walk on wings, tread in air: Saka <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Saka
2010-07-22





Musibat gila video ni, buat aku takleh tido malam je semalam.
Kejap-kejap aku terjaga.
Tak tau apesal aku boleh teringat gila ngan muka pompuan lancau ni. Aku rasa mau 50 kali aku baca ayat Qursi baru leh tido. Gila sumpah tak penah aku takut sampai macam ni sekali. Aku nampak pontianak melintas depan mata pun tak takut macam ni okkkk. (ni bukan cerita eh, ni memang aku nampak masa kat matrik dulu, kat bilik Rozie).

Aku tak sure la if ini betul ke tak, tapi tengok cara jalan macam manusia yang normal, maybe otak dia je yang tak normal kot. Kot nak buat lawak pun biarlah yang betul-betul kelakar okkkk.

Tapi maybe jugak betul kan?

Aku rasa penah tertengok video kat YouTube ada gambaran kuntilanak kat tengah-tengah audience yang tengah tengok Indonesian Idol. Pandai-pandai la korang carik kalau dah takde keje sangat nak buat.

Tapi kan, Subuh tadi aku tak sure if aku ternampak sesuatu yang pelik ataupun aku tengah mamai. Sebab cam tak lojik je aku nampak hantu sebab masa tu dah pukul 6.10am.
Aku nampak ada benda berjalan tepi tingkap bilik aku ni. Bilik aku tingkat atas ye, puan-puan. Siapa pulak yang gila nak panjat bumbung aku pagi-pagi buta? Kalau itu hantu, kenapa kau tak masuk, sebab tingkap aku dah kangkangkan luas-luas?

Aku anggap je la aku tengah mamai eh?

Tapi last few days ada orang forwardkan kat aku about Saka.
Dia cakap Saka ni boleh ditransferkan ke kita melalui macam-macam cara yang kita tak sedar. Dia pass pinggan pun saka boleh terlepas kat kita.

Antara hint-hint yang kita dapat saka adelah :

1. kita selalu mimpi pasal baby / pegang / dokong baby
Nehi!!!! Tak penah mimpi selalu. Baru sekali je, tu pun sebelum tau pregnant.

2. selalu nampak bayangan orang melintas dalam rumah.
Kadang-kadang terperasan gak tapi Mka Aji kata orang tua-tua cakap bendalah ni dipanggil 'semangat rumah'. Aku pun tak sure apa yang semangat rumahnya. Buat aku lemah semangat lagi ada.

3. bleeding (kalau yang pregnant)
Agak scary jugak la bila baca point ni, tapi aku beranggapan je la yang aku bleeding sebab uri kat bawah, bukan sebab saka.


Aku tanya Mak Aji 'Ma, klorga kita ada tak history yang membela apa-apa?'

'Nak membela apanya lagi, nak bela kau pun dah satu hazab'.


Kan aku dah cakap.
Dia memang suka sabotaj aku!

posted by aveo757 @ 8:32 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER