat beg murah macam tu? I just nak tau of the bags authentic ke tak."

Motif?

Sah-sah kau susah payah gi tanya Cheq berapa harga beg-beg aku, apesal kau tak tanya sekali kat mana dia beli beg MURAH macam tu. Or if beg tu ori or not? Kenapa nak kena tanya aku pulak. Aku lagi la tak ambik tau kat mana Cheq beli.

Got the mesej?
Dah boleh pikir apa maksud tersirat?


Ok la, aku bersangka baik la.

Konon-konon kau tak tau menahu pasal beg ni.
Kau betul-betul nak tanya if beg tu ori ke tak.
Kalau tanya aku of cos aku cakap ori sebab aku memang mintak yang ori.

Kalau kau tanya "Kat mana you beli beg tu?"
Aku akan jawab "I beli kat Cheq"

Kalau kau tanya "Mana dia dapat beg-beg tu"
Aku akan jawab "Dia ada kawan kat USA yang carikkan the bags".

Tapi kau TERsilap karang ayat.

Kau TERtanya "Kat mana dia dapat beg Coach murah".

Tak ke pelik bila kau tanya soklan tu kat pembeli?



Contoh kalau kawan tanya aku :

Kawan : Diana, kasut kau cantik la, beli kat mana?

Aku : Bata.

Kawan : Bata mana?

Aku : Bata Kajang.

Kawan : Bata Kajang yang area mana.

Aku : Bata depan Billion (belasah je ni, jangan korang carik lak kedai Bata depan Billion. Depan Billion ada kedai ke tak pun aku tak pasti)

Kawan : Oh....Bata tu memang murah kan dari kedai-kedai lain? Dia dapat dari mana eh?


Bangang tak agak-agak soklan tu?
Paling-paling pun aku leh jawab "Entah. Dia curik kot".

Same goes with beg-beg aku ni.
Kau tanya aku mana dia dapat, of cos la aku tak tau.

Tapi disebabkan kau tanya "Mana dia dapat beg tu, murah lah", kat situ aku macam terpikir, mana kau tau the harga?

Of cos la kau geledah kat Cheq.

Dah ko tau dari Cheq, lojik tak ko boleh tak tertanya mana dia dapat the bags?


Ok, got the mesej?

Dah boleh pikir maksud tersirat?





Untuk pengetahuan anony, aku mintak quotation dari 3 orang.
Satu dari Cheq, satu dari Azuddin (reader blog ni jugak) and satu lagi dari saper ntah aku lupa tapi dia ada buat bisnes ni jugak.

Harga tiga-tiga ni memang lebih kurang je, beza RM60-70 je. So harga yang kau dapat dari Cheq tu adelah harga standard.

Kalau kau rasa beg yang aku beli ni MURAH sangat, That's good for you what. Pasni ko leh beli dengan Cheq. Dia bagi good price.

But the way ko bertanya tu bukan macam kau nak tanya where-can-I-get-those-bags sebab sah-sah kau tau kat mana aku beli. And kau dah pun bertanya dengan tuan punya kedai.

But, kau sebenarnya nak cakap "Ohhh, patut la beli sekali 3. Rupanya beg you murah gila! Entah-entah cap ayam".

Heyyy, I dont mind la kalau kau nak kata beg aku cap ayam sekalipun.
Kau rasa aku kesah ke?

Tapi kalau ikut lojik akal orang yang ada doploh tiga bijik Coach agak-agak nak kesah ke takat aku yang beli 3 bijik ni? Kalau aku lah, tak kosserrrrrrrrrrrrrrrrr!

Hanya orang yang rasa dia sorang je boleh beli Coach yang ada pemikiran macam ni.
Orang yang ada 1 beg Coach je yang dengki dengan orang yang ada lebih dari satu.
Orang yang rasa dia lebih kaya dari semorang je yang selalu ingat orang lain tak mampu.

Hello, takde istilah tak mampu dalam dunia sekarang ni ok?
Hanya ada istilah BELUM MAMPU.

Oh btw, Coach ni takde la class A sangat punnnnn. Lain la Birkin. So jangan perasan hebat kalau setakat ada Coach dalam lemari. Semua skarang mampu beli Coach, antara nak beli ngan taknak je. Sebab now USD dah 2.9 beb.

(cepat semua berlari ke butik Coach berdekatan!!)

Senang cerita, kalau kau dengki dengan aku, kau cakap je direct.
Gua takde hal.
Sebab yang sakit hati tu pun adelah lu, bukan gua.

Tapi kalau kau punya intention bertanya "Authentic ke tak" adelah untuk bagi aku berfikir if kawan aku sudah kencing aku, lu silap besar.

Kawan-kawan aku tak reti buat benda-benda bangkai macam ni.
Mulut dorang je memerlukan insuran tinggi.
Tapi perangai-wise, aku kenal dorang.

So plis eh, kalau nak dengki, just cakap. Takyah berlapik-lapik.
Sebab makin kau berlapik, makin nampak bangang.

Ni kang ada lak yang kata aku bengang orang kata aku beli beg murah.
Tolong jangan jadi bangang ok.
I'm not ranting about price kat sini.
Sini aku lebih kepada heran bin ajaib apa motif orang ni hantar komen kurang bijak.

Aku dah biasa pakai beg murah so apa ade hal kalau nak pakai beg cap ayam sekalipun.






Tapi sebab kau tak puas hati sangat, tu baca tu apa Cheq cakap.
Dia ABSORB duit shipping. Sebab tu murah.

Puas hati?
Ke jeles lagi?

Ha, tu la.
Hidup jangan mendengki-dengki ngan orang.
Nanti kau yang rugi.

Aku rasa kalau anony ni tau kau pakai beg apa Cheq, memang skarang jugak dia tadah diri dia atas rel ketapi.