2010-03-09

Tak jadi pegi Penang, so bolehlah bukak cerita



Disebabkan hari ni aku tak jadi pegi Penang, maka bolehlah aku bukak cerita hantu.
Kepada yang telah berjanji nak dating ngan aku kat Penang tu, kita postpone ke next week, ok? Bolehla simpan banyak sikit duit sebab aku kalau bab makan ni, blom pernah terjadik menolak rezeki. Nak lagi kalau makan free. Laju je.

Now aku nak bagi penjelasan kenapa aku takut tido sorang kat hotel.
Tido sorang kat rumah tak takut okkk, tido hotel ada sikit lemah.
Sebab benda ni pernah terjadi kat aku.

This happened tahun bila ntah, rasanya 2003 kot.
Time ni aku gi outstation ngan bos aku kat Langkawi. Duduk kat hotel ^*^*&%%$^%. (Kang kalau aku sebut kanggggg, esok lusa sampai surat saman lak).

Masa tu aku junior lagi, jadi bos aku ajak tido sebilik so that dia leh bagi tuition lebih sket time malam.

So that nite, aku tido facing this way, and she's facing the other way.
Aku kan rabun tahap dewata, so bila dah bukak lens tu serupa macam buta jugak la, hidung bos aku yang tido kat sebelah ni pun aku boleh tak nampak.

Masa aku facing wall belah kiri, aku nampak macam ada benda bulat kat ceiling. Disebabkan rabun so aku tak kuasa nak pandang lama-lama. Bukannya nampak pun. Bayang-bayang agaknya.

So the next day masa kat aiport, bos aku tanya if aku tido nyenyak semalam.
Aku kalau bab tido ni asal terletak je kepala konfem padam. So aku cakap la 'Yes, kenapa?'

Dia kata that nite dia nampak sumthing.
Dia kan facing kat wall belah kanan. Dia nampak a body-like structure standing at the corner of the room, pakai baju putih, without head! Benda tu dok berdiri kat situ tak gerak-gerak dalam 2-3 jam jugak. Member dah la mata gred pilot, konfem la dia nampak jelas apabendanya tu. Aku taknak tanya detail la apa benda yang dia nampak, kang dia cerita sikit je, aku punya imaginasi yang over.

Bila dia cakap macam tu baru aku realized yang benda bulat kat ceiling aku nampak that nite mungkin kepala dia. Ada possibility tak?

Possible tak that nite kepala tu tengah pandang tepat kat muka aku? Sure dia tension kan aku buat selamba ngan dia. 'Eh, tak takut ke budak ni tengok muka aku?'

Terima kasihlah Tuhan kerana merabunkan aku.
Ada hikmah rupanya.
Cara-cara tak berapa nampak pun aku dah jadi troma macam ni.
Cuba kalau aku nampak jelas kepala dia malam tu??



Lagi satu cerita yang aku still ingat sampai skarang....

Sedara aku (pompuan) on the way balik kampung laki dia. Masa dah masuk jalan kampung, jam dah pukul 1-2 pagi. Memang sunyi, orang kampung mana reti berjalan malam cam orang KL (bandar). Orang KL ni lagi gelap, lagi ligat dia berkeliaran. So keadaan kampung dia tu memang sunyi sangat.

Sekali dia nampak satu budak laki pakai suar pendek tengah sorong basikal Takde la budak sangat, maybe dalam umur 11-12 tahun kot. So dia sound laki dia suruh tumpangkan budak tu, ntah-ntah basikal pancit ke apa. Laki dia diammmm je, terus drive.

So, sedara aku ni berbulu la. Mula la bertekak lam keta cakap laki dia menyombong ngan orang kampung la, apa la. Lama gak dia membebel sorang-sorang tapi laki dia diam je. Bila dia benti bercakap, laki dia jawab.

Simple je.

'Awak nampak tak budak tu tadi takde dua-dua kaki?'

Hambikkkk.
Terus terdiam sampai esok pagi.