2011-02-23

Mak pengantin

Gambar-gambar di sini adalah sebelum saya bertudung


Minggu ni aku jadi mak pengantin.

Jumaat ni Mek nikah pagi kat Masjid KLCC pukul 9am, malam pulak reception kat DuchessPlace @ Jalan Ampang. Aku pun tak sure apesalla yang kau nak nikah pagi Jumaat. Tetapi memandangkan suka-suka hati aku nak pegi keje ke tak, jadi aku adelah no problem nak memonteng hari tu. Rombongan pihak pompuan akan diketuai oleh abang Mek iaitu En Wan Mohd Ridzuan, dan aku bertindak sebagai penyeri rombongan itu.

Yang nak kawennya Mek, tapi aku ngan En Wan dari last week sampai hari ni tak abis-abis bincang nak pakai baju kaler apa. Pengantin pun tak sibuk nak pakai sedondon.

Eh tapi tahun ni aku 10 tahun anniversary hokeyyyy, haruslah ambik mood kat kenduri orang.

Malamnya pulak reception, semua ahli rombongan kena pakai green apple. Tak kisah la kalau ada mixture of color lain but the green apple has to be there. Tapi aku takde baju kaler green apple. Melainkan aku pakai baju Ben 10 Redza.

Mek asalnya nak buat yang wajib je, nikah and done.
Hantaran pun takde.
Just mas kawen and cincin je sebab plan nak kawen ni semuanya mengejut. Semua sebab nak kejarkan Mek nak ke US next month, so satu benda tak prepare. Tapi En Wan telah me-nyound adik dia at least ada sikit barang kita bagi, takkan nak melenggang je masuk masjid tak bawak apa-apa. Lagipun kawen ngan orang luar, kau bagi hantaran cokelat Tora pun dia kagum sebab kat negara dia mana practice hantaran-hantaran ni semua.

Tak feel la kawen takde hantaran. Biar takde kenduri, tapi kalau takde hantaran sangatlah bukan majlis kawen namanya.

Kenduri arwah pun kenduri gak, tapi ada bawak hantaran?
Kenduri aqiqah ada bawak hantaran?
Kenduri bersunat ada?
Takdeeeeeeeeee.

Jadi disebabkan aku yang sibuk suggest buat hantaran, maka aku la yang kena prepare dulang-dulang hantaran tu. Dem!




Tak berapa nak kreatif la macam si Peej buat.
Main gam je janji melekat.
Bukan aku punya hantaran lagi pun, apa aku kesah?
Muahahahahahaha. Kalau Mek baca ni mampus aku.

Aku tukang buatkan je, ramuannya orang lain yang beli.
Walaupun kaler purple tu aku tak berkenan tapi bukan kau yang kawen Diana, so kau jangan sibuk nak kondem. Orang dah jemput kau dah baik.

So, dari Mek adelah tema purple. Yang lain belum siap lagi. Tapi tak banyak la, sebab pengantinnya tak tau menahu pasal hantaran, kitorang je memandai. Janji ada. Mek 5 dulang, Jalal 3. Nak bagi banyak-banyak pun buat hape, satu hal kau nak mengusung balik ke Sweden.

Jumaat lepas Mek call mintak aku buatkan hantaran untuk pihak Jalal sekali.
Jalal nak green apple.

Owh, you nak I??????

Panggggggggggggggggggggg!

Kau kalau nak merenyam buat sit ups dulu ye Diana?



Untuk Jalal, aku yang sediakan semua ramuan, jadi ikut suka tekak aku la nak bubuh apa. Kau readykan duit je sudah.

Disebabkan aku sendiri yang pilih barang, so pengantin kena ikut cakap aku.
Kotak tu aku imaginekan untuk dia letak cheque hantaran, so aku tak kira, kau kena bagi fit cheque tu dalam kotak.
Yang bekas lagi satu tu untuk letak barang kemas, so ko kena carik barang kemas yang boleh fit atas kotak tu. Ada berani nak lawan wedding planner?
Aku terbalikkan khemah kau kang.

Lagi satu dulang lagi adelah kek. Disebabkan kek dari Jalal adelah untuk pihak aku, so aku kena pastikan perisa kek tu adelah menepati citarasa tekak aku sebab aku jugak yang makan nanti. Kek untuk both hantaran Khamis ni baru aku pegi ambik. Untuk bagi ke pihak aku, aku order kek besar. Untuk bagi ke pihak Jalal, aku bagi orderkan cupcake je. Ngahahahha.

At this point of time aku tak sure aku ni wedding planner ke wedding crasher.
Tak kisahlah plan or crash, namanya tetap wedding jugak.

Ok, tukar topik.



Ini gamba budak busuk no. 2.

Budak ni lagi masam dari abang dia. Minum susu suka ludah-ludahkan. Apa tak masam?
Kau ingat susu kau setin lapan ringgit??

Walaupun dah boleh pakai seluar, dia tetap taknak pakai seluar.
Asal sarung seluar je dia menjerit.
Kalau aku tanggalkan, dia sengih.




Geli tak? Macam bapuk kan dia pose camni?
Padahal masa ni anak dia tengah nangis tapi dia tengok je. Memang dia tak berani nak angkat. Kalau dia nak pegang, aku yang kena angkat Rayyan and letakkan atas tangan dia. Tangan dia pun aku kena adjustkan siap-siap.

Masa ni aku sebenarnya tengah masak, so dia kena take turn tengok Rayyan. Memang betul-betul dia tengokkan je Rayyan tu. Kau melalak ke, kau kencing sampai pampers kau pecah ke, takde la dia nak buat apa-apa. Dia tengok je.

So, masa Rayyan menangis, aku berkejar ke depan....




Aku nampak ni!!!!!!

Ni game apa yang kau belikan untuk nak kau ni, bang????????

Ni wrestling game.
Tapi si Redza tak main wrestling tu, dia seronok tukar-tukarkan jenis spender kat wrestler, boleh???

Yang bapak dia pun layankan aje. Siap bagi suggestion, 'spender ni cantik, Ja. Pakai spender ni la'.

Ke kekuatan wrestler tu ada sangkut-paut dengan jenis spender yang dia pakai?
Mungkin laa..




Ok, ni untuk memenuhi permintaan. Ada yang tanya kenapa dah makin kurang gamba aku dengan En Wan.

Maka tenunglah gamba ni puas-puas.