walk on wings, tread in air: Lagi-lagi cerita makan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Lagi-lagi cerita makan
2011-04-27
*gambar-gambar di sini adelah Green Apple sebelum berhijab*


Sabtu sampai Isnin baru-baru ni aku ada keje kat Kuala Trenganu and Kota Bharu.
Sekali harung balik kampung.

Hala pegi, memang selalunya aku yang drive striaght sampai Jabor, Trengganu. Sebab hiway. Aku nak bawak part-part yang senang je. Hiway memang takat ni sampai Jabor je. Entah bila la nak siap straight sampai KT ni. Dah naik menyampah aku nak lalu Bukit Besi. Jalan huru-hara bertapuk-tapuk. Dah la En Wan ni tak makan saman. Segala lubang, hump semua dia langgar. Nama dia nak slow donw tu tak de la. Melambung-lambung pantat aku dalam keta. Tiap kali balik Tganu je mesti kekenyalan tetek aku berkurangan 2%. Itu baru hala pergi. Kalau hala balik lalu jalan yang sama, dah kurang lagi 2%. Kalau setahun empat kali balik? Dah kurang 16%.
Cecah umur 36 tahun sok, nipple aku dah cium pusat.

Jap lagi aku nak google breast cream.

Tapi yang bestnya balik Tganu ni, rutin utama the next day adelah makan sotong goreng kat Batu Burok. Sebelum lepak makan sotong mesti singgah AnW dulu beli beer siap-siap.

Tapi kali ni En Wan tukar selera. Dia ajak aku makan goreng-goreng kat Rhu Sepuloh (somewhere area Tganu gak) masa hala balik dari KB. Makan tepi laut okkkk.

Pemandangan yang permai. Angin sepoi-sepoi bahasa. Kehijauan kampung medamaikan.

Tapi makan sambil kejap-kejap pandang laut berdoa jangan la tsunami. Kasik la aku makan bertenang-tenang. Jangan nanti tengah elok bersuap-suap sekali kena simbah dek air laut, aku dengan si sotong sama naik bergulung-gulung dalam air.

Jemput telan air liur...

Sotong. Bukan stok-stok kecik punya sotong ok. Kau takkan jumpa sotong pesen ni kat Sekinchan Ikan Bakar. Ni bangsa yang makan 2 ekor tapi sendawa empat kali.

Ikan

(memang la ikan, dah tu???? Caption biar bijak ye, Diana)


En Wan memang suka sangat makan ikan goreng macam ni. Kalau aku goreng ikan kat rumah tu 'Balik-balik ikan. Balik-balik ikan. Takde lauk lain?'.

Padahal sape yang pegi pasar? Aku ke, kau?

Kalau aku masak manjang je komplen. Kalau orang kampung dia yang masak, ikan terburai perut pun dia belasah sedap.

Kenegerian. Eh.

Udang fresh!

Kalau beli kat Shah Alam or area Putra Heights ni payah nak jumpa udang besar-besar macam ni. Kalau ada pun mahal nak mati. Tapi selalunya udang dia jenis yang hidup segan mati tak mau. Aku dah la tak makan kulit udang. Selalunya kalau aku beli goreng-goreng kat sini, bila aku kopek kuit udang tu ada la dapat setengah jari kelingking. Satu cucuk ada la 4 ekor je. Boleh kenyang???

Aku makan dengan hantu raya. Takat 4 ekor mana nak kenyang.


Kalau nak tengok aku versi sopan lagi kedesaan, memang time outstation ke KB la. Konfem baju kurung punya!

Tau pulak kau segan masuk Kelantan kan?


One thing aku suka about Tganu is, warung-warung macam ni bersepah-sepah. Takde reason untuk kau berlapar. Kejap-kejap ko nampak warung. Manjang je ada orang, be it siang or malam. Nak pulak kalau pagi-pagi. Atas setiap meja mesti ada nasi lemak, nasi dagang and nasi minyak.

AND ok. Bukan OR. Konfem tiga-tiga nasik ni ada.

Mau tak best pagi-pagi lepak warung tepi laut pekena teh tarik dengan nasi minyak sebungkus? Nak pulak kalau ada kepok lekor, perghhhhhhhhhhh! Patut la pakcik-pakcik ni pagi-pagi dah lepak warung. Lepak rumah apa dapat? Makcik balik-balik buat nasi goreng. Dah la pemandangan tak berapa nak indah. Lain la kalau makcik adelah Kate Moss.

Haishh memang heaven la lepak Tganu. Mujur lah aku bukan penduduk tetap. Kalau tak, selamat jalan Premium Beautiful.


Sotong tu empat ekor je. Tapi banyak. Sebab sotong besarrrrrrrrrrr. Aku sorang je belasah 3 ekor setengah. En Wan aku bagi dia makan ekor sotong je. Abang takleh makan sotong banyak-banyak. Nanti kote layu.

Sotong 7 ekor (3 ekor bungkus), udang 7 ekor, ikan sekor, sirap limau ais and air kelapa = RM39. Consider murah la.



Malam tu masing-masing dah penat so malas nak masak (selama ni kau masak la kalau balik Tganu?).

En Wan bawak aku gi makan seafood kat Kuala Ibai (bawah jambatan depan masjid Terapung).
Memang kalau ko dari jalan utama takkan perasan punya restoran ni sebab dia betul-betul bawah jambatan, tepi sungai. Even En Wan pun tak tau menahu pasal restoran ni. Kawan dia yang bagitau.



Masa kitorang sampai brader ni kata kira dah lambat jugak sebab selalunya orang datang sbelum maghrib. By the time kitorang sampai, tinggal ikan pari, bawal and siakap. Siakap besar bapak lak tu. Memang muntah la kalau dua orang je yang makan. Tapi sebab ikan lain tak best, En Wan belikan jugak ikan siakap. Tu pun sebab aku sentap buat muka ikan sardin.


Tempat takde la kelas macam Sekinchan Ikan Bakar tapiiiiiiiiiiii at least takde la mahal nak mati. Kat sini ala carte pun ada. Tomyam ada. Sayur-sayur pun ada. Mat rempit pun ramai.


Besar, sedap, lembut, manis, fresh!


Tak tau la kat mana silapnya. Esoknya tu aku cirit-birit sampai empat kali. Dah la nak balik KL hari tu. Kau ingat dekat Tganu-KL? Cara-cara En Wan bawak tu pun paling bangsat pun 5 jam. Kalau aku yang bawak? Insyallah berak dalam keta.

Alhamdulillah bontot aku sangat beradap sepanjang perjalanan.

Oh yes, hari tu kat Twitter aku twit pasal tak period-period kan? 9 hari lewat, mau tak cuak?
Tapi aku rasa ini effect pakai PB la. Maybe ada something yang si PB ni buat yang melambatkan the cycle Tapiiii, yang best. This is the first time aku period dengan sangat sangat sangat smooth. Takde period pain (senggugut tu lain eh. Itu yang berketul-ketul. Yang aku cakap ni is sakit perut biasa kalau nak period). Selalunya aku akan ada period pain at least hari pertama. This time takde lansung. Yang best, the darah tu lain sikit. Lebih cantik (cantik wadefak la?).

Selalunya kaler dia mengerikan dan bersepah-sepah.
This time, kaler lebih cantik dan kemas. Macam sejemput gitu (eh apesal entry aku macam ni?).

Aku pun tak tau apa aku cakap. Susah nak explain. Tapi aku tau kali ni dia lain sikit.
Selalunya hari 3 melambak-lambak lagi keluar.
Yang ni tak. Even ari kedua pun dah kering sikit.
And today day 4, sangat kering! Macam dah nak habis.
Tak penah-penah aku macam ni. Kalau tak, hari ke 7 baru kering. Hari ke 9 baru clear semua.

Tapi masih terlalu awal untuk buat kesimpulan.
Kita tunggu next period dulu. Baru boleh konfemkan.

Tu pun kalau period laa.......


Main dish, mushroom soup and teh tarik


Di waktu aku menaip ni aku sedang outstation. Ni dinner semalam. Nak turun beli makanan malas. So aku order je. Nama dia Grilled Fish Ala Verde. Boleh tahan. Harga RM21. Untuk standard hotel harga ni reasonable la.

Makan sorang :(
Tido sorang :(

Tapi habis jugak.

posted by aveo757 @ 9:02 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER