walk on wings, tread in air: I accept <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


I accept
2011-02-27



Minggu yang memenatkan!!

Tapi puas hati!
Cukup puas hati!
Memang betul-betul ho liau!!!
HAHAHAHAHAHAHAHA.

Entry kalau panjang memang memerlukan penaja.
Ok, iklan stop di sini.




Khamis, lepas balik dari keje aku tengok telur sedang direbus. Telur untuk bunga telur Mek. Before that aku rilek lagi, nampak je telo terus gabra. Walaupun bukan aku yang kawen tapi disebabkan semua hantaran ada kat rumah aku, kepala tu agak risau. Dok memikir apa lagi yang belum siap, belum cukup.

Telo baru rebus.
Malam kang nak kena readykan bunga pahar.
Buah belum beli.
Kek belum ambik.

Petang, Mek pulak call cakap takleh datang ambik barang hantaran sebab dia kena rehearsel. Mak aku pun kena rehearsel sebenarnya tapi sebab banyak sangat benda belum settle, lagipun Khamis petang hujan gila lebat ajdi aku takleh hantar mak. Hilangkan nak hantar mak rehearsel, ada yang berenang-renang dalam banjir kang.

Takpe mak, mak ikut je la apa dorang buat esok.
Kalau silap, buat je lah muka takde efek.
Mesti orang tak perasan punya.




Ini cuppies yang aku tempahkan untuk bagi ke pihak Jalal. Kek ni actually datang dengan box putih tu je. Memandangkan plain sangat kotak tu, En Wan suruh aku hias. No halllll. Aku ni bab menjahanamkan harta benda orang memang nombor satu. Aku ambik je la saki baki bunga yang ada, tepek. Ambik riben, tepek. Settle.

Cantik?
Tima kasihhhhh.

Tak cantik?
Pedulik apa akuuuuuu.



Ni kek yang aku tempah untuk Jalal bagi ke pihak aku. Sebab tu kalernya ijo.
Cantik kan?
Besar lak tu.

Of cos la besarrrrr.
Klorga aku ramai nak rasa ni.
Klorga dia yang datang seploh orang je. Dah kira murah hati la aku tempah cuppies namblas bijik.

Berat gila okk kek ni.
Masa ambik dua-dua ni aku ngan En Wan je.
Memang aku la yang kena pegang. Aku letak kotak cuppies atas kotak kek Jalal, riba. Boleh tahan berat la.




Mandor tengah perati hasil kejer tangan orang suruhan sambil kendong anak, sambil makan jeruk kelubi.

Dah aku pesan kat makcik-makcik jangan dibelikan lagi jeruk kelubi ni. Dia ni kalau jumpa jeruk kelubi, aku telanjang depan dia pun dia buat dek. Ngeri tengok dia makan jeruk, siap hirup-hirup air. Dah la air jeruk tu rupa air kencing! Aie kencing dia la. Air kencing aku jernihhhhhhhhhhh.

The hantaran for both sides. Cuma barang dari Jalal je takde lagi, semuanya letak masa kat masjid.


Mandor kepenatan.
Bukan buat apa pun. Pusing-pusing keliling meja je padahal.


Esoknya hari bermula seawal 6 pagi.
Takde la awak mana pun.
Tapi bagi orang yang dah biasa bangun kul 6.45am, kul 6am ni kira awal dowhhhhh. Macam nak buta rasa mata aku pagi tu. Liat nak celik.

Ok now hantaran ada 8.
Satu adelah bunga pahar.
Lagi satu adelah kek 2 kotak.

En Wan drive.
Aku pegang dua-dua kek.
Mak pegang bunga pahar.

Yang lain semua masuk boot.
Padahal semua dah susun-susun gubah-gubah cantik-cantik.
Tapi no choice, sebab kitorang je ada dalam kereta, lantak kau la nak terbalik ke apa ke kat belakang tu. Tak kosser aku nak pikir. Aku nak jaga kek. Seb baik sirih Kak Ngah yang pegang, kalau tak??!! Berselepet-selepet la sirih tu jawabnya.

Mak aku lagi kesian.
Dah la orang tua tu kecik, kena pegang bunga pahar sepanjang jalan ke Masjid KLCC.
Yang tukang bawak keta pulak anakanda tercinta.
Dia tak tau anakanda tercinta ni kalau bawak kereta mana reti slow.
Selamba badak je dia buat lap.
Turun-turun dari kereta aku tengok macam mak aku pulak yang nak jadi pengantin.
Bunga telor tu punya diamond-diamond semua jatuh atas muka mak aku.
Berkilat-kilat muka mak I youuuuuu.
Ni baru namanya solid gold!

Dah la pagi Jumaat tu jam gila babas aku tak expect jem macam ni punya teruk.
Padahal dah lalu MEX. From Subang Jaya to KLCC je 2 jam setengah. Dengan sesat lagi. Jalan ke KLCC tu tau, tapi Kak Ngah En Wan guide ikut jalan lain nak elakkan jem konon. Tapi guide guna telifon dalam keadaan gabra dah lambat memang ko letak signage besar gajah pun takkan nampak punya. Majlis sepatutnya pukul 9am, disebabkan kereta penting belum sampai, makanya pengantin la tunggu aku kan.

Sampai-sampai je, terus aku guide arrange tempat hantaran and all, dan majlis pun bermula....



Mek dengan baju nikah yang dia beli dengan harga RM2300.00.
Gila apa kau Mek beli baju nikah ribu-ribu? Nak pakai pi mana agak-agak pasni?
Tapi takpela, jadikkan kenangan.
But baju dia sangat cantik. Ada sentuhan arab-arab sikit.

Yang baju hijau tu mak mertua Mek, baju biru tu akak ipar dia.

Elok la kan....pengantin duk satu level ngan tetamu, atas karpet.
Petang sebelumnya aku BBM Mek tanya alas duduk pengantin.

Dia reply 'Nak kena ada ke?'

Memang nak kena budak ni!!!

Harus lah ada!
Kau ingat kau menikah duduk atas kerusi?

Tapi takpe, throw kusyen aku banyak.
Aku angkut satu.
Takkan nak biar adik ipar aku duduk tak beralas. Tapi macam tak suai je pengantin perempuan beralas, yang groomnya tak. So, Mek bagi Jalal duduk.

Disebabkan tak sempat nak beli sarung baru, aku pakai je sarung yang sedia ada. Sembur perfume JPG lagi okkk. (nampak nau hamisnya bau bantal tu kan?)



Setuju ke tak aku nak kawenkan kau ni? Tak setuju cakap. Aku ambik.


Yang baju purple tu adik Mek, namanya Awang. Dari se-mak sebapak. Kira adik bongsu dalam keluarga En Wan. Kalau dari emak yang pertama (mak mertua aku), En Wan paling bongsu. Sebab tu semua panggil dia Adik. Sampai orang kampung pun pakat panggil dia adik. Macamkan orang lain tak ber-adik. Klorga kau je ada adik eh?

Tapi bila Awang lahir, takkan nak panggil adik pulak kan? Si tua tu dah ambik tittle tu siap-siap. Maka orang panggil la adik Mek ni - Awang. Padahal nama budak tu kemain sedap lagi - Wan Mohd Rafizan. Mana datang 'Awang' pun aku tak tau. Same goes to 'Mek'. Pak mertua aku susah payah pikir nama - Wan Rahaya. Celah mana datang 'Mek' pun aku tak sure.


Alas ijau tu aku punya!!!!
(wah bangga ni)
Tak dapat kawen ngan pak arab, dapat kasik pinjamkan bantal kat pak arab pun jadiklahhhhh.

Err.. jejaka berbaju oren terlebih series macamkan dia yang nak kena kawen tu adelah laki aku. Kalau ada sesape berkenan, silalah mintak kebenaran aku dulu ye.


Alhamdulillah sekali lafaz je Mek dah sah jadi isteri Jalal.
Maka, selamatlah semua adik-beradik dari keluarga Wan Dagang, semua dah kawen.
Pasni, tunggu cucu-cucu kawen pulak ye, Mak?



Lepas nikah, aku bagi signal kat En Wan untuk guide Jalal. Jalal ni pengapitnya kawan dia from Sweden, mana kawan dia nak tau apa nak dibuat lepas nikah. So En Wan apit Jalal untuk guide bagi mas kawin kat Mek.

Kau nampak itu cash?
Itu adelah mas kawen, 10K!
Menggigil bulu-bulu aku dengar.
Seb baik dah shave sikit pagi tu. Kalau tak, harus berguguran satu persatu.



Lepas dia serah mas kawen, dia diam je.
Dia pandang Mek, Mek pandang dia.
Aku cuit bahu En Wan sikit, barulah En Wan suruh Jalal kiss dahi Mek.
Wahhhh, tak kasik can budak ni.
Aku suuh kiss dahi je. Dia balun dua-dua pipi sekali.
Lek lek Jalalllll.



Cincin nikah.
Aku malas nak close-up gamba cincin.
Sebab aku dengki.
Ngahahahahaha.

Lepas sarung cincin, En Wan bisik kat aku 'Pasni nak kena bagi gelang tu ke?'

'Ye'.

Dan En Wan pun angkatlah dulang gelang tu pulak.



Duit hantaran adelah dalam bentuk gelang, 3 utas.


Seutas Cartier pun aku dah terkentut-kantat nak bayar, ni kau bagi 3 dengan penuh keselambaan.
Dan aku pun melihat dengan penuh syahdu....
Tapi kejap je syahdu sebab lepas tu aku terpandang caterer angkut nasik lemak masuk masjid.
Nevermind the gelang.

Lepas settle dulang mas kawen and dulang hantaran, En Wan gi ambik dulang yang last.
Tapi cepat-cepat aku tarik baju dia.
Gila apa nak suruh Jalal serahkan kek kat Mek?
Kalau ada seploh dulang, seploh-seploh tu kau nak bagi kat tangan Mek ke?
Kau biar betul sikit bang.
Don't drop my water face okk.



Oh, masa ni memang sedih.
Aku ngan En Wan pun bergenang airmata.
Mak dia peluk Jalal ni macam taknak lepas.
Jalal ni the only child dengan bapak sekarang.
Kalau adik-beradik tiri dengan bapak lain ada 2-3 orang jugak kot.

Beria-ia mak dia menangis.
Peluk, lepas. Peluk lagi, lepas. Pastu peluk lagi. Siap cium-cium tapak tangan anak dia.

Agaknya macam tu la emak kita kalau anak lelaki dia kawen kan?

Aku pernah terbaca kat mana ntah, artikel tu cakap, seorang mak lagi susah nak lepaskan anak lelaki dia kawen banding anak perempuan. Sebab anak perempuan, dia dah ajar cara nak uruskan rumah tangga. Tapi kalau anak lelaki, dia tak sure if isteri tu boleh jaga anak lelaki dia macam yang dia jaga.

Selama mak mertua aku dok rumah ni, aku jaga anak dia kaw-kawwwwww. Cuba dia balik Trengganu sok. Siap anak dia aku kejekan.

Apa, kau nak makan?
Pegi mentekedarah kat mamak!


Kiri : mak kandung. Kanan : mak tiri


Bertuahkan Mek ada dua mak?

Percaya or not, masa Awang bujang dulu, dia duduk ngan mak aku tau. Dia tak duduk dengan mak dia. Masa Mek nak kawen ni pun, Mak Ndong (pangilan untuk mak Mek) yang belikan kain untuk tempahkan baju untuk mak pakai masa reception. Dah la tempahkan, dia siap tampalkan batu-batu lagi kat baju tu. Mak aku tinggal sarung ke badan je.

Kalau aku lah, belum tentu boleh buat macam ni.
Tapi kalau dah ditakdirkan nak buat camana kan?
Aku belikan la jugak kain.
Tapi kain kapan la.


Masa Jalal peluk bapak dia barulah airmata dia keluar.
Lama bapak dia peluk, tahapa la yang dia pesan. Aku nak gak pegi dekat sikit kot la boleh dengar apa dia pesan.
Tapi aku lupa aku tak paham arab.
Kahhhhhhhhhhhhhh!


Aku dan Mek.


Teringat dulu kalau balik kampung mesti sama-sama comparekan kaler rambut.
Comparekan berat badan. Tapi dalam pada compare tu mulut masing-masing mengunyah kopok lekor tak berenti.

Berat badan ko berapa?
Ko pegi gym kat mana?
Apa tajuk kaler rambut kau?

Sibuk je kakak ipar nak bersaing ngan adik kan?

Alhamdulillah, Mek dah jumpa jodoh dia.
Penampilan pun dah berubah.
Yang sebelah tu bila agak-agak?
Tudung pun pinjam bibik punya.


Auwwwww!
Ni pun pengantin gak.
Seploh tahun dulu.


















































Going home and get ready for the reception ini malam sebab aku kena preparekan speech untuk En Wan berucap.


Tapi aku cerita pasal reception esok.
Now, nak tido.

posted by aveo757 @ 11:18 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER