walk on wings, tread in air: Sabar menanti <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sabar menanti
2010-07-21





Tiada kata bagimu sebagai buluh perindu, kanda nantimu
Bekalku hanyalah rindu walau dipisah lautan, duhai kasihku
Kala senja dikau datang walaupun hanya lamunan, aduhai
Sabarlah menanti ku takkan lama

Daku pergi demi tugas walau apapun beratnya, oh relakan
Pesanmu tak kulupakan sumpah setia demi cinta, oh percayalah

Bila sinar suria menghampiri dikau
Sabarlah dik sayang, ku kembali...



Pagi-pagi lagi En Wan dah buat aku menangis bila emailkan lagu ni kat aku.
Dah la tinggalkan aku lama, pastu buat aku melalak pagi-pagi.
Mati mood aku nak buat keje hari niiiiiiiiiiiiiiiii.

Tapi aku jugak yang gatallllll.
Semalam aku pi email dia tanya 'Ni dok jauh-jauh ni, sayang Di lagi tak?'.
Padahal dah terang-terang orang tu dok ingat aku siap belikan hadiah lagi, tapi biasalah kan, biar drama sikit...ngahaha.


Re: Miss u

From:
"wanmohdridzuan@"

To: aveo757@yahoo.com



Mestilah sayang....rindu jangan cakap lah.....

Tapi tak leh layan sangat perasaan....nanti tak boleh buat kerja kat sini....

Take care baby ....




Tang "BABY" tu yang buat aku tersedak.
Bila pulak si Paung ni tau guna perkataan BABY???

Ni la dia kan.
Dah dok jauh, aku tanya sebaris ayat je, dengan willingnya dia balas sampai seperenggan.
Cuba kalau time aku kat sebelah dia tercongok tu, asal aku tanya 'Sayang Di tak?'

'Hmmm'. (sambil baca sokabar, toleh pun tak).

Itupun mujur dia nak jawab.
Kengkadang sampai sudah aku tercongok depan dia tunggu dia reply, dia buat dek je.
Boleh pulak pandang muka aku balik and tanya 'Nak apa?'.


Ni aku nak tepekkan something untuk renungan para suami (lebih-lebih lagi laki aku). Email ni aku dapat dari siapa eh, lupa pulak.

Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?


1. Sentiasa berdoa agar disayangi
Ni aku tak pasti lah sebab dia yang kena doa, bukan aku.


2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Oh, ni laki aku memang tak pernah tak buat. Asal sampai depan pintu rumah je, memang dia tegur.

'Di dah masak?'

Kira masuk dalam kategori tegur jugak la kan?


3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
Ini pun ada. Hari-hari dia mesti call aku kat opis tanya :

'Ada kat opis ke?'
'Ha'ah. Nape?'
'Free tak lunch time?' (time ni aku dah berbunga-bunga dah. Laki gua nak ajak makan okkkkkk)

'Teman abang gi bank jap, awak tunggu dalam keta. Susah dapat parking kat Taipan'.

Terus rasa nak makan ubat gegat.


4. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
Ha dengar ni para suami!!!!
Belikan minyak wangi okkkkkkkkkkkkkk.
Ini tak. Lagi aku mengamuk, lagi dia buat dek.
Aku jugakkkkk yang akhirnya kena pujuk.
Dah la dia merajuk sah-sah aku yang memujuk. Aku yang sentap pun, aku kena pujuk dia.

Moral : Jangan kawen dengan anak bongsu.

Ngagagaggagaga.


5. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Fuhh, ni kalau En Wan baca ni, ayat konfem dari mulut dia 'Eleh, ni mesti orang pompuan yang reka point-point ni'.

Jadi, aku batalkan aje la niat nak forward email ni kat dia. Buat jadik bahan bergaduh je time-time jauh macam ni.


6. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Harammmmmmmmmmmmmmmmm!.

Asal aku tanya :

'Bang, ok tak kalau Di kaler rambut and rebonding?'
'Berapa tu?'
'Macam biasa la, RM800. Sekali ngan treatment'.
'Takyah la Di, rambut skarang pun dah cantik'.

Aku pakai duit aku lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!


7. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
Kalau aku ngan En Wan ada krisis waktu pagi, jawabnya malam kang la baru bercakap balik. Takde de dia nak pujuk aku siang-siang. Selalunya time nak tido baru dia pujuk aku. Well....


8. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
En Wan kalau boleh dia taknak aku perasan pun dia kuar pi Giant. Sebab dia tau aku akan pesan macam-macam benda. Benda-benda yang dia cakap merepek.
Merepek kah kalau aku pesan beli Cheese Kraft, eskrim choc chip, Twistis, Apple Juice, Ferreo Roche, bla bla bla.....???


9. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Seb baik laki aku jenis tak suka memeluk okkk. Sebab kalau dia dah start peluk, pelukkannya tidak tamat di situ saje. Konfem akan meleret-leret hingga menjurus kepada tindakbalas kimia yang lain. Abis kalau ko dah suruh "peluk sekurang-kurangnya empat kali sehari", jawabnya.....melecet kangkang aku sialllllllllllll.


posted by aveo757 @ 9:15 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER