walk on wings, tread in air: Apabila rumahku ada warden <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Apabila rumahku ada warden
2010-07-06


Ok, hari ni adelah hari sebenar Mak Aji and Pak Aji MENJAGA aku.
Nampak tu capital letter aku guna.
Memang seriesly menjaga sampaikan dia tak kasik aku turun lansung. Dok dalam bilik jangan kelur-keluar, time makan kang baru turun pastu naik balik. Aku cakap kau, orang berpantang pun tak stress macam ni okkk.

Tapi one thing yang best, aku memang betul-betul dijaga.
Alhamdulillah, bleeding aku dah berenti since Sabtu lepas sebab aku asik baring 24 jam sampai nak muntah balik-balik tengok katil.


GAMBAR TELAH DIKELUARKAN


Sebagaimana yang telah aku jangka, Mak Aji ngan Pak Aji kalau duduk rumah aku, konfem ada je benda yang dia tak berkenan lantas mereka telah berfeeling-feeling bahawa rumah ini adalah rumah mereka. Lepas dia kemas-kemas rumah (masa ni aku lam bilik), dia masuk bilik bagitau dia nak pi Giant. Konon nak tengok-tengok apa ada kat Giant.

Ye sangatttttttttttt.

Sampai je rumah, aku tengok siap beli baldi, gayung, penyodok sampah, penyapu, dan bermacam-macam barang nak masak.

Aku : Apesal beli baldi, Ma?

Mak Aji : Papa kata susah nak basuh-bash porch kau takde baldi.

Aku : Mana ada orang pakai baldi skang, orang pancut pakai hose je. Baldi-baldi ni orang Bangi je pakai.
Ni apehal dengan penyapu segala ada ni?

Mak Aji : Penyapu rumah kau ni tak suai aku nak pakai. Apa jenis penyapu kau beli ni?

Aku : La, penyapu ni cukup syarat je. Kitorang pakai vacuum. (ewahhh, sekali lagi berlagak)
Ni apa ni Maaaa. Banyaknya beli. Nak masak bila ni?

Mak Aji : Tau la aku nak masak. Rumah kau ni, kentang takde, ikan bilis takde.

Aku : Kitorang tak makan ikan bilis, kitorang beli ikan jenahak. (masa ni Mak Aji pandang je muka aku. Ngahahha)

Mak Aji : Kalau aku cakap tu ada je kau nak jawab kan?


Yeahhhhhhhhh!

Ini penyapu baru saya.

Ni kang jap lagi dorang nak pi Giant lagi, ntah apa dia nak carik ntah.
Nak carik bunga kantan la, aku beli sos Heinz pun dia marah. Dia kata tak sedap. Beli Del Monte. Siap bagitau esok lusa nak pi beli inai kat kedai jamu kat Giant tu nak kalerkan uban dia kat tengah ni dah mula tumbuh. Cis, over.
Suka buat rumah orang cam rumah sendiri okkkk.

Tapi kira lagi baik la dari time Mak Aji jaga adik ipar aku (Azrul) last year. Budak ni kena buat operation, so Mak Aji jaga dia kat sana almost sebulan. Ambik kauuuuu kena hadap mak mertua sebulan. Konfem ngeri.
Toksah kata belikan barang-barang dapur okkk, dia siap belikan rumah adik aku aircond, microwave, ntah apa-apa lagi ntah. Melampau eh?

Ni hall aku ada 2 lagi point aircond dok terjuntai je kabel dia aku lom pasang-pasang aircond lagi. Aku nak tengok dia nak belikan ke tak aircond untuk aku. Hehe.
Tadi aku nampak Pak Aji tengah usha-usha pasu-pasu kecik yang bibik aku bercucuk tanam sayuran kat blakang. Aku KONFEM, esok dia pi hardware belikan rak untuk letak pasu-pasu ni.

Aku tunggu time je dia pasang heater kat bilik air guest room.

Yeahhh!!!


Tadi En Wan skype kejap dalam 5 minit je, sebab busy gila (lah sangattttttttttt).
Takpela, at least dapat tengok muka dia...:)

posted by aveo757 @ 5:11 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER