2010-12-15

Kalau nak menunjuk tu cakap. Jangan nak cas merendah diri padahal....



Kalau kau betul-betul banyak duit sangat, perlu ke tayang slip gaji/cheque gaji kat blog/FB dengan caption cas merendah diri (lah sangattt) :

"Alhamdulillah, rezeki setelah penat bekerja 2 bulan".


Kenapa perlu tayang cheque?

Kau rasa gaji kau setakat RM10K untuk 2 bulan tu dah abis banyak ke? Plisssss!
Malu sikit dengan orang lain boleh?
Kau je yang rasa gaji kau dah banyak.
Ramai lagi yang dah rasa gaji kau tu seploh tahun lepas.


Kenapa nak mention the "2 bulan"?

Orang lain nak dapat RM10K makan tahun, tapi ko pehhhh takat RM10K, piece of cake!
Kononnnnnnnnnnnnnnnnnnnn lah.

2 bulan takat dapat 10K tak payah la nak canang satu alam.
Bangga dengan pencapaian diri itu dibolehkan tapi kalau ko dah gebang as if ko benar-benar insan berjaya, sila matikan niat. Zaman skarang ni RM5K sebulan tu boleh habis sekelip mata. Aku tengok cek kau pun aku malu.
Tolong jangan jadi batak.

Dan mengikut pemerhatian aku, 9 out of 10 orang yang perasan bagus macam ni, mesti potray diri dia down to earth. Kalau perkataan 'Alhamdulillah', 'Syukur, rezeki Tuhan beri', memang tak pernah lekang. Siap nasihatkan orang lain 'Usaha + Doa + Tawakallah. Tuhan takkan menzalimi hambanya yang berusaha'.

Tuhan ada kata tak membangga diri dan berlagak tu pun satu benda yang salah?

Oh, Tuhan tak kata eh?
Mungkin aku baca salah kitab kot.

Konon nak bagi motivasi kat orang lain supaya terus berusaha memajukan diri sendiri.
Motivasi tengkorak kau.
Ko rasa apa yang ko dapat tu dah besar sangat ke sampai melayakkan kau memotivasikan orang lain?

Apa sebab kau berani tayang cek gaji kau?
Betul ke sebab nak memotivasikan orang lain?

Sebabnya adelah kau PERASAN gaji kau dah besar nak bandingkan dengan reader-reader blog kau atau those yang view FB kau. Ko rasa dorang punya gaji/pendapatan bulanannya jauh lebih rendah dari kau. Sebab tu ko berani tayang.

Betul tak?

Kau tak terfikir ke kot ada orang lain yang jauh lebih berjaya dari apa yang ko klasifikasikan sebagai 'kejayaan' kau tu baca blog/FB kau? Mesti dia rasa kesian. Kesian sebab betapa rendahnya level yang kau set untuk "berjaya". RM10K sebulan? 15K untuk 2 bulan?

Pathetic.

Kalau nak show off sangat, cakap je terus-terang. Kalau orang kata ko berlagak pun pueh hati, sah-sah memang ko menunjuk pun. Ini ko cas ayu-ayu macam berlagak tapi tak berlagak last-last orang dapat gak detect niat sebenar kau. Lagi keji ok?

Meh sini aku ajar.

Len kali lepas tayang cheque ribu-ribu, letak caption :

Ini gaji aku setengah bulan. Kau ada????


Kan ke senang!