walk on wings, tread in air: Dia jealous sebab dia ingat dia sorang je boleh cakap <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Dia jealous sebab dia ingat dia sorang je boleh cakap
2010-12-24



Tadi kan, aku dinner ngan En Wan kat Milwaukee Steak House.
Sebab today 23 Dec, anniversary aku yang ke-12 kenal dia.
Poyo kan?
Padahal kawen dah nak 10 tahun, anak dah 2, still nak celebrate anniversarry first time jumpa. Podah!

Memang tempat tu at first aku ingat tak halal sebab tak penah nampak manusia bertudung or muka melayu pun kat dalam tu.
But En Wan rajin menggoogle, rupanya halal.
Maka, zassssssssssss masuk.

Ni aku punya, nama steak ni adelah.....lupa. Tapi, it's the King of Meat. Cuba teka apa?


En Wan punya sampai dulu. Aku ingatkan dia nak rasa je. Sekali licin dia belasah tak tunggu steak aku sampai. Aku ingatkan dia nak wish-wish macam selalu, mula-mula dia bagi wish dia , pastu aku pulak then baru start makan. Kali ni tak. Hamlau betul!


Ni En Wan punya. Medium well.

Aku order untuk aku jenis well done. Tapi bila sampai kan aku rasa macam aku punya tu medium-rare. Merah je tengah-tengah. Berair-air menjejeh-jejeh. Memang la lagi moist and tender tapiiiiii merah okkkk. Merah!
Cis! Tetiba aku teringat cerita SUSUK yang part Ida Nerina makan daging mentah tu. Binawe je aku rasa pastu.


Oh! Yang ni best gilaaaaa! Try sendiri.


Ramai jugaklah manusia kat dalam tu celebrate Xmast.
Seronok gila tengok kepala-kepala Santa Claus sana sini.
Teringat zaman aku keje ngan US company dulu, time-time nak Xmast ni semua sibuk beli Xmast tree. Pastu aku la yang paling kepoh nak hiaskan pokok tu. Tak cukup kat pokok, sampai kat meja aku sekali aku letakkan loceng Xmast. On the Xmast eve, aku sama naik pakai topi Santa buat keje.

So there's one time, masa Xmast bos aku mintak aku arrangekan for Xmast lunch.
Apa lagi bhaiiii.
Dah ko suruh aku pilih kan?
Terus aku book Hilton KL.
Siap menu semua aku pilih.
Sorry la aku nak pilih yang RM50 hengget ke bawah.
Aku letak menu yang sekepala RM110++.
Kebetulan baru lepas bambu dalam meeting.
Ha, kau hambikkkkkkkkkkkk!
Ko sakitkan hati aku tadi kan?
Meh sini aku sakitkan poket kau pulak.
Walaupun aku tau takat RM110++ sorang tu ada dia heran???
Tak heran punya.
Tapi lantaklah, janji yang kena bayar tu kau. Bukan aku.

Company yang aku keje tu memang kalau bab bagi bonus, bagi gaji, bagi benefit segala tip top. Bos pun baik sebenarnya cuma time meeting je mulut dia macam puaka. Muka aku kena lempar ngan kertas report pun dengan bos ni la. Aku tak paham apesal dia nak campak kat muka aku.
Oh, mungkin muka aku gojes sangat.
Aku anggap je la macam tu.

Every month company akan buat lunch.
Kalau raya Cina tu mesti ada makan besar. Siap dapat angpow RM300 lagi.
Tapi aku and the non-Chinese je la yang dapat RM300, yang Chinese aku rasa dapat lagi banyak sebab sampul dorang kaler lain.
Mesti lagi banyak la tu.
Sebab time kecik-kecik dulu makcik-makcik aku selalu buat gitu kalau raya.
Semorang dapat sampul Maybank, alih-alih sorang dua dapat sampul CIMB.
Mesti orang lain dapat duit merah sekeping, mamat tu dapat dua merah 5 keping. Konfem!!

Dan sekarang aku pulak buat kat anak-anak dorang...hahahah.

*mati la makcik-makcik aku baca ni*

Kalau Raya puasa pulak, mesti ada satu hari buka puasa sama-sama. And on that day, dorang pun puasa. Padahal aku sorang je melayu dalam company tu. Dan boleh lah masa tu ko nak tengok yang sales people semua tak keluar buat sales. Takut penat. And ofis pun jadi senyap sunyi sebab masing-masing taknak bercakap, takut haus punya pasal. Nanti aku saje la buat ramah ngan sorang-sorang, saje nak bagi dorang bercakap. Hahaha. Keji kan aku? Bulan-bulan puasa pun nak buat dosa.

Tapi ingatan aku (tadi yang aku cerita kat atas semua tu sebenarnya aku tengah mengingat balik sementara nak tunggu steak aku sampai. Lama kan aku mengingat?) terganggu dengan suara grup sebelah meja.

Oh!! Gila poyossssssssssssssss (nampak aku letak 's' banyak? Plural okkk, sebab poyo yang terlampau banyak!)

Nama pun tempat makan-makan steak, haruslah cakap pun sleng omputih (kottt).

Aku tak tau la apa bijik butir dorang cakap awal-awal tu.
Cuma aku tersentak dari lamunan terhenti tu sebab terdengar someone cakap "I can't believe she speaks good English".

Aku bajet dia refer kat kawan dia yang berbangsa Melayu (mungkin) but konfem bukan orang putih la.

Kita duduk kat Malaysia kan, bahasa rasmi pun bukan bahasa omputih so bila ada orang yang boleh bercakap good English, agak terkesima jugaklah. Ok, fine with that (wah, dan dan aku pun nak speaking).

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii pastu ada member dia pulak sambut.

"Well, horrrr (her) english is good for shooooore (padahal nak cakap SURE je tapi pronounciation dia macam cilaka), but she´╗┐ doesn't have a british accent".

Halooooooooooooooooo!

What's wrong with the accent??????
Tolong lah! Everyone speaks English with an accent. There is no such thing as English with no accent la bodoh.
Orang British cakap omputih ada bunyik dia.
Orang Amerika pun ada sleng dia.

Orang Melayu pun mesti ada sleng dia jugak cakap omputih.
What's wrong with that??

Banyak bunyik lak kau mesti nak ada sleng Brit.
Blah la. Apa ko ingat ko lepak USJ dah habis gempak??
Kau entah-entah kecik-kecik makan tempe. Blaja kat UK takat ompek tahun dah belagak (ni aku teka je, dah tu eksen sangat).

Aku tak rasa budak ni lahir and dibesarkan kat luar negara sebab cara dia pertikaikan accent orang pun dah menunjukkan betapa jakunnya dia. Orang kalau dari kecik sampai ke besar dok negara omputih, takde de dia nak perlekehkan accent orang.

Orang jenis ni harus dihadapkan dengan Scottish or Aussie baru tercirit kau situ.

Aku hari tu pi Gold Coast, buat ramah dengan si John driver kitorang.
Patut la penumpang lain semua pakat senyap je dalam van tu.
Aku macam heran la jugak apesal van ni senyap, sian orang tua ni bercakap sorang-sorang tunjuk ni bangunan apa, ni laut apa, tapi yang lain takde respon.
Aku pun angkat bontot pi duduk kerusi depan, betul-betul belakang seat driver.

Sekali kauuuuu, kering anak tekak aku nak memahamkan sleng dia. Patutla yang lain membatukan diri. Rupanya dorang dah tau seksanya nak pahamkan sleng Aussie.
Aku je yang bangang. (read : eksyen nak tunjuk pandai cakap omputih).
Kejap-kejap aku 'Come again?'.
Seb baik tak kena pelupuh dek si John.
Aku ingatkan dia fedup la hendaknya sebab aku macam pekak kejap-kejap 'Come again?'. Rupanya tak.
Makin rancak pulak dia berborak dengan aku.
Paham pulak dia dengan accent Jawa rangers aku ni.

See?

Omputih pun takde hal dengan accent orang lain.
Elok je berborak ngan aku sepanjang hari sampaikan aku rasa nak buat-buat pengsan supaya dia senyap.

So, skang mana ko nak?
Orang struggling with your accent or orang struggling nak pahamkan apa bijik butir ko cakap sebab grammar bersepah-sepah?

Accent je beb, accent!
Semua orang ada accent which are so diverse. Takyah la nak malu dengan sleng masing-masing. We should embrace them!

Hidup Jawa!!
*tetiba*

posted by aveo757 @ 3:37 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER