walk on wings, tread in air: Bang...balik cepat eh? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Bang...balik cepat eh?
2010-07-04

Entry ini mungkin menyelitkan unsur-unsur drama yang berunsur kesedihan ekzejeret sebab seriesly aku memang takde mood, so sesiapa yang berkebolehan membuat lawak jenaka sampai aku tergelak, silakan. Kalau tak boleh berjenakan, tolong doakan supaya kesedihan aku ni berakhir dengan cepat sebab aku ada banyak keje nak buat. Aku dah tak larat nak tido, menangis, tido, menangis, tido, menangis dan donlowd mp3.



Ini namanya keje last minit. Padahal beg dah bawak tun dari lemari dari minggu lepas tapi baru pagi ni nak pack. Baju tak banyak padahal, yang banyak adelah........



Sambal ikan bilis Mak Aji buatkan. Sekilo okkkk. Tapi dia tak bawak la semuakan, sebab aku yang packkan, jadi aku bungkuskan separuh je, lagi separuh masuk perut aku. Walaupun Mak Aji boleh je nak buatkan untuk aku, tapi aku kan bangsa pendengki. Sape suruh tinggalkan aku kan?



Macamkan terer masak kan? Segala rempah ratus, sos sampai kicap pun dia beli 3 jenis. Bila aku tanya 'Apesal abang beli sampai 3 jenis kicap? Kita selalu pakai kicap masin je la'.
'Takpe, saje bawak lebih. Tengok botol kicap ni sure teringat awak. Lepas rindu abang kat Di.'
Ko ada rasa nak suruh dia berambos cepat tak????
Yang aku pelik tu beli segala macam rempah, kurma la, kari la, rendang la. Santan sampai 5 paket. Kunyit, asam, garam, segakanya lengkap. Pastu tanya aku 'Barang-barang ni agak-agak abang boleh masak lauk apa?'
Nak nangis pun tak sampai hati okkk. So aku ajar la apa yang patut, Entah ingat ntah tak la, pandai-pandai ko la Bang.



Ini adelah kesedihan pada pukul 4pm tadi. Nampak bengkak mata aku menangis? Tapi dia cam cool je eh? Masa tengah peluk-peluk ni baru dia perasan badan aku panas. Aku pun baru terasa panas, rupanya demam. Tak tau la demam sebab banyak baring or demam sebab stress laki nak pi Japan.



Buat masa ni, Ibal ada kat rumah aku. Dia tolong temankan sampai esok pagi sementara Mak Aji masih ada kat kampung lagi ni. Konon nak kurangkan kesedihan la. Cehhh, takde maknanya. Kalau dah masuk bilik tu, konfem aku melalak. Teman ke tak teman ke, kalau aku nak nangis, sambil goreng ikan pun aku boleh nangis.
Tapi En Wan ada tinggalkan baju dia pakai tadi untuk aku. Dia memang takan tinggal untuk anak dia sebab anak dia tak emo macam aku.
Mengada-ngada eh?

posted by aveo757 @ 7:25 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER