walk on wings, tread in air: Macam masuk skolah balik pulak rasanya pagi ni. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Macam masuk skolah balik pulak rasanya pagi ni.
2010-01-04



Today Redza start skolah balik (macam la anak aku sorang je yang skolah. Kecoh).
Seb baik dia tak buat hal kena bangun awal.
Maybe berkat beg skolah and stationary Ben 10 yang baru. So semangat nak show off kat kawan tu lebih dari semangat nak blaja. Lantak.

Otw nak pi skool, dia tanya if aku boleh fetch dia tak balik nanti.

Amboi, besar sajaknya pangkat kauuuu. Aku dah hantar ni dah cukup baik.
Alasan dia, Cik Mas (driver van) hantar dia lambat. Kang tak sempat nak tengok Spongebob.

Tu la dia bebudak skang (anak aku je kot). Asal makbapak ada kereta je, taknak naik van. Taknak naik bas skolah. Aku dulu kalau hari pertama skolah jangan haraplah nak tengok bayang Pak Aji sama beratur bayarkan yuran skolah. Pagi-pagi lagi dia dah masukkan duit kat envelope and pinkan envelope tu kat baju skolah aku. Yang beratur bayar yuran semua bapak-bapak, tetiba nampak aku halus je berdiri kat tengah-tengah. (eh, dulu aku halus okkk, skarang je pat persegi)

Muskil aku tengok apesal bapak-bapak kengkawan aku ni semua bersidai kat tingkap? Aku pun sibuklah cari muka Mak Aji, tapi harammm.
Memang tak dapat lah nak tengok makbapak aku tunggu aku sehari suntuk kat skolah. Dia jemput balik skolah dah mujur.

Sampai skang aku macam pelik je dengan level of confidence Mak Aji ngan Pak Aji. Camne dia leh tergamak nak lepaskan anak dia masuk skolah baru dengan tak berteman. Dia cuma hantar kat pintu gate je, lepas tu pandai-pandai kau lah. Pak Aji cuma pesan, 'Nanti Diana jalan ikut budak-budak skolah yang ramai-ramai ni, cari kelas 1 Putih. Ada banyak kerusi meja dalam tu, duduk je mana-mana'. Seb baik aku dah pandai mengeja, tau carik kelas sendiri. Takat landmark 'banyak kerusi meja', kat kantin pun banyakkkk.

Time rehat, semua pegi kantin.
Aku pun pegi lah, abis tu dah semorang pegi kan.
Pastu sampai kat kantin, aku tengok semua makan nasik lemak dalam pinggan oren. Aku pun beratur ambik nasik. Sekali kena bayar. Aku macam 'Kena bayar???' Tadika aku dulu toksah kata kena bayar, beratur pun tak payah. Tetiba je mi goreng sampai. Tetiba kang air milo sampai.

Ah sudah. Dah la aku satu sen pun takde.
Letakkkkkk balik.

Masa tu memang terasa betul la aku orang miskin. Mak bapak tak bagi duit belanja. So aku pun berdiri la kat tiang-tiang kantin tu (tiang yang nak ke kantin tempat budak-budak main sep tiang) meloponggg je pandang sorang-sorang mentekedarah nasik.
Aku pun tak tau apesal aku nak buat drama sedih kat kantin. Maybe masa tu aku ingat ko makan ke ko tak makan ke ko kena duduk kantin gak. So tu pasal aku berdiri kat situ tak gerak-gerak.

Tetiba je mood aku nak pi skolah hancussssss.

Aku rasa macam tak best je pi skolah. Orang lain boleh makan, aku tak boleh.
Dulu masa tadika, bas lagi setenagh jam nak sampai, aku dah siap-siap dok kat depan ngan beg ngan botol air semua. Siap leh mengamuk apesal bas tak sampai-sampai. Punya la semangatnya nak pegi skolah. Tapi skolah rendah cam tak best, apesal?

Sebab aku rasa skolah tadika lagi best dari dok rumah.
Kat tadika ada swimming pool, rumah aku takde. Kalau nak feeling-feeling swimming pool boleh la masuk lam kolah bilik air Mak Aji tu. Pastu dia balik keje kang dapat la aku sedas dua libasan hanger kat blakang. Tu seb baik dia nampak hanger dulu, kalau dia nampak penyapu lidi?? Jangan haraplah nak nampak dia ambik lidi selai dua nak bantai aku. Habis satu ikat tu dia balun. Sebijik cam mak tiri okkkk. Pastu petang kang pi taman naik buai mula la aku feeling-feeling Bawang Merah. Tetiba je 'Lajuuu, lajuuuu. Buaiku lajuuuu'.

Lagipun aku rasa kat tadika lagi best sebab ada jongkang-jongkit ngan gelongsor.
Gelongsor kat blakang rumah Mak Aji dulu di-kongker oleh mat rempit (budak-budak gengster pakai BMX). Cam sial je aku tengok sorang-sorang main gelongsor. Sebab kau gengster kan, so apa barang gelongsor kaki ke depan. Style mau ganas. Trendsetter la katakan. Sambil meniarap la, head first la, terlentang la. Ada yang lagi berani gelongsor sambil berdiri pijak plastik. Kalau selamat sampai kat bawah memang otomatik dilantik jadik ketua kumpulan. Cuba kalau separuh jalan ko dah tergolek? Memang aku tepuk komando kat depan muka kau.

Tapi reason utama kenapa aku suka pi tadika adelah sebab kat tadika ada makanan, kat rumah takde. Aku pun tak tau apesal rumah Mak Aji dulu manjang je takde benda nak kunyah-kunyah. Tu yang aku asik mentekadarah serbuk milo je. Belum hujung bulan milo dah tinggal suku tin. Berbirattt lagi badan aku kena belasah. Mungkin sebab asik makan milo, tu yang skang dah takleh bau milo lansung. Macam muak pulak.

Adik aku lak asik la bukak fridge patblas kali sehari kot-kot la tadi bukak takde makanan, skarang bukak 'Eh? Eksrim??'. Bila dah takde benda nak kunyah tu kan, nanti dia makan tomato. Habis tomato kang dia makan ikan bilis mentah pulak. Macam daif sangat la pulak bila aku ingat-ingatkan balik.

Aku : Pa, apesal dulu rumah kita asik takde makanan? TV pun dah masuk tahun 1987 pakai kaler itam putih lagi. Mainan jangan harap lah nak ada.

Pak Aji : Itu semua strategi supaya korang pegi skolah. Bila sekolah lagi seronok dari rumah, baru la takde masalah nak suruh korang pegi blaja.

Bagus jugak strategi bapak aku. Macam lah anak-anak dia skang bijak sangat.

Aku : Tapi Pa, bila perut kosong, lagi susah nak blaja. Tak masuk.

Mak Aji : Alah, kalau dah bengap tu toksah kata makan nasik, aku bagi makan buku teks tu pun belum tentu masuk lam kepala.

Dia ni memang potong tau.



posted by aveo757 @ 9:10 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER