walk on wings, tread in air: Respek <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Respek
2010-05-02
Dah makin sesak dada aku baca gossip artis. Memangla suka baca gossip-gossip ni tapi adehhh lately ni yang merepek-repek je. Yang tukang buat gossip pun dah macam orang hilang akal. Contoh pasal Umie Aida kawen. Aku tak nampak apa masalahnya dia pakai baju seksi time bersanding. Well, memangla sebagai orang Islam menutup aurat tu wajib (whatttt???? Dianakah yang bercakap ni??). Nak pulak dia bernikah kat Mekah, so lojiknya dah bernikah kat tanah suci tu biarlah sebaiknya terus 'suci' dari segala-galanya especially dari segi pemakaian. Tapiiii dah kalau laki dia suka, laki dia tak cakap apa, kau boleh tak jangan banyak bunyik? Memang betul tanggungjawab menegur sesama manusia, tapi aku tak rasa yang kecoh lebih ni niat nak menegur. Kalau menegur bunyiknya tak kasar macam tu. Ni siap menghina secara terbuka kat blog la, kat email la. Come on la...kalau kau ikhlas tak payah la menghina melampau-lampau. Kot ye pun orang buat silap, kau tak reti tegur cara baik ke? Tapi yang pastinya orang yang beria-ia 'nasihat' ni selalunya tak tunjukkan diri. Sebab :

1. Dia tau apa yang dia 'nasihat' tu tak sepenuhnya menggambarkan keperibadian sebenar dia. Entah-entah dia pun tak menutup aurat cuma baik sikit la sebab tak pakai baju jarang. Ala kalau pakai pun ada sape kesah ke? Kau bukan celeburiti pun orang nak hilite kat kau. Orang nak stalait lagi ada.

2. Apa yang di'nasihat'kan tu lebih kepada kejelesan. Ye la, sape tak bengang kawen kat oversea, wedding ada orang sponsor, baju mengerlip, kawen orang kaya. Aku pun jeles. Semuorang jeles. Tapi selalunya orang yang over jeles ni adelah orang yang putus asa dengan life sendiri sampaikan dah takleh nak motivate diri sendiri untuk berada ke level yang sama maka terpaksa la memaki hamun orang lain untuk puaskan diri sendiri. Rasa gila best okkk dapat malukan and hina orang bila orang tak dapat bantai kau balik.

3. Mungkin juga orang yang rajin me'nasihat'kan orang ni rasa meluat dengan kegembiraan, kecantikan, kekayaan, kebijaksanaan dan kejayaan orang lain. Well, takde sape yang tak bangga dengan kejayaan yang dia dapat. Ada orang pilih untuk senyapkan diri kalau berjaya. Ada yang pilih untuk hebahkan kat orang kalau dia berjaya. Kalau kau rasa meluat, dah. Toksah susah-susah nak maki dia, kau tak dapat apa pun. Dia tetap terus berjaya, kau? Dapat sakit hati je. Contoh macam Datuk Siti. Dari dulu orang sakit hati kat dia. Tapi dia tetap success. Kawen orang kaya, dapat tittle Datuk, ada Simplisity lagi. Kau ada? Kalau dah tau takde, usaha. Kalau rasa meluat, diam. Tak dapat apa pun kalau ko bising.


Contohnya dalam dunia blogging ni, asal nak maki orang je pakai 'anonymous'. Apsal? Kalau kau berani kerana apa yang kau cakap tu adelah benar tiada yang tidak benar melainkan benar semata-mata, boleh je tulis email address kau sekali. Tak pun no henfon. Kata berani. Tapi nama tak letak.

Aku penah dapat komen dari orang yang benar-benar ikhlas nak menegur. Aku respek. And kalau dia tegur pasal baju aku, aku akan delete gamba tu. Betul tak?? (Ini soklan utk orang yang nasihatkan aku tu ari). Series aku tak marah sebab aku akur itu tanggungjawab dia untuk menegur aku. Tapi, ada sesetengah orang yang bila aku tak bantai dia balik, dia tak puas hati. Dengan persistentnya dok hantar komen yang pada pendapat dia sangat bernas tapi sebenarnya tak. Aku pun bijak gak. Kalau kau rasa kau bijak mnengeluarkan fatwa, aku pun bijak gak memilih untuk ikut 'nasihat' kau ataupun tak. Maybe kau tak cukup power lagi nak motivate aku.

Kepada yang selama ni tegur aku secara ikhlas, siap bagi email address lagi, terima kasih. Aku akan cuba baiki diri, kalau kau tak nampak perubahan dia skarang, bukan bermakna aku tak endahkan. Perubahan perlukan masa, perlukan pandangan dari orang-orang yang hampir dengan aku. Aku ada suami yang selesa dengan penampilan aku, selesa dengan cara aku skarang. Insyallah, satu hari nanti who knows aku jadi baik kanggggg sujud sukur satu Malaysia. Jangan pulak bila kita dah berubah tetappp ada orang yang 'nasihat' 'Ehhh, tudung kau tu kalau nampak rambut takyah pakai la. Baik bukak je'. Just like Datuk Siti, pakai tudung salah, kalau tak pakai lagi salahkan? Tapi laki dia tak kisahkan? Maksudnya kat sini, kau boleh cakap apa je, tapi kau kena ingat, dia pun ada tanggungjawab and kepentingan peribadi yang perlu dijaga. Aku rasa kalau Datuk Siti tu pakai tudung labuh tetap cantik. Masa tu aku wonder apa pulak orang nak 'nasihat'. Would it be like 'Pakai tudung labuh pun, tapi kalau kaler tudung menarik perhatian sehingga menyebabkan lelaki bukan muhrim menoleh ke arah mu hukumnya dosa'. Walaupun itu benar tapi tak boleh ke kau respek orang sikit, respek decision orang. Give people chance, bukan choice. Ataupun kalau susah-susah sangat bagi je la aku kawen ngan laki kau. Laki kau mesti best sebab bejaya mendidik isteri menjadi sangat solehah macam kau kan?


Sent from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 3:32 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER