walk on wings, tread in air: Isu yang tak payah dibincangkan nanti kena tembak. Diana, ko nak kena tembak ke? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Isu yang tak payah dibincangkan nanti kena tembak. Diana, ko nak kena tembak ke?
2011-05-18



Semalam tweet dengan salah sorang follower, dia bagi aku satu link.
So aku baca.

Hmm...isu yang aku rasa dah banyak orang buat entry - isu bertudung.

Masa tu aku baca skali imbas je, aku tak betul-betul fahamkan the intipati but lebih kepada nak recall sape blogger ni sebab ada antara sentence-sentence yang dia tulis tu macam penah aku dengar sebelum ni. Sebab lepas aku buat entry pasal tudung ala Hana Tajima tu aku penah bertweet dengan satu budak yang buat lawak pasal tudung saji. I mean bukan make fun of orang yang bertudung tapi kitorang gelak-gelak pasal part tudung saji.

Then only aku teringat yang this is the same girl yang aku gelak-gelak kat tweet tu (nampak nau tak kenal orang, tapi kat Twit kalau sembang macamkan aku kenal semorang). This girl pun rajin singgah blog ni and leave komen. Cuma aku je yang blur, manjang je tak ingat orang.

Hari ni aku baca her entry again tapi guna laptop.
Jelas lagi terang.

From the comments yang this girl dapat, hmmmm....kesian pulak aku tengok dia kena hentam. Tapi aku yakin dia dah boleh bajet the feedback and bersedia terima apa jugak respond.

From her entry, aku dapat tangkap mesej sebenar yang dia nak sampaikan. Cuma mungkin cara dia sampaikan tu a bit harsh to certain people. Tapi entah lah, mungkin dia tujukan the entry to someone yang ada direct contact dengan dia but too bad, orang lain terasa sama. Mungkin sebelum dia tulis the entry tu, kawan dia yang bertudung dok kutuk-kutuk cara pemakaian dia ke, or bagi tazkirah free dengan cara yang menyakitkan hati ke, mana tau kan?

Balik rumah, dia pun lepaskan kemarahan pada blog. The intention was to pulangkan paku buah keras to that person tapi dia terlupa ada orang lain mungkin terasa.

Sama macam kes aku mengutuk 'kawan baik' aku tu la.
Orang yang tak memahamkan isi cerita mungkin bengang gak ngan tulisan aku. Mungkin orang akan kata 'Ala, kau yang dengki sebab dia boleh beli beg 8K, ko takde'.

Well, memang nampak macam dengki.
Tapi kalau korang berada di tempat aku yang kena hadap dengan tebiat gila dia, mungkin korang akan ada pandangan yang sama.

Baru-baru ni ada anonymous yang nak hentak aku (sangatttttt) pasal entry high beam and hon tu. Sesetengah reader yang baca entry aku tu berpendapat entry tu bersifat umum. And aku sendiri pun tak nampak tang mana yang dia tak puas hati dengan aku tulis, but kenapa dia bengang?

Sebab dia adelah salah sorang yang buat!

That's why dia tak boleh terima.
Adatlah, kita memang suka dengar sesuatu yang kita nak dengar.
Kalau benda tu kita taknak dengar memang kita akan bangkang habis-habislah no matter how lojik issue tu.

So aku rasa apa yang this lady blogger dapat (the comments) adelah feedback dari those yang seperti apa yang dia blog-kan (yang bertudung pendek, bersanggul tinggi, etc.). Yang hentam dia ni mesti yang ada dalam kategori tudung singkat, sanggul tinggi, tudung ala rahib, tudung pakai baby T. Tapi aku akui la bahasa the lady blogger tu agak ___________ (sila isikan tempat kosong dengan apa saje yang korang nak isi) jadi faktor orang panas adelah sebab cara penyampaian dia jugak.

Tapi the situation yang aku nak cakap ni macam ni tau...

Contohnya, selama ni Aminah pakai tudung singkat with sanggul tinggi.
All this while takde saper komen pasal tudung singkat, let alone nak timbulkan isu sanggul tinggi.
Aku jamin tak ramai yang aware pasal isu sanggul and tudung singkat ni pun, sebab kita sangat sinonim dengan statement 'Janji aku bertudung' (Ok, sebagai wanita yang masih togel, aku terima alasan tu dengan rasa rendah diri).

But recently banyak artikel-artikel pasal isu tudung singkat, tudung ala rahib and sanggul tinggi. Artikel-artikel tu pulak adelah dari sumber yang dipercayai. Walaupun ianya dari sumber yang dipercayai of cos si Aminah ni walaupun tak banyak, sikit mesti melenting.
Paling tak, dia akan terasa.
Ye la, selama ni dia dah selesa dengan fashion tudung singkat and sanggul tinggi alih-alih orang dok pertikaikan isu sanggul bla bla bla (walaupun isu ni disebut dalam hadith).

Ok itu dari sudut pandangan Aminah.

Now sudut si Zaiton pulak.
Zaiton adelah yang jenis pakai tudung labuh tutup dada, berbaju longgar.

Adekah Zaiton akan terasa bila orang sebarkan artikel tudung singkat?
Adekah Zaiton akan melenting bila orang bincangkan isu bertudung tapi pakai baby T?

Of cos tak.
Sebab she's not in the group.

Jadi aku rasa selain dari bengang dengan cara the lady blogger tu menulis, pengomen-pengomen tu sebenarnya bengang tak boleh terima the point itself (sanggul tinggi, tudung singkat, etc) sebab diorang masih nak berfashion begitu. Aku tak kata fashion begitu salah, sebab aku sendiri masih jahil so aku tak berapa pasti tentang hukum dia. Cuma yang aku dapat rasakan is yang maki hamun dia tu bukan saje bengang dengan the blogger tapi jugak bengang sebab the point-point yang blogger tu highlitekan. Aku paham korang bukan taknak berubah but belum bersedia untuk berubah lagi sebab perubahan memang payah, kena step by step. But malang sekali yang berhujah pasal isu bertudung ni adelah makhluk free hair, memang tunggu time nak kena maki je la.

But what if kalau si Zaiton yang bertudung labuh berbaju longgar pulak berhujah pasal isu tudung singkat and sanggul tinggi? Ko rasa si Aminah akan melenting tak?
Aku bet tak.
Sebab?
Sebab si Zaiton menampilkan contoh yang lebih baik dari Aminah.

Padahal point yang Zaiton ngan lady blogger ni highlitekan serupa je. Cuma respond yang bakal diterima lain sebab tukang bagi ceramah yang satu bagi contoh yang baik, yang sorang lagi kurang (bukan tak baik, but tak kena).

Jadi kesimpulannya kat sini, kalau kau free hair tak payah la create issue pasal bertudung sebab kau (aku jugak) sendiri tak betul. Macamana betul pendapat kau pun, baik kau diam je. Bukan kau takde hak nak bagi pendapat, tapi pendapat kau kurang laku. Sama la macam entry aku ni ha, konfem tak laku.

And kepada yang bertudung, kalau nak orang yang tak betul berubah menjadi seperti kau, cakap lah baik-baik. Yang kau pun nak maki hamun sama kenapa la.

Korang (yang bertudung) tau tak, kitorang yang tak bertudung ni sebenarnya sentiasa ada pandangan yang tinggi pada orang yang bertudung. Ingat kitorang tak rasa segan ke dengan orang yang bertudung? Kitorang rasa rendah diri tau. Rasa malu pun ada. Bila yang bertudung tegur kita baik-baik, memang terkesan. But bila golongan yang kami pandang tinggi ni perangai lebih kurang aku je, rasa macam...entah la.

Tolonglah bantu kitorang yang tak betul ni menjadi betul dengan cara berhemah.

And kepada yang tak bertudung, kalau taknak bertudung pun, tolonglah jangan secara terang-terangan mengaku taknak pakai hanya kerana tak boleh terima teguran orang.

posted by aveo757 @ 12:40 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER